Friday, June 14, 2013

Belajarlah menyelami Jiwa orang lain... Menjiwai Mat Rempit

Orang di sekeliling kita hanya mampu berkata, menangis, bercakap, menasihati dan menegur dan sebagainya untuk menjadi kita kepada insan pada hari ini dan keesokkannya  kepada yang lebih baik, bukan? Namun, yang mampu mengubah diri kita ialah diri kita sendiri sebenarnya. Ada satu kisah di mana seorang sahabat incik tombiroulast menceritakan bagaimana dia berdakwah kepada golongan mat rempit. Sahabat incik tombiroulast ini pada asalnya bukannya seorang kaki rempit bahkan beliau seorang penunggang motosikal yang berhemah walaupun di mana beliau berada tak kira dijalan persekutuan ka, jalan perumahan ka, jalan kampung ka dan hanya menaiki motosikal Yamaha Lagenda 110 cc berwarna hijau. Tambahan pula, beliau mengenakan pakaian berjaket dan berkasut seperti superbike gitu.. hehe Padahal naik moto kecik ja pun..

  Namun, disebabkan keinginkan untuk merasai kehidupan seorang mat rempit yang bertauliah rasanya. Beliau sanggup menukar penampilan asalnya Aoron Aizizi kepada seorang jejaka persis mat rempit seperti dalam cerita Remp-it V3 dengan karekter beselipar jepun, berseluar jeans koyak di lutut dan bersinglet pagoda. Beliau berpakaian seperti itu di dalam setiap race yang akan beliau sertai apa dalam bahasa bakunya ialah dalam lumba haram di atas jalan raya. Bak kata Adnan Sempit, " Di mana ada kemahuan, di situ ada Highwayyy". Okay, kemudian, beliau menjalani kehidupan seperti mat rempit yang normal yang seperti mana apabila tibanya pukul 12.00 tengah malam dan ke atas, maka sudah masuklah waktu azan berkumandang untuk mereka punch card mereka di atas jalan raya. Hehe (incik tombiroulast ini sangat hiperbola yer). Menurut sahabat incik tombiroulast ini, mereka selalu merempit pada hujung minggu kerana waktu itu kebanyakan ahli-ahli mat rempit ini bercuti. Jadi mereka mengunakan waktu cuti yang diberikan dengan melakukan pelbagai perkara-perkara yang sangat berfaedah, jadi waktu bila lagi hendak menjalankan aktiviti yang sangat sihat itu. Mat rempit selalu merayau-rayau pusing bandar pada pukul 2, 3, 4 pagi dan sampaikan sampai waktu subuh pun ada. Adakan, sehingga satu ketika, dia pernah ditahan oleh Tuan Polis ketika menunggang dengan berhemah di jalan raya. Hal ini disebabkan Tuan Polis itu sedang menjejak kasih pursher ( orang yang mengedar dadah, ganja, ketamin dan seangkatannya denganya). Setelah meneliti ic yang diberikan, Tuan Polis memberikan kembali kepadanya dan menyatakan sambil tersebut. " buas sungguh anak polis ini" apabila melihat alamat yang tertera adalah alamat kediaman polis atau lebih dikenali sebagai berek polis.

peluh besaq.. hikhik.

  Okayy.. sterusnya, ada suatu kejadian di mana kawan kepada kawan incik tombiroulast ini cerita. tapi untuk memudah penyampaian. Incik tombiroulast mengelarkan sahabat incik ini sebagi Abu atau dalam erti kata lain bukan nama sebenar ye. Faham dak? Abu ini seorang jejaka yang baik hati, putih-putih melati dan merah-merah delima gitu.. hehe. Stop!!  incik tombiroulast. jangan merapu okay. Jeng-jeng,  Abu menunjukkan akhlak yang baik kepada kumpulan-kumpulan Mat rempit yang telah dikenalpasti seperti dalam cerita CSI tuu.  hehe, Ceritanya bermula begini, abu menyertai konvoi yang dilakukan oleh kumpulan Mat Rempit ini pergi ke Batu Feringgi, Pulau Pinang. Dalam perjalanan, Abu ini sering nasihat mereka bahawa, perjalanan kita ini mestilah berniat yang baik kerana andai kata sesuatu buruk yang berlaku, kita sudah dianggap sudah beribadat kepada Allah swt. Namun, kumpulan ini tidak menerima apa yang disampaikan oleh abu ini dengan keadaan yang positif. Mereka mengejek-gejek abu tentang pemikirannya yang kuno dan tidak sebagai seorang mat rempit yang sejati. Geng-geng mat rempit ini berprinsip  "Hidup kena enjoy bro. apa pulak kena niat-niat ini? tak up to date lah.. Kita nak p sana nak usha-usha mat saleh kat sana. kalau ada rezeki tak perlulah belajaq tinggi-tinggi nak pergi luaq negara bro. Pastu, Kampung kita mana ada mat saleh teringin nak mai. Ujar salah seorang daripada kumpulan mat rempit itu. Namun, Abu tak mengendahkan segala cacian atau hinaan yang dilemparkan kepadaNya. Kerana Abu percaya, "Kelembutan tidak akan pernah tewas dengan kekerasan"

   Situasi yang kedua, dia mana Abu ini berhenti solat asar dalam perjalanan ke Batu Feringgi itu. Abu menjadi iman untuk kumpulan Mat Rempit itu. Tapi sayangnya, tidak semua yang mengikutinya walaupun semua dalam kumpulan itu beragama Islam? sadiskan? Namun, ada segenlintir sahaja daripada kumpulan itu yang turut berhenti di Masjid yang berdekataan dan solat berjemaah bersama-sama abu. Namun, itu tidak mematahkan semangat abu untuk berdakwah kepada mereka kerana dia telah menganggap bahawa setiap orang dalam kumpulan Mat Rempit iti sebagai abang-abang dia sendiri. Tapi, dia sudah merasakan kejayaan dalam gengaman ( poyo la ayat engkau ini abu). HAHA. Abu berasa puas hati kerana dia berjaya mengajak seberapa kerat sahaja orang yang mahu menunaikan perintah Allah. Dalam doa abu, dia berharap agar keseluruhan daripada kumpulan itu mendapat hidayah Allah swt walaupun pada percubaab pertama hanya sebahagian daripada kumpulan itu telah yang mendengar nasihatnya. Selama dia berkawan dengan kumpulan mat rempit itu, bersungguh abu menerapkan nilai-nilai persahabatan menurut islam. Sebab islam itu cantik, cuma penganutnya sahaja yang mencacatkanNya.. Alhamdulilah.. Abu hanya perlukan sedikit lagi usaha untuk mengajak mereka kembali di jalan yang betul.

   Setibanya di kawasan yang ditujui, maka tibalah mereka di kawasan yang dinanti-nantikan. Pantai batu Feringgi, mereka mencari sesuatu yang menyebabkan mereka datang ke situ. iaitu mat saleh! yup, tapi kelibat mat saleh tidak pun kelihatan di situ. Namun, apa yang mereka lihat ialah kekuasaaan dan kehebatan Allah swt. Satu permandangan yang tidak dapat dilihat di kampung mereka iaitu pantai! Mesti, pantai dan bau masin laut!!  Di kesempatan ini, Abu mengunakan ruang ada peluang yang ada untuk menyedarkan mereka. Abu, "menjelaskan kepada mereka bahawa, lihat pantai yang indah ini yang dilitupi dengan pepasiran yang jernih, diselang-seli dengan deruan ombak, angin-angin sepoi-sepoi bahasa menerpa di raut wajah masing-masing. Seumpama membersihkan wajah mereka wajah mereka daripada daki-daki jahiliyah yang selama ini menutupi wajah mereka. Mereka menghirup udara di pantai itu dengan sedalam-dalamnya dan seperti ada sesuatu yang senang membersihkan hati-hati mereka apabila menghirup sedalam-dalamnya udara di pantai itu. Kemudian, terasa segumpalan kotoran-kotoran hitam terkeluar daripada nafas mereka tatkala menghembuskan nafasnya. Mereka terasa segar, segar yang amat. Tak pernah mereka merasa sesegar ini. Seterusnya, fikiran mereka merawang-rawang memikirkan siapakah? Yang mejadikan langit tanpa bertiang, Yang menciptakan awan dan menurunkan hujan. Yang jadikan siang dan malam dan Yang mengawal peredaran bulan dan bintang mengikut paksinya. Bukankah itu tidak belum cukup lagi untuk menunjukkan kekuasaannya? Apakah matlamat hidup kita ini? adakah kita perlu enjoy siang dan malam? sampai ajal mejemput kita? adakah kita akan hidup selama-lamanya? cuba renungkan kawan-kawan.. " ujar abu.

 Tiba-tiba, salah seorang daripada kumpulan itu menitiskan air mata.. Dia memohon maaf atas kekhilafan dia selama ini. Yang lupakan Allah, yang ikut perasaan, ikut jiwa remajanya, meninggalkan apa yang disuruh Allah swt dan buat apa yang dilarang oleh Allah swt. Sebenarnya bukan kemahuan mereka untuk menyusahkan masyarakat, untuk hidup dalam kejahilan, untuk terlena dengan hiburan duniawi. Tapi kami insan lemah, tiada petunjuk, tiada yang menegur, hanya tahu melontar amarah kan menghukum sahaja. Namun begitu, mereka terdetik di hati untuk menjadi seperti orang lain. Tetapi, disebabkan persekitaran mereka yang membuat mereka yang menjadi macam ini. Malah, masyarakt memandang golongan mat rempit merupakan orang yang memberikan banyak masalah padahal mereka tidak tahu, apa sebenarnya yang kami alami. Biasa lah manusia, hanya tahu menghukum, tetapi tidak tahu menilai. Malas!!! Akhirya, apa yang abu usahakan selama ini berjaya, beliau telah menampakkan perubahan yang positif dalam diri setiap ahli mat rempit ini  dan perubahan yang mereka alami ini bukanlah disebabkan oleh orang lain. Tetapi memang kehendak diri masing-masing. Ditambah pula dengan nasihat abu kepada mereka. Abu turut berpesan merempit, rempit juga. tapi suruhan Allah swt jangan tinggalkan. That all.

  Cerita di atas hanyalah pegalaman kawan Incik tombiroulast sahaja. Apa yang ingin incik tombiroulast sampaikan ialah dalam kita berdakwah janganlah hanya pandai menjatutkan hukum dan kesalahan sahaja. Tak perlulah kita mengatakan apa yang sahabat kita lakukan kita salah, cuma kita menyedarkan bahawa kepada mereka tentang apa yang mereka lakukan itu adalah salah. Teringat satu kisah di mana ada seorang peminum arak yang tegar di zaman Rasulullah, para penduduk memarahi si peminun tegar dan mencaci dia dan menyarankan agar peminum arak ini dihukum dengan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya yang telah melanggar perintah Allah. Nabi, baginda tidak terus menghukum, malah terus menasihat agar peminum arak yang tegar itu dapat menghentikan tabiatnya buruknnya itu. Kerana  setahu baginda walaupun sikapnya begitu, tetapi dia sangat cintakan Rasul dan Allah. Maka, dia masih ada ruang untuk bertaubat.


Credit


>>tombiroulast
* cerita dia atas daripada kisah sebenar dan digoreng-goreng agar menjadi sesedap Nasi Goreng. Maaf dipinta kepada Mat Rempit andai tersalah kata dan terlanjur kat kerana Incik tombiroulast juga salah seorang ahli Mat Rempit.. Tapi tak semua Mat rempit macam itu.. Soo, Jadilah Mat Rempit yang beriman bak kata UAI.

No comments:

Post a Comment