Wednesday, June 26, 2013

Aku hanya mampu tersenyum.....

Assalamualaikum, 
Paper work oh paper. Di kala orang lain dah balik rumah sambil menikmati saat-saat gembira. Syawal hanya mampu keseorang di dalam bilik sambil mengadap paper work. Mesti hampa nak tahu apa itu paper work? Paper work adalah sejenis kertas kerja yang mengandungi perancangan program yang bakal kita laksanakan. Sebagai contoh, hampa ingat nanti bila hampa kerja kat mana-mana pun kita akan aplikasikan apa yang kita belajar kat dalam kuliah? Oh, cuba hampa fikir sekali lagi. Mungkin hanya dalam 40%-50% sahaja yang akan digunakan dan yang akan menggunakan kemahiran softskill anda semua adan kebijaksaan anda menggunakan akal yang melaksanakan sebarang tugasan yang akan diberikan oleh ketua anda atau lebih tepat sekali adalah bos anda.

Sadis bukan? itulah lumrah kehidupan. Adakalanya kita di atas, ada adakalanya kita di bawah. Jadi, Senyumlah sentiasa agar kita dapat menyerap segala tekanan yang kita hadapi dengan mudah. :) 

Di kala ini, syawal terpaksa untuk bersengkang mata untuk menyiapkan paper work. Bukan mudah, kita terpaksa memikirkan program apa yang kita hendak laksanakan, matlamat, tujuan, latar belakang, masa, tarikh, peserta, senarai ajk, dan bla-bla lagi. Peh, penat kot. Okay2, kalau hal itu dah selesai, kena pulak key ini dalam portal. Nampak tak permainannya kat sini? maksudnya kerja dua kali lah kawan-kawan. terkejut mak jemah taw. 
Gembira dalam part ini adalah apabila line intenet tersangat la laju macam bdk kecik.. hehe. Ramai orang cakap dia memang laju. Oh. Tidak apa yang hang merapu ini. Fokus2. Sepatutnya apabila orang dah tiada di dpp ini kekuatan line internet di Bukit Kachi ini sepatutnya mencapai kuasa Super Saiya tahu! tapi, apakan daya. Line dia tetap macam kuran-kura berlari-lari. Mula lah nak salahkan system down apabila semua yang kita key-in kan dalam intenet semua tak masuk. huhu..

 Takpa-takpa. Allah kan ada :) Bersangka baik lah dengan apa yang berlaku. Kita berHuzon sebentar ye. Syawal, cuba hang berdoa dan berserah. Jangan kerja nak merungut saja. huh! Walaupun terdapat beribu-ribu halangan, walaupun setiap yang hang lakukan terasa payah, walaupun setiap pulang terasa tipis, walaupun setiap hela nafas terasa nipis, pasti ada punca dan ada hikmah. Jadi cuba hang doa. Okies!
Cuba meraih semula kekuatan untuk terus maju dan terus menggapai cita-cita. Apa yang di impikan bukanlah angan-angan kosong, bukanlah cakap-cakap kosong. Tetapi, Aku bermula dengan kosong dan ingin aku buktikanya hasilnya. Sekarang, syawal sudah berjaya menamatkan semester dua dengan selamat. Sudah 20% usaha aku sudah tercapai. Berkatilah aku dalam mencari ilmu dan menjadi hamba yang mampu menyalakan syiar Islam! Tidak akan aku menoleh kisah silam yang penuh kegelapan. Akan aku bangkit menerangi bumi sunnahMu ya Rasulullah ini tatkala orang lain leka dikaburi kemewahan. Berdoalah agar apa yang dirancang akan menjadi keyataan.! Apa yang penting adalah kena berusaha. Kita pasti boleh.




No comments:

Post a Comment