Thursday, January 22, 2015

Warkah rindu buat kakak......

......

Sampaikan surat rinduku ini padanya.

Dulu, aku rasa dunia ini tidak adil. aku punya 3 rang abang. Dan 3 orang abang selalu membuli aku sewaktu aku kecil. Yela, manakan tidak. semua itu, sana, sini, apa.. lipat kain, hang paling kecik kena la buat, basuh pinggan periuk belanga, kita xdak kakak perempuan, hang kena buat. kemas rumah? hang kena buat sbb kita tak ada adik perempuan.....
begitulah kisahnya aku dibuli.
Seringkali aku memberontak "kenapa aku tak macam lain yang punya kakak, sering mereka ada kakak yang baik, yang penyayang, yang baik dengan adik2 mereka... ada kakak untuk bersembang. tetapi aku punya abang yang sering membuli aku. Malangnya nasibku. Emak pernah berkata " adik dulu punya kakak kalau tidak, tetapi tuhan lebih menyayangi kakak adik. slepas kakak dilahirkan dia meninggal dunia. adik bersabar ye.. Nanti kita jumpa kakak sama- sama di syurga ye.
Berkat kesabaran..
setelah masing masing dewasa, ketiga tiga abg itu sudah dewasa dan semua sudah berkahwin. dan si budak kecil yang sering dibuli itu mula menyedari bahawa tuhan itu maha adil. Hal ini disebabkan budak kecik itu dianugerahkan 3 kakak sekalu gus oleh tuhan. dan mereka semua baik baik belaka. nikmat tuhan apa yg engkau dustakan wahai budak kecik?
namun tidak dapat menandingi kerinduan terhadap kakak kandung..

encik s,
yang merindumu kakak..
Al-Fatihah.

[1991-2015 Mastura]

No comments:

Post a Comment