Wednesday, October 16, 2013

Rindu ini menggamit rasa...

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

   Bagaimana sambutan hari raya Aidiladha di tempat anda? meriah? seronok? muram? tak ada apa-apa feeling? gembira? bercampur baur perasaannya? Harap semuanya yang anda laluinya indah-indah belaka.. Di kala kita seronok, ada juga cerita yang menyedihkan datang bertamu.. Itulah kehidupan, tak selalu kita tersenyum, kadang kala kita perlu menangis, perlu merintih, perlu menginsafi segala perbuatan yang telah kita lakukan.


  Hidup syawal selama ini lebih sedekad ini, sangat-sangat indah. Hidup dikelilingi kawan-kawan lelaki yang sangat satu kepada. Manakan tidak. Daripada tingkatan satu sampai la tingkatan 5 di mana semua rakan sekelas syawal adalah lelaki. Tambahan pula tinggal di asrama. Memang selama hidup 5 tahun hidup syawal dikeliling oleh lelaki. Oh lelaki, yang sangat memudahkan perjalanan hidup ini. Hidup penuh warna, penuh warni, penuh kegembiraaan. penuh dengan nilai-nilai persahabatan yang tidak tandingan. Di mana syawal dahulu kawan dengan semua tak kira dia senior atau junior. Bahkah syawal lebih rapat dengan senior yang berusia lebih setahun dan ke atas. Sehinggakan ada seorang abang syawal yang bernama amar affandi. Walaupun dia tua setahun, itu tak menjadi halangan untuk kami berkawan baik. Daripada dia bercinta dengan awek dia semasa zaman sekolah sehinggalah masuk universiti dan berkahwin jua kedua-dua abang dan kakak syawal ketika itu. Banyangkan bercinta daripada zaman sekolah sehinggakan disebabkan satu kejadian hubungan mereka terputus, nama siapalah yang boleh melawan takdir ALLAH swt apa memang mereka telah ditakdirkan untuk berkahwin. Jadi, kejadian ini menjadi pengajaran kepada syawal. Apabila kita tahu apa yang kita lakukan itu salah, namun kita tetap lakukan. Tapi akhirnya di memohon ampun dan taubat untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. InsyaALLAH. Dia akan permudahkan urusan kita kerana dia adalah penerima taubat. 

Itulah kehidupan, bak kata sahabat syawal. Jika kita tak melakukan kesilapan itu namanya tidak belajar. Sebabnya kita tak tahu di mana kesalahan kita yang sebenarnya. Manusia ini bermacam-macam ragam. Ada yang, ada yang terlebih baik, ada yang jahat, ada yang terlebih jahat. Sebabnya itulah sifat manusia. Semakin hari semakin kita sakit hati apabila memikirlah masalah manusia. 

  Setelah hampir 5 tahun hidup dan megerti erti hidup di sekolah lelaki semua. Dia terkejut dengan kehidupan yang baru. Apabila kehidupan barunya di universiti ini sangat berbeza semasa di zaman persekolahannya. Dia rindukan zaman persekolahnya di mana semasa dia tingkatan satu, ada abang-abang senior yang baik hati. Walaupun ketika itu dia diragging dan dibuli oleh senior-senior dan ketika itulah dia mengenal erti hidup, erti kehidupan, erti persahabatan apabila kesalahan yang orang lain buat kita tanggung bersama-sama. Itulah nilai lelaki. Akan melindungi kawan-kawan walaupun dirinya tak bersalah. Asalkan kita kena bersama-sama. Dia merindui zaman di mana melakukan perbuatan nakal terhadap kawan-kawan seperti mencalit kapur ketika sahabatnya tidur. Namun, walaupun mangsa itu tahu siapa yang melakukannnya, namun mereka tidak mengambil hati, bahkan mandi bersama-sama pukul 3 4 pagi untuk membersihkan calitan kapur itu. Rindunnya zaman itu.

  Dia merindui zaman dimana kapten pasukan ragbinya mengoncang katil dengan kuat agar turun training ragbi. rindu dimana, selepas balik sekolah pakat-pakat tidoq semasa waktu prep sebabnya tidoq lewat pada malam itu sambil duk sembang benda yang tak berguna. Dia merindu bau tanah di padang di mana setiap petang dia berlatih di situ pada waktu petang. Zaman di mana tiada masalah, hati tak perlu sakit, tak perlu pedih. Yang hanya kebahagiaan dan kegembiraan bersama-sama rakan-rakannya.


  Dia merindu saat dimana dia bangun bersama-sama rakan-rakan lain satu dorm pergi mandi beramai-ramai. Pakai baju sekolah bersama-sama. Sikat rambut bersama-sama, Pakai tali leher bersama-sama. Pakai kasut bersama-sama. tengak jadual kelas dan susun buku bersama-sama. Pergi bersarapan bersama-sama. Pergi sekolah bersama-sama. Masuk kelas lewat bersama-sama. Kena catit nama dengan pegawas bersama-sama.

Rindu saat itu. Andai dapat ku undurkan putaran dunia. Ingin aku menikmat kembali saat-saat itu. Saat bahagia bersama-sama rakan seperjuangan. Yang kini berada di haluan masing-masing. Sesungguhnya ku amat merindui kalian. Semoga kita bertemu di syurga sana.. Amin!!!!
Ketika zaman jahiliyah dulu.. hehe miss you all

No comments:

Post a Comment