Tuesday, July 8, 2014

Why "A" student work for "C" Students and "B" Students work for the government?





Mukadimah: Harap dapat sesuatu yang bermanfaat. Ilmu yang seteruskan akan dikongsikan di post yang akan datang.

Pelajaran#1 KRISIS PENDIDIKAN
Obama vs Romney.
Obama dikatakan membayar cukai sebanyak 20.5% manakala Romney hanya membayar 14%. Obama berasal daripada keluarga miskin manakala Romney berasal daripada keluarga yang kaya dan rakyat Amerika pada ketika itu marah 
Romney yang mempunyai pendapatan yang tinggi dapat membayar cukai yang rendah? Jawapannya ada ilmu, ilmu tentang sistem pencukaiaan yang membezakan hasil cukai antara 2 orang tokoh ini. Namun, apa yang ingin ditekankan di sini kenapa mereka hanya tahu marah? Kenapa mereka tidak bertanya di sini siapakah yang pandai mengurus kewangan?
Kemudian, semasa penggal kedua. Obama menaikkan kadar cukai untuk orang kaya. Namun kesilapan beliau adalah tidak mengajar anak muda tentang bagaimana untuk menguruskan wang dengan baik. Hal ini sebab cukai akan menyebabkan orang kaya terus kaya dan kekal kaya. Anologinya, " anda hanya memberikan orang makan ikan tanpa mengajar orang itu untuk menangkap ikan.
Kesannya berlaku di negara kita. Sistem pendidikan kita yang lemah hanya berfokus examination semata-mata tidak memberikan kesan yang baik kepada rakyat malaysia. Rakyat kita teringat dengan sistem yang dibuat kerajaan. Orang cerdik pandai dimomokan dengan menjadi doctor, engineer, lawyer, arkitek, dan profesion yang profesional lain ada orang yang paling pandai. Namun mereka tidak sedar orang yang pakar dalam kewangan itu adalah paling penting disebabkan semua golongan kena menguruskan wang dengan baik. Namun, apa yang pendidikan kita terapakan? anda sendiri yang rasai kan? mesti anda tahu. Kenapa ilmu kewangan tidak diajar semasa kecil lagi?
Ramai orang beranggapan bahawa negara kita mengalami krisis kewangan. Namun, kita tak sedar bahawa negara kita kini sedang mengalami krisis pendidikan. Nak tahu kenapa? sebabnya kita drpd tadika sampai masuk universiti menghabiskan masa hampir berbelas tahun di alam persekolahan menghabiskan masa dengan sia-sia tanpa diajar ilmu kewangan. Tidak betapa ruginya usia kita dibuang begitu sahaja?
Kita amek iktibar daripada amerika yang menjadikan bidang pendidikan sebagai "Perniagaan" pada tahun 2012/2013 sejumlah USD571 bilion digunakan dalam sector pendidikan. Statistik menunjukkan hutang pinjaman menjadi topik hangat di amerika. Tidak mustahil perkara yang sama akan terjadi di negara kita andai masalah ini tidak dirawat dengan segera.
Bagaimana untuk berjaya?
Adalah dengan belajar mata pelajaran yang tidak dipelajari oleh pelajar "A". Nak tahu kenapa? hal ini kerana, Orang yang menyimpan wang adalah orang yang gagal. Kalau di Malaysia, di dimomokkan dengan budaya menabung. Namun adakah kempen itu tercapai? tidak kan? Hal ini kerana kita tidak mengajar masyarakat malaysia untuk menjaga atau mengembangkan wang yang disimpan itu. Ibaratnya kita melakukan perkara sia-sia jika menabung. Berkerja makan gaji waktu sekarang tidak releven kerana anda akan menjadi robot dengan menyerahkan masa anda yang berharga itu kepada orang lain untuk mengaut keuntungan.
Hutang itu bagus. Dalam hidup kita adan hutang dan ada hutang buruk. Namun, ada ketikanya rumah akan menjadi hutang buruk dan tidak menjadi kita punya asset. Nak tahu kenapa? sbbnya pada tahun 2007, nilai hartanah jatuh menjunam dan rumah mereka menjadi liabiliti kepada kita. Merujuk kepada pasaran hartanah di Malaysia, tidak mustahil suatu hari nanti nilai hartanah di negara kita akan jadi menjunam. Namun, cukupkan ilmu untuk kita menghadapinya? fikiraknlah.
Cukai menyebabkan orang kaya lebih kaya.
Dengan hutang kita akan mendapat pelindungan cukai. Kita kena belajar untuk memanfaatkan hutang yang ada untuk membolehkan kita mengurangkan untuk membayar cukai. Hairan kan kenapa kerajaan kita lebih suka mewajibkan mata pelajaran sejarah berbanding mata pelajaran cukai? Sejarah itu penting juga. tidak dinafikan. Orang yang belajar daripada sejarah tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Namun, kena matapelajaran cukai tidak diterangkan dan dijelaskan secara teperinci kepada rakyat kerana setiap rakyat di negara kita dikenakan cukai? kenapa kerajaan mesti berdiam dalam hal ini? apalah masalah mereka?
Ilmu kewangan adalah penting, paling penting untuk diajar kepada kita sewaktu kita masih kecil lagi. Teringat kata-kata seorang lecture syawal. Semua orang ada ilmu kewangan, namun mereka tidak kreative untuk menguruskkannya.
Encik s,
tamat pembelajaran kita untuk bab yang pertama. Ilmu yang seterusnya akan dikongsikan di post yang akan datang. Perbincangan ilmiah sangat digalakkan di sini. Maaf anda ada salah silap.
like dan share sekiranya bermanfaat.

No comments:

Post a Comment