Friday, June 21, 2013

Betapa istimewanya wanita buat lelaki..

    Tercipta engkau daripada rusuk lelaki, tempat engkau bukannya di kaki untuk dialasi, bukan juga di kepala untuk dijunjung. Namun, engkau dekat di hati untuk dikasihi dan dekat di bahu untuk dilindung kerna engkaulah wanita hiasan duniawi. Akal wanita diibaratka senipis rambut mereka, jadi mereka perlu tebalkan rambut tersebut dengan ilmu agama serta hatimu mudah tersentuh ibarat kaca yang mudah rapuh. Jadi, kuatkan hatimu dengan iman yang tenguh. Engkau digelar bidadari dunia, hadirmu melengkapkan kehidupan golongan Adam. Jadi, golongan Adam di luar sana. Jika ada anak, isteri, adik, kakak, anak saudara perempuan, didiklah mereka dengan keimanan dan janganlah mendidik mereka dengan harta atau pujian kerana perkara tersebut akan melalaikan mereka dengan nikmat duniawi yang sementara ini. Sedarlah kaum Adam, bahawa kelembutan yang kaum Hawa memiliki bukannya kelemahan yang patut anda ambil kesempatan dan bukannya juga satu penghinaan daripada Allah swt. Kerana kelembutan tidak akan pernah tewas dengan kekerasan.


Apa yang kakak semua fikirkan?
jadilah wanita yang  membawa adam ke syurga boleh kan?
     Namun tetapi, ini peringatan buat incik tombiroulast sendiri dan kaum-kaum Adam di luar sana agar sentiasa beringat bahawa tiada Mawar yang tidak berduri. Memang wanita adalah hiasan dunia, jadi didik mereka menjadi bidadari di dunia dan di akhirat. Pesanan ini adalah untuk kaum Adam yang bakal menjadi pemimpin, anda pemimpin keluarga, masyarakat dan negara! Hal ini disebabkan terdapat 4 golongan lelaki yang akan ditarik oleh wanita ke neraka. Na'uzubillah. Incik tombirou berdoa selalu agar dijauhi daripada empat golongan tersebut.


4 golongan yang akan ditarik oleh wanita ke dalam neraka

     Golongan pertama yang akan menarik lelaki bersama-samanya ke dalam neraka di akhirat kelak ialah AYAHNYA. Kepada anda yang bergelar ayah, bakal bergelar ayah, dan akan menjadi ayah suatu hari ini. Ingatlah perkara ini baik-baik terutamanya abang-abang incik tombiroulast yang sudah menjadi ayah kepada dua puteri yang comel iaitu Hanan Husna dan Anis Farah. Ingatlah, apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuanya di dunia. Sebagai contoh, dia tidak memberikan segala keperluan agaman seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Seterusnya, dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat dan hal ini yang Incik tombirou sangat tidak mengerti kenapa terdapat insan yang bergelar ayah di luar sana sanggup membutakan mata, memekakkan telinga dan membisu membiarkan anak perempuan tidak menutup aurat. Maaf dipinta keran semua adik-beradik incik tombiroulast lelaki dan Ayah sangat tidak suka jika anak-anaknya tidak menutup aurat tak kira ketika keluar atau bersukan mesti kena menutup aurat. Selain itu, seorang Ayah telah membuat kesilapan besar sekiranya menganggap bahawa dengan memberikan kemewahan dunia sahaja sudah memadai untuk menunjukkan kasih sayang seorang Ayah terhadap anak perempuannya. Wahai ayah-ayah di luar sana, tegurlah anak-ank yang tidak menutup aurat dan didiklah mereka agar menutup aurat dengan sempurna. IsyaAllah anda boleh.

      Golongan yang kedua ialah seorang lelaki yang bergelar SUAMI. Ingat ini dituju buat diri sendiri yang jahil dan perlukan peringatan selalu  iaitu incik tombiroulast sendiri serta jejaka-jejaka yang hansem-hansem di luar sana. Ingat ini ditujukan khas buat abang Incik tombirou yang sedang bergelar suami dan bakal memperolehi seorang bayi dalam masa 5 bulan lagi. Incik tombiroulast doakan kandungan dalam keadaan sihat dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Sebagai contoh, apabila seseorang lelaki yang tidak memperdulikan tindak tanduk isternya, Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suaminya tetapi untuk pandangan kaum Adam yang bukan mahram, jadi apabila suaminya mendiam diri walaupun dia seorang yang alim seperti solat di awal waktu, tidak bertangguh-tangguh dalam bersolat, berpuasa tidak tinggal ingatlah bahawa semua itu tidak menjadi kita semua yang bergelar lelaki akan memasuki syurga. Jadi, janganlah kita menjadi lelaki dayus yang mebiarkan semua ini, didiklah wanita dengan keimanan agar mereka tidak tersasar. Kalau si suami tidak mengendahkan perbuatan isterinya itu, maka dia akan ditarik oleh isterinya ke dalam neraka. Di kesempatan ini, incik tombiroulast ingin berpesan buat diri ini dan kaum-kaum Adam di luar sana. Lengkapi diri kita dengan ilmu agama dengan secukupnya dan barulah anda boleh gatal nak bercinta kerana cinta itu suci dan bersih. Kerana cinta itu dapat menguatkan seseorang dalam menjalani kehidupan. Jadi, gunakkan perasaan cinta itu dengan sebaik-baiknya.

      Kemudian, golongan yang ketiga ialah seseorang lelaki yang bergelar abang kepada adik perempuannya. Hal ini disebabkan apabila ayah si perempuan itu sudah meninggal dunia dan perempuan itu belum berkahwin. Maka, tanggungjawab menjaga perempuan itu terletak di atas tanggunjawab abangnya. Jadi, abangnya bertanggunjawab untuk menjadi maruah wanita sehingga mereka berkahwin. Tapi, ingat jika anda yang bergelar abang ini hanya mementingkan keluarganya dan membiarkan adik perempuannya terkapai-kapai dan dibiarkanya melepak, berkawan dengan orang yang tidak ketahuan dan melencing dari ajaran Islam. Maka, nantikan waktu di akhirat kelak, anda akan ditarik di akhirat nanti. Hal ini berlaku kepada makcik incik tombiroulast. Semasa makcik dalam tingkatan 5, kedua ibu bapanya iaitu tok dan nenek incik tombiroulast telah meninggal dunia, maka abang yang sulung dipertanggunjawab untuk menjadi mak cik sampai dia boleh berdikari. Selepas beberapa tahun makcik nak pandai mencari dunia sendiri dan bertemu dengan jodohnya. Maka terlepaslah tanggungjawab abang sulung tersebut. Senang bukan ? jika kita mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt.

      Terakhir dan keempat, ialah anak lelakinya. Apabila seseorang menasihati seseorang ibu akan perihal kelakuan yang salah disisi Islam, makan anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Maka, kaum-kaum adam perlu ingat. Iman tidak dapat diwarisi. Ingatkah kamu akan sirah Nabi Nuh yang isteri dan anak-anaknya tidak mahu menerima Hidayah daripada Allah swt? mereka lebih rela mati kelemasan daripada mengikut Nabi Nuh menaiki banteranya. Sadis bukan? bertahun-tahun Nabi Nuh berdakwak kepada ahli keluarganya untuk menyembah Allah swt yang Esa namun tidak diendahkan? Ingat tu, bertahun-tahun lamanya namun tidak didengar. Di sini incik tombiroulast ini mengambil secebis semangat daripada Nabi Nuh dalam berdakwah. Memang penat untuk kita mengajak orang kembali kepada Islam, tapi apa yang kita lalui ini hanyalah sedikit daripada Nabi-Nabi kita lalui dahulu. Jadi, wahai kaum Adam jadik kisah ini sebagai azimat kita dan panduan kita agar lebih kuat di masa hadapan. Kita pasti boleh insyaAllah. :)

   "HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARIPADA API NERAKA, DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATA"
       Ini adalah rayuan incik tombiroulast kepada wanita-wanita di luar sana serta kepada pelengkap agamaku. Jika, anda kasihkan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda maka, satu sahaja pesanan. Kasianlah mereka dan diri kamu sendiri dan jalankan perintah Allah swt dengan bersunguh-sungguh dan dengan ikhlas.

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik tidak kira daripada mana-mana pihak jika anda lelaki atau perempuan. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga dan Allah swt menilaikan seseorang muslim dengan syurgaNya. Orang yang beragama Islam dan mengucapkan Dua Kalimah Syahadah telah dijanjikan Syurga. Jadi, janganlah kita mempersiakan peluang yang kita ada dan tidak mengendahkan janji Allah. Percayalah menjadi wanita sangat istimewa, Allah swt sangat sayangkan anda kerana telah menetapkan syariat iaitu daripada anda kecil dan besar anda akan tetap dijaga oleh sesorang...... bersyukurlah.

Semoga kita semua tergolong dalam syurganya.
Amin... Ya Rabbalalamin.
  

No comments:

Post a Comment