Saturday, June 1, 2013

Jangan pernah menyerah..

Subhanallah, Allahhuakabar, semakin dekat exam. semakin tertekan. semakin jauh daripada Allah. Semakin hilang fokus. Semakin bertambah dugaan. Dan semakin menyeronokan semakin banyak idea untuk menulis. Atau dari kata yang lain, semakin kuat hendak membebel. Meluah apa yang terbuku, menerbitkan apa yang terlintas di hati, menukilkan bait-bait kata yang dapat memberi manfaat. Bermangat!!!

Semakin kuat aku mendekati, semakin pula engkau mejauhi. Pasti, Yakin, Tekad dengan apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Takut untuk memberi sebarang harapan kerana khuatir hanya akan mengecewakan. Alhamdulilah, setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kepada rahmat Allah swt yang memelihara daripada fitnah dunia selama 21 tahun ini. Semoga berkekalan hendaknya.. Aminnnnn. Aku pasti masa itu akan datang, akan aku tunggu dengan sabar... :)

Malah Adam turut sunyi tanpa hawa... 



"Ilmu senipis bilahan rambut
Kuatkanlah ia dengan limpahan ilmu
Hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh"        

Bait-bait kata ini syawal ambil daripda lirik lagu berjudul wanita yang dinyanyikan oleh kumpulan Dehearty. Wanita, ciptaan Allah yang terlalu agung. Engkau adalah bidadari dunia. Mempunyai hati yang mudah tersentuh. Kekuatan mampu mengongcang dunia umpama Summayah. Menenangkan Rasulullah tatkala berselimut mengigil ketakutan ketika berjumpa denga malaikat Jibril di Gua Hira', dengan kelembutan Siti Khatijah memujuk Rasul agar bangkit daripada berselimut. 

Wanita perlu didikan dengan keimanan dan bukannya harta ataupun pujian. Wanita yang didikan dengan makanan rohani akan lebih kuat dalam mengejar kebahagian dunia dan akhirat. Janganlah kamu mendidik wanita dengan kemewahan duniawi, kelak mereka akan lemas dengan perkara keduniaan. Wanita, sedarilah anda merupakan insan yang sangat istimewa. Kelembutan yang di miliki wanita itu bukanlah suatu kelemahan malah kelembutan itulah yang akan mendidik generasi yang akan datang..

Mengapa wanita perlu didikan dengan keimanan. Kerana hati wanita mudah tersentuh. Mudah menangis, mudah terguris, mudah sedih, mudah untuk terasa hati, mudah untuk berasa kasihan. Namun, mereka selalu menyembunyikan kesedihan itu di sebalik senyuman mereka. Andai mereka dididik dengan keimanan, nescaya hati mereka kuat. Nak tahu kepada? sebab mereka percaya bahawa kepada tuhan yang satu iaitu Allah swt. Allah Maha Besar. Manakala, wanita yang didik dengan kemewahan duniawi. Hati mereka mudah rapuh. Leka dengan perkara duniawi membuat mereka mudah putus harapan apabila dilanda sesuatu musibah disebabkan tidak tempat bergantung harapan. Mereka percaya dunia ini ada segala-galanya untuk melakukan perkara yang mereka suka.!! tidak ini semua perlu dielakkan sebelum terlambat.. berubahlah.. anda pasti boleh.

Mereka tidak sedar bahawa Allah swt sayangkan mereka. Allah swt sangat baik. Allah tidak akan membebankan hambanya sekiranya hambanya tidak mampu untuk menempuhinya. Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa apa yang berlaku disekeliling kita adalah petanda kita untuk kembali mengingati Allah swt. Tetapi, kenapa hati kita ego, keras, memberontak, degil untuk kembali. Kita sering tersasar dalam melangkah walaupun kita tahu jalan yang kita pilih itu? sebab kita degil. Kita di besarkan dalam persekitaran sebegitu? Sebab itu kita ada agama Islam yang selalu memberikan kita harapan. Pintu taubat buat kita sering terbuka luas. Namun kita sahaja yang memejamkan mata dan membutakan hati kita..

Jika kita berasa seronok dengan apa yang kita jalani sekarang. Lupakanlah ia, kerana apa yang yang kita nikmati sekarang tidak kekal lama. Kita perlu menetapkan matlamat untuk mencapai kejayaan di akhirat di samping meniti kehidupan di dunia ini dengan penuh bermakna. Jangan kita malas, jangan kita degil, dan jangan pula kita berputus asa. Jangan jadi macam syawal. Syawal pernah malas, pernah degil, pernah berputus asa. Namun rahmat Allah swt itu mengatasi segala-galanya yang berada di langit dan di bumi seisinya. Syawal tak nak apa yang syawal alami sebelum seperti kegagalan, kekalahan, sifat menyerah sebelum berjuang ini turut dialami oleh sahabat-sahabat di luar sana. Jadikan, buat jauh-jauh sifat-sifat negatif dalam diri kita okies.!

Tergelak sendiri membaca nukilan sahabat syawal yang berada di Kuala Lumpur dalam petikkannya terkeluaq loghat utara. " Meh aku habaq mai"

kata-katanya yang membuat hati ini tersentak ialah.
Kamu akan berhenti berjalan, bila kamu berhenti melangkah. Jadi jangan berhenti melangkah. Apapun yang jadi, tak boleh putus asa, sebab akibat putus asa itulah yang akan buat kita lebih sengsara. Contohnya, kalau baca sikit, tak faham, terus tutup buku dan tidur, esok kamu akan lebih stress lagi. Tapi kalau kamu baca, tak faham, dan kamu berusaha, tanya kawan, tanya lecturer, buat itu dan ini saaaampai kamu faham, baru kamu tidur, esok exam, hati kamu akan lebih lega dan puas. Sebab dah buat sehabis baik. Gunakan masa yang ada untuk berusaha sehabis baik. Akak terbaca di satu blog, katanya, belajar itu wajib, tapi pandai itu tak wajib. Sebab Allah tak zalim. (senyum) 
Credit to TYPEWRITER


Percayalah dengan mengingati Tuhan jiwa akan menjadi tenang.

-tombiroulast







2 comments:

  1. ok, saya pun tergelak jugak bila encik syawal dah sebut balik 'meh aku habaq mai' tu. =="

    Terima kasih, sebab selalu sokong entri sy. Harapnya, apa2 yang keluar hasil taip jari jemari kita akan jadi saham dekat akhirat nanti. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Nak tahu kenapa lawak? sebab kalau bahasa betul ialah meh ceq nak habaq.. sebab itu tergelak tuh... xpa2. bagus sbb ada keinginan nak bercakap loghat kedah. tapi hairan kenapa tiba2 ja terkeluar loghat kedah nie?

    ReplyDelete