Sunday, October 13, 2013

Kosong

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

  Entah kenapa sejak kebelakangan ini, hati selalu jadi sayu, selalu rasa kosong, rasa tak kuat. Mana syawal yang dahulu, yang periang, petah bercakap, menyenangkan orang di sekeliling, cuba megembirakan orang lain walaupun hati dalam keadaan bersedih, seorang yang cuba membuatkan kawan-kawannya tersenyum, orang yang suka menolong orang. Mana syawal yang dahulu. Kenapa syawal, kenapa syawal kamu jadi macam ini? bak kata bdk tu.. hehhe..

Baru syawal sedar bahawa kita tidak selalunya ketawa, tidak selalunya gembira, hidup kita tidak selalunya ini. Kadang kalau, kita akan diuji dengan kesedihan, masalah, bencana malapetaka dan sebagainya. Nak tahu kenapa? sbbnya untuk menjadikan diri kita lebih kuat untuk menghadapi ujian yang bakal kita alami kelak. Apabila di diuji dengan keseronokkan di dunia sehinggakan semakin hari semaki kita lalai dan lupa kepada Allah swt, dan ketika itulah kita diuji, diuji dengan sesuatu yang sukar untuk kita tanggung, sukar untuk kita terima, sukar untuk kita menyelesaikannya. Namun, barulah kita sedar bahawa kita ada Allah swt yang sentiasa berada di sisi kita. Hanya kitalah yang lupa padaNya..


Pada syawal, setiap yang berlaku kepada kita adalah takdir yang telah ditetapkan kepada kita. Namun, terpulang kepada kita untuk menilai dan menghadapi setiap takdir yang telah ditentukan kepada kita.. Seperti yang selalu syawal pegang kata kata ini. " Kita tidak akan merasai betapa sakitnya jatuh andai kita tidak pernah terluka. Namun luka itu akan meninggalkkan parut kepada kita sebagai pengajaran. Memang syawal tak suka untuk terjatuh dan tidak ini untuk merasai betapa sakitnya apabila terluka. Namun, Alllah itu Maha Adil dan Maha bijaksana. Dia tahu syawal tak mampu untuk menanggung semua itu, lalu ia hadirkan seseorang yang pernah terjatuh, sakit dan bangun semula agar syawal dapat mengambil iktibar daripada semua yang telah dia lalui.. Namun, Semakin kita hidup, semaki kuat kita diuji berdasarkan ilmu yang kita ada. Kini, pengalaman yang selama ini orang lalui mula menimpa diri syawal. Memang sakit, memang perit, barulah syawal faham perasaan orang lain yang mengalami sebarang musibah atau ujian. Sebelum ini syawal hanyalah mendengar cerita dan mampu memberi nasihat.. Apa gunannya kalau kita berilmu namun tidak amalkan.. Faham tak? heheheh.

Kemudian, barulah syawal sedar bahawa syawal sudah dewasa. Sudah besar untuk membuat keputusan. Sudah matang untuk merencana kehidupan. Sudah tidak masanya untuk syawal menerima semua ujian. Jika ketika ini adalah masa untuk syawal diuji. Syawal bermohon agar diberikan kekuatan agar syawal mampu untuk belajar sesuatu yang baru atau yang berguna daripada ujian yang telah diberikan. Usia pun semakin meningkat. Jadi, sudah tiba masanya untuk syawal fikirkan masa depan. Ada orang bertanya kepada syawal ketika zaman sekolah dulu, semasa syawal di kolej sultan abdul hamid. Ketika itu kawan-kawan pakat-pakat cari gf dekat sekolah asma la, sekolah rival kami dulu.. hehehe. Setiap hujung minggu pergi date dekat town la... Haha, sebab itu syawal lebih suka bersukan, sebabnya masa yang terluang itu dapat gunakan untuk syawal berlatih pada setiap hujung minggu. Lagi yang takleh blah kalau kena training pagi dan petang pada setiap hujung minggu. Memang tak nampuk rupa la syawal time tu.. Balik rumah pun mak dengan selambanya melawak cakap anak sapa balik nie. tak kenai... HAHAHHA, sadis kan? tapi itulah syawal. Didik oleh abg sebegitu. Sebabnya syawal bukannya berasal daripada keluarga yang berada atau senang mahupun sederhana. Syawal berasal daripada keluarga yang biasa-biasa sahaja kerana ayah syawal adalah petani dan emak suri rumah. Namun, didikan ilmu dunia dan agama ayah dan emak syawal sediakan secukupnya agar syawal dapat hidup di dunia ini tak perlu mengharapkan belas kasihan orang lain. Ini adalah salah satu sebabnya kepada ketika syawal sekolah dulu. Syawal melupakan hasrat untuk membuang masa ini. Namun, syawal adalah lelaki, yang nakal, yang jahat, dan suka buat benda-benda yang tak berfaedah.. Tapi itu adalah kisah silam Kisah yang penuh kegelapan.
Semasa di asrama dulu, ada kawan tanya kenapa tak pernah bercinta? terus terang syawal cakapkan, syawal bukan jenis sebegitu. Syawal ada prinsip yang tersendiri. Setakat nak berkawan itu boleh. Tapi kalau lebih daripada itu syawal minta maaf. Sebabnya syawal takut untuk kecewa. Takut untuk mengecewakan orang. Sebabnya syawal tak punya harta, tak punya ilmu, tak punya rumah, tak punya apa-apa. Itulah sebabnya..

jadi masa yang syawal terluang itu syawal gunakkan untuk mencari apa yang syawal tak ada. Syawal mula berkerja di macam-macam tempat semata-mata untuk mencari secebis pengalaman, berkerja di kilang, berkejar di kedai makan, berkerja di kedai komputer, berkerja di kedai perabut, berkerja di kedai dobi dan macam macam lagi.  Pengalaman demi pengalaman syawal kutip, pelbagai cerita dan masalah syawal hadapi, dan semua itu mematangkan syawal. Alhamdulilah semua itu dapat syawal cari sedikit demi sedikit sehinggakan syawal mampu untuk memiliki pendapatan sendiri, kenderaan sendiri dan bakal memiliki kediaman sendiri insyaALLAH doakan ye kawan-kawan. Walaupun sekarang yang mampun menyewa di DPP.

Barulah apabila syawal di tahap ini syawal sudah bersedia untuk melengkap separuh lagi agama islam. Doakan syawal ye kawan-kawan. Tapi sebelum untuk kita melangkah daripada separuhi itu. Ingatkan kepada lelaki terutamanya syawal ini, kita perlu menlengakap diri kita dengan ilmu agama dan ilmu dunia.. Doakan syawal berjaya dapatkan segulung ijazah untuk membanggakan kedua itu bapa syawal dahulu. Doa kalian sangat syawal perlukan. Hal ini kerana akal wanita senipis rambutnya. Tak salah kalau wanita itu melakukan kesalahan, memang Allah swt telah cipta kaum hawa ini tidak berfikir panjang kalau dia telah berulang-ulang kali melakukan kesalahan yang sama. Jadi kita sebagai khalifah yang telah dilantik oleh Allah swt perlulah menasihatinya mereka dengan berhikmah.. Boleh tak kaum adam? Sebenarnya ini adalah ingatan kepada diri ini yang lemah yang jahil sebenarnya. Agar syawal sentiasa ini bahawa jangan melakukan kesilapan yang sama dua kedua kalinya. Ingat syawal.

Pesanan ikhlas buat diri ini.. Terima kasih kepada semua yang pernah hadir dalam hidup syawal.

Harapan hanya tinggal kenangan
Sesuatu memori yang akan membahagiakan
andai segalanya kita serahkan kepadaNya
Masalah yang dihadapi mulai layu ditelan waktu
Yakinlah bahawa Dia ada disis setiap masa

Sejarah telah membuktikan bahawa cemburu membinasakan
Umpama cemburunya Sarah kepada Hajar
Tatkala suami adalah Nabi Ibrahim
Tak lepas daripada ujian
Bagaimana bijaksana menerima arah Allah swt
membawa hajar ke tanah yang gersang
Terbitlah titis-titis air zam-zam yang menakjubkan

Ada hikmahnya dalam setiap kejadian
bermula daripada sifat cemburu yang merosakkan
tercipta satu ciptaan yang teragung 
satu moleku yang tiada tandingan di dunia ini..
SubhanALLAH indahnya ciptaanMu

No comments:

Post a Comment