Friday, June 7, 2013

Bersyukurkah aku?

Alhamdulilah masih diberi kesempatan melihat kebesaranMu

Bersyukurkah aku bila mana aku punya Allah,

Namun aku tak pernah berterima kasih padaNya.

Bersyukurkah aku menjadi umat Nabi Muhammad,

Namun tak pernah berselawat kepada Baginda.

Bersyukurkah aku, punya ayah, emak, adik lelaki, adik perempuan,

Tatkala aku sering mempersoalkan ketiadaan abang dan kakak.

Bersyukurkah aku punya mata, punya mulut, telinga,

Namun tak pernah melihat pekara yang Allah suka,

Bercakap perkara yang Allah cinta, 

dan mendengar ayat-ayat ChentaNya.

Aku sering kali lalai mengunakan mata dengan terpana  dengan kemewahan dunia yang sementara,

Aku suka menghabiskan  tenaga  badan dan mulutku dengan  melepak dan bercakap perkara sia-sia,

Aku tengelam dengan fesyen dunia yang membuka makhotaku auratku,

Aku tak malu membiarkan auratku ditatapi orang orang lain,

Walaupun aku sedar bahawa itu bukan kemahuanku,

Aku meronta-ronta dan membutakan mata dan menulikan telinga,

Aku sering terlena ditengelami mendengar lagu-lagu duniawi.

Walaupun aku punya lagu-lagu cHenta daripada ilahi,


Bersyukurkah aku punya tangan dan kaki,

Aku tidak berusaha untuk mendekati yang Maha Esa,

Bahkan aku sering menjauhiNya dengan kedegilanku.

Jika aku sering kali mempersoalkan kemahuanku,

Hatiku mati....

Tapi aku sekarang bukan aku yang dulu,

Sudah semakin dengan rahmatMu,

Semakin kuat dengan dugaaMu,

Yang menyedarkanku dengan kasih-sayangMu,

Yang merindukan aku berdoa padaMu, kerna dulu aku alpa.

Terima kasih kerna menyedarkan aku awal, daripada terleka dengan duniawi

Namun,

Aku masih bertatih-tatih mendekatimu,

Sedaya upaya mendekatimu, tetapkan hati ini tuhanKu.

Tapi, itu semua kisah silamku, yang kini aku terangi dengan HidayahMu,

Aku perlukan kekuatan aku menjadi lebih sempurna, Alhamdulilah kini aku capainya,

Aku perlu bimbingan aku aku tidak tersasar, Alhamdulilah aku di landasannya,

Aku perlukan seseorang mendengar rintihan jiwaku, Alhamdulilah Allah Maha mendengar,

Sekarang, apa yang aku perlukan ialah menjadi lebih baik daripada hari ini,

Dan akan aku sematkan di hati ini.

Ya rabbi....

Bersyukurkah aku punya hati,

namun tidak pernah menangis untuk merasai ketenangan bila mana aku dengan denganMu

Ya Tuhan, aku ingin menangis,

Menangis menyesali dosa-dosaku silamku,

Aku juga ini ingin menangis sekuat hati, agar hati ini menjadi lunak.

kerna aku ingin menjadi orang sentiasa bersyukur dengan rahmatMu.

Incik tombiroulast



No comments:

Post a Comment