Thursday, January 22, 2015

Mengapa perlu jual beli??? jauhi riba!




===Bertebaranlah mencari Ilmu===

Apa itu 'arbitrage opportunity'?

Secara umumnya kita mengunakan teori ini dalam seharian hidup kita. Menurut teori memang gua muntah kalau nak tulis. Tetapi, untuk sahabat-sahabat di luar sana memahami bahasa menurut generasi muda sekarang adalah suatu tindakkan mengambil kesempatan perbezaan harga terhadap sesuatu barang berbeza lokasi dan berbeza tempat keadaan itu dijual beli.

Kisah Sebotol 100Plus.

Memulakan perjalan daripada bukit kachi UUM sintok dengan sebotol 100plus 1.5liter.

1. Melihat harga di Kedai runcit Kachi Mall. RM 3.60.
Meneruskan perjalanan ke Cmart Changlun.

2. Melihat harga di situ Rm 3.30. Dan membuat keputusan membeli di situ kerana murah daripada harga sebelum ini.

Teruskan perjalanan melalui Highways Utara selatan dan berhenti di RnR guna dan mengisi minyak di Shell. Pergi ke mini market di situ untuk membeli sebotol air 100Plus kerana sudah kehabisan bekalan. Lihat harga di mini market di kedai Shell itu. RM 4.50. Terdiam dan memikirkan perbezaan harga di tempat yang berbeza dan kawasan yang berlainan.

3. Selepas melihat harga sebotol 100plus RM4.50. Mengambil keputusan untuk keluar highways di utara sungai petani dan masuk giant.
Alhamdulilah rezeki yang tuhan nk berikan. Giant sedang buat promosi clear stok Sebotol 100plus 1.5 liter RM 2.90 sahja. Terus membeli..

4. Meneruskan perjalanan ke peneng..... Melihat harga di kedai nasi kandar di sana. Rm 3.90.. Terduduk dan memikir....

Persoalannya. Apakah perbezaan harga di sintok dan di peneng itu adalah riba? syawal, penjual itu kejam la. Jual mahal. Kerja nak untung lebih ja tahu. In semua salah perniaga. Mereka mesti nak untung. Kesian kat pengguna. Penjual ini mesti ini tak belajaq ekonomi. Dalam buku ini cakap lain syawal. Kenapa realiti ini tak sama pun macam buku ini ajaq.? semua ini salah.!!!

Psstttttt... Wahai sahabatku, percayalah ijazah terbaik adalah di jalanan. Tak guna ada seorang yang genius, seorang pelajar deanlist, first class namun tiada ilmu kemanusiaan. Ingatlah jika anda mempunyai perbalahan tentang sesuatu perkara. Berbaliklah kepada Al-Quran dan Al-Sunnah. Nescaya kamu tidak akan tersesat.

Di sini syawal suka berkongsi satu petikan daripada al-Quran.:

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :- 
"Dan Allah s.w.t telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba." (Surah Al-Baqarah : ayat 275)

encik S,
Islamic Financial Planner.
Budak yang selalu failed exam dan degree tak abis lagi serta esok exam dia gemar menghupdate status.
tak tidoq gua malam nie

No comments:

Post a Comment