Thursday, January 22, 2015

Jalan mana yang anda pilih?

.......



====Harta Godaan Dunia====

Tiba-tiba teringat salah satu lirik lagu nasyid semasa kecik-kecik dulu... Disebabkan skim cepat kaya "menyontot" in tumbuh bak cendawan selepas hujan. Terasa ini untuk mengingatkan kepada diri ini serta sahabat-sahabat di luar sana. Oleh yang demikian, jika status yang ditulis ini dirasakan bermanfaat kepada orang luar atau sanak saudara kita, ikhlaskan berkongsi ilmu yang tak seberapa ini kepada orang yang tidak mendengar. Semoga perkongsian ilmu yang kita lakukan menjadi saham kita di akhirat kelak. Kerana harta kita yang paling kekal adalah ilmu yang memberikan rahmat kepada orang lain selagi mana ia digunakan ke jalan yang betul..
Ramai yang runsing dengan keadaan ekonomi, ramai yang membelanjakan barang keperluan melebihi pendapatan, ramai yang tiba-tiba sahaja dilanda musibah, ramai juga yang mendahulukan kehendak berbanding dengan keperluan, ramai sahaja yang bagaimana terpukau apabila dicanangkan keuntungan berlipat kali ganda dengan hanya perlu goyang kaki. Ramai yang katakan skim, pelaburan mereka yang terbaik dan ramai yang telah mengikutinya dan mendapat pulangan hasil dilaburkan.
Namun, jarang sekali syawal melihat di antara kita yang mensyukuri atas sekali nikmat yang dikurniakan. Lebih tak tertahan apabila mereka menyangka skim pelaburan merekalah yang paling terhebat abad ini dan segalanya atas usaha mereka. Lupakah mereka kepada tuhan? tuhan yang maha permurah lagi maha pengasih serta maha pemberi rezeki?
Jadi, siapa yang sebenarnya memberikan rezeki kepada ada? skim cepat kaya?
Fikir dan renung sejenak sebesar mana, sebanyak mana bekalan harta kita di akhirat kelak atau lebih tepat ketika di alam kubur. Habaq mai besaq mana dan berat mana bekalan kita? skim berjuta-juta boleh bawak ke? tanah berhektar-hektar ada boleh bawak juga?
Mesti ada golongan yang taksub kepada skim ini akan menyatakan bahawa, hang mesti nak melingkupkan bisnes orang, hang mesti dengki, hang nak cakap apa kalau bisnes ini memang bagi pulangan tinggi?
Mai ceq jawab siap-siap. Alhamdulilah kalau begitu dan syawal doakan semoga anda lebih dilimpahkan rezeki yang banyak-banyak dan boleh membayar zakat berjuta-juta dan bukan hanya menunjuk kereta BMW dan duit berjuta-juta..
Ingat lagi pesan 'Ustazah' encik S bahawa
"Nanti apabila kita dewasa nak. Hidup kita ada 2 pilihan, satu jalan yang sempit dan satu jalan yang luas. jalan yang sempit itu membawa kepada kehidupan dunia dan akhirat manakala jalan yang luas itu membawa kepada kehancuran...."
"Namun sayangnya, ramai manusia tetap degil memilih untuk melalui janag yang luas itu dan sedikit pula orang yang melalui jalan yang sempit itu...."

Jalan mana pilihan anda?

encik S,
aku pernah di jalan yang luas itu,

aku pernah dicemuh apabila di jalan sempit itu.

No comments:

Post a Comment