Tuesday, January 27, 2015

Sebab apa gua menentang loan ASB!!!


Bagi Besaq Hampa Tengok Dividend ASB

..... Mungkin sales ASB di maybank akan marah dengan gua. Tetapi terpaksa ye. maaf. Untuk masa depan yg lebih cerah. Gua nasihat batalkan hutang ASB itu. Kalau anda tak boleh mengikut pantang larang dan istiqomah dalam menyimpan dalam ASB..

NAK TAHU KENAPA??



.. Buat pilihan dengan bijak...

===Analisis Kes Client===

Buat pinjaman RM 30 000 dekat bank dengan bulanan RM 183 sebulan.

Selepas setahun dapat return menurut beliau RM 1900..

Secari teorinya. RM 30 000 x (7.50+1.00) = RM 2 550.

Jadi, client saya mempersoalkan kenapa dia dapat sikit? RM 2550-RM 1900= Rm650 p mana? saya cakap cik bayaq interest hang taw dakk??

Analoginya mudah. Saya cakap, rm 2550 bahagi 12 = 212.5
Manakala 1900 bahagi 12 =158.33.
Anda kena bayar rm 183 sebulan kali 12= RM2196.

Nampak figure di atas? Berapa kerugian beliau? RM 296.

Kemudian, saya tanya apa yang kamu lakukan dengan dividen yang diperolehi? dia cakap amek dividen guna la apa lagi, kasi licin.....

Kemudian saya nasihatkan beliau untuk batalkan sahaja loan asb kalau anda bersikap begitu.

NAK TAHU KENAPA?

Bayangkan beliau menyimpan tanpa HUTANG di asb setiap bulan RM183 x 12 = RM2196.

Total return yang dia akan dapat adalah RM2196 x (7.50+1.00)= RM 186.66.

Adoi syawal, dia dapat RM Seratus lapan puluh lebih ja la...

Sebenarnya anda silap. Return dia adalah RM 2196 + RM 186.66= RM2382.66.

Mana lagi untung? Beliau sudah termakan dengan janji manis salesman yang menyuruh beliau berHUTANG.

Fikir2kan dan renung2kan.

Katakan tidak pada hutang.

encik S,
Islamic Financial Planner,
012 5462297
pm for consultation.
Selamat beramal.

Like dan share jika bermanfaat.

No comments:

Post a Comment