Tuesday, July 29, 2014

Selamat Hari Raya.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kepada sahabat-sahabat syawal di luar sana semenjak syawal lahir, teman sepermainan, teman sekolah rendah sk Seri Perdana, Kolej Sultan Abdul Hamid, UUM dan lain-lain lagi. Kalau nak tulis memang tak habis. Di kesempatan ini syawal ini mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin sepanjang perkenalan kita di dunia nyata ataupun di alam maya ini. Buat rakana yang menjadi teman sepermainan ataupun yang pernah mewarnai hidup syawal ini. Segala memori itu tersemat di dalam hati ini. Segala suka duka kita bersama dalam menjalani kehidupan ini sentiasa menjadi kenangan yang terindah dalam hidup syawal. Bagi yang belum pernah bersua 'face to face' syawal doakan bahawa kita akan berjumpa di syurga nanti. InsyaALLAH. Andai tuhan mengizinkan. Terus terang kenangan bersama rakan-rakan sepanjang hidup ini memang banyak memberika 1001 pengajar yang baik buat syawal untuk syawal jadikan teladan sepanjang menumpang di bumi tuhan ini. 


Kalau kita mengembara di bumi tuhan ini, kita akan melihat pebagai gelagat, bermacam-macam ragam di luar sana dan secara tiba-tiba kita akan merasa betapa kerdilnya kita di sisi Tuhan. Harapan kawan-kawan di luar sana doakanlah yang terbaik untuk umat Islam khususnya dalam menjalani ibadat dan ujian yang tuhan aturkan kepada kita. Semoga dengan apa yang kita pelajari di dunia ini dapat memberikan manfaat kepada orang lain.

Impian syawal untuk mengelilingi dunia agar tercapai. Tempat yang pertama untuk ditujui mestilah mekah untuk menunaikan Haji. Selain itu, bumi tuhan ini luas, banyak tempat-tempat yang menarik boleh kita terokai untuk menambahkan keimanan kita kepada tuhan. Di samping kita bergembira, ingat sama kepada orang lain yang tidak senasib dengan kita. Jadi, andai kita berkongsi nikmat yang kita perolehi bersama-sama kan lebih indah.

Tak nak membebel panjang-panjang. So, semoga berbahagia dengan insan yang tersayang.

encik s,

from liverpool.
woha!

No comments:

Post a Comment