Saturday, July 26, 2014

Apakah pelaburan pertama anda?

Boleh anda berjanji bahawa anda akan hidup hari esk? 

Alhamdulilah ada juga orang tergerak hati untuk tahun lebih lanjut pasal takaful ini. Terus terang dalam Islam daripada A sampai Z telah diterangkan kepada kita bagaimana untuk kita menjalani kehidupan di dunia ini. Kita selalu dengar bermacam-macam kes berlaku secara umunnya kes akidah, akhlak, orang bergaduh, mencuri, suami isteri bercerai, cara mendidik anak, adab bergaul dengan masyarakat dan lain-lain. 

Saya nak kongsi 2 pengajaran yg saya dapat daripada sifu saya. 

=== Nak dapat rezeki kena usaha===
==Adakalanya rezeki itu ada di depan mata kita==

Begitulah dalah pelaburan, tiada pelaburna seperti skim cepat kaya. Kalau ada depa tipu. Terpulang nak percaya atau tidak. Dalam melabur ini bukannya macam tunggu duit jatuh daripada langit. Kena usaha untuk bertanya kepada yang pakar, berusaha untuk mencari pedapatan dan kena usaha untuk menyimpa. Nanti apabila musim perayaan nanti ada sahabat-sahabat yang terdekat dengan kita menawarkan pelaburan seperti skim cepat kaya atau keuntungan berganda dan cepat dan tiada rugi. Terus terang kepada mereka. " Minta maaf saya tidak berminat."

Sedangkan nabi Muhammad dahulu pun bermula dengan mengembala kambing kemudian mengikuti Siti Khatijah berniaga daripada Mekah ke negari Syam untuk berniaga kain. Inikan kita pula yang ingin melabur dan tidak ingin berusaha.. Tanggapan masyarakat kita sekarang sudah terbalik, orang yang dikatakan cerdik pandai dan orang yang berstatus tinggi adalah orang yang masuk universiti dan mendapat menamatkan pelajaran sampai peringkat PHD. Sedangkan Nabi Muhammad tidak belajar tinggi mana pun dan tidak dapat dekan setiap sem adalah insan yang mulia di sisi tuhan. Bukannya untuk merendahkan darjat orang lain, cumanya untuk mendidik masyarakat kita untuk berfikiran lebih terbuka dan lebih berdaya saing untuk terus maju.. 

Belum sempat raya pun dah menziarahi sanak saudara, paling yang berbeza tahun ini adalah tak sempat nak buat ketupat, dan tok lang ada bagitahu tadi.. Bila pergi pasar tani hari ini, banyak harga barang keperluaan yang naik. Daging pun sekilo dh rm 30, Nasib ayam masih murah. Harga benda2 lain seperti santan, daun palas dan lain-lain pun tak seperti dulu. Tanya diri anda, adakah kenaikkan harga barang disebabkan oleh GST? bila eh GST dilaksanakan? haha. carilah sendiri dan fikir-fikirkan.

Saya nasihat saya, Ubah mentaliti dan kemaskini portfolio kehidupan kita. Jangan segan untuk bertanya dan jangan malu untuk berusaha. Keputusan semua di tangan anda. Kalau anda rasa dapat 10 A dalam SPM ambil kos medic dan kerja makan gaji adalah terbaik buat anda. Teruskan cita-cita anda. 

Maaf kepada sesiapa yang tak sempat reply pm yang bertanyakan pasal takaful ini. Saya akan usaha untuk menjawab soalan-soalan anda secepat yang mungkin. Kalau hendak tahu tips-tips kewangan boleh lawati blog saya. InsyaALLAH di sana akan dikongsi tips yang boleh anda gunakan di masa depan.

Akhir kata, semua orang ada ilmu kewangan. Tetapi tak semua orang kreative untuk menguruskannya. Belajar daripada pengalaman adalah lebih bermakna daripada belajar daripada buku. Kerana semangat kita berada di dalamnnya...

Minal a'izin wal faizin. Kullu amin wa antum bikhair.
Selamat hari raya Eidul Fitri.

encik s,
Financial Planning and Investing Sercive.

Sila klik link di bawah untuk membaca perbezaan takaful dengan insurans:

http://tombiroulast.blogspot.com/2014/05/adakah-insurans-haram.html

No comments:

Post a Comment