Thursday, January 22, 2015

Pengajaran yang tidak di ajar di universiti

........

Kisah ini mungkin akan membuatkan anda berfikir 2 kali....

===Motivasi Pagi====

Semasa zaman sekolah, saya seorang pelajar yang sering mendapat gred C dan menghuni tangga tercorot dalam kelas. Perbezaan saya dengan orang yang pandai di dalam kelas umpama langit dan bumi.
Ada suatu hari saya mendapat keputusan karangan Bahasa Malaysia. Keputusan yang saya dapat adalah gred C yang lulus cukup-cukup makan sahaja. Kemudian kawan saya mendapat gred A dia beliau merupakan pelajar yang terpandai dalam kelas saya.
Akan tetapi saya tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi kerana merasakan saya telah menuliskan sebuah karangan yang cukup baik. Lalu saya membanding jawapan yang ditulis kawan saya yang mendapat A dalam peperiksaan tersebut.
Setelah membandingkang skrip jawapan saya merasakan bahawa jawapan saya lebih lebih baik berbanding orang yang mendapat A dalam peperiksaan karang bahasa Malaysia.
Kemudian saya cuba membuat keputusan bahawa setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Gred tidak menunjukkan bahawa anda bodoh atau tidak cerdik. Akan tetapi kemungkinan orang yang menyemak kertas anda itu tidak bersetuju dengan apa yang kamu tuliskan. Sebab itu kamu gagal semasa di sekolah.
Banyak lagi ini diceritakan tentang sistem pendidikan di Malaysia. Cukuplah sampai di sini, supaya ramai lagi orang menjadi cerdik.
encik S,

orang cerdik akan berasa bodoh dengan sistem pendidikan kita.

No comments:

Post a Comment