Wednesday, July 9, 2014

Kiranya Engkau Tahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada semua sahabat-sahabat syawal, apa khabar semua? Berharap semua dalam keadaan sihat waalafiat di samping keluarga yang tercinta. Tiba-tiba terasa untuk menulis semula, cita-cita untuk menulis kembali subur di jiwa. Tidak tahu kenapa...

Mungkin jiwa ini kian subur berkat doa kalian semua. Hidup ini adalah pengajaran. Orang yang hadir dalam hidup syawal semua ada guru kepada syawal. Banyak pengajaran dan pembelajaran yang syawal perolehi semenjak bersahabat dengan anda semua. Memang hidup sebagai lelaki tidak lari daripada perempuan. Itulah fitrah. Yup, memang fitrah manusia dijadikan berpasangan dan untuk saling menlengkapi.

Tetapi satu yang syawal ini engkau tahu. Andai lelaki ini berbukan mencari kesempurnaan, namun mereka ingin mencari kebahagian. Kebahagian di dunia dan akhirat. Alhamdulilah, beruntung apabila bersekolah di Kolej Sultan Abdul Hamid kerana satu kelas semua lelaki. Lelaki satu kelas. Memang satu kepala la kalau buat sesuatu perkara. Mudah, bebas dan jauh daripada fitnah perempuan. Mungkin kami ini golongan gay atau minat lelaki. Namun, kami ini menjaga hati daripada fitnah dunia. Bukankan dalam Islam telah memberitahu kepada lelaki bahawa dalam dunia ada 3 perkara yang membuatkan anda sengsara. Pertama adalah pangkat iaitu jawatan yang anda pegang nanti ketika anda dewasa, menjadi CEO syarikat besar ke. Di situ tuhan akan uji anda semua adakah anda mampu menguruskan amanah yang diberikan dengan baik. Adakah anda pemberi rasuah? penerima rasuah? Itulah untuk menguji keimanan anda semua.

Ujian yang seterusnya adalah harta. Yup harta yang bertimbun-timbun.. Apa anda seorang lelaki mengalahkan harta? anda hidup di dunia ini terkejar-kerja mengumpul harta. Anda tamak dengan kekayaan dia dunia yang sementara ini? anda bermegah yang apa yang ada perolehi? renungkan kembali bagaimanakan sumber harta yang anda perolehi itu? adakah daripada sumber yang halal? Anda berkerja siang dan malam semata-mata untuk mengumpul kekayaan? Tindakan anda itu silap. Anda lalai untuk mengeluarkan zakat, untuk membantu anak-anak yatim, orang fakir miskin dan lain-lain lain? Ubah mentaliti kita untuk di samping mengejar dunia, kejarlah akhirat sama.. Di situ ada menemui ketenangan.

Ujian yang terakhir adalah wanita.... Fitnah wanita. Tidak kamu tahu, golongan wanita adalah golongan yang paling ramai menghuni neraka? Anda anda salah seorang daripada? pastikan anda tidak termasuk dalam golongan tersebut. Wahai wanita, perlukan anda berpakaian yang tidak menutup aurat, perlukan anda memakai pakaian yang ketat-ketat? Cuba jelaskan kenapa? adalah anda ingin kelihatan cantik? Ingatlah bahawa kecantikkan itu tidak kekal lama. Kecantikan itu hanyalah sementara dan hanyalah pinjaman daripada tuhan yang esa. Bagi lelaki-lelaki di luar sana, anda berhati-hatilah dengan wanita. Kerana wanita boleh menjadi fitnah kepada anda.

Hidup kita ini singkat. Pesanan kepada lelaki yang suka memainkan perasaan wanita. Anda ingatlah bahawa tuhan itu maha adil. Anda mungkin boleh memainkan perasaan wanita pada ketika ini. Namun, tidakkan anda berfikir bahawa suatu hari ini keturunan anda juga akan dipermainkan seperti mana yang anda telah lakukan? fikirlah sekali lagi. Namun, tuhan itu maha penerima taubat. Setiap kesalahan atau kesilapan yang telah kita lakukan sebelum ini. Ingatlah bahawa tuhan sentiasa merindui tangisan, doa dan perhatian kita kepadaNya. Luahkan apa yang terbuku di hati anda itu kepada tuhan yang esa. Andai ia layak untuk anda insyaALLAH akan dimakbulkan doanya.

Mungkin mimpi itu ada petunjuknya. Aku hanya mampu berdoa agar dipermudahkan.

encik s.
pesanan untuk lelaki di luar sana dan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment