Thursday, June 20, 2013

Persekitaran memainkan peranan untuk membentuk diri kita.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
  Terasa diri ini sangat tua.. apabila melihat kawan-kawan disekeliling sudah berkahwin, beranak-pinak dan melihat abang-abang yang di atas semua sudah berkahwin yang pertama sudah ada anak yang berumur masuk dua tahun, nama dia Hanan Husna. Abang yang kedua ada seorang anak dalam 5 bulan macam tu, dan abang yang ketiga senang menunggu kelahiran bayi sulung beliau yang kini masih dalam kandungan selama 5 bulan. Harap sahabat-sahabat semua doakan yang terbaik untuk abang-abang Incik tombiroulast dalam menjadi khalifah di muka bumi ini dan dapat medidik umat-umat Nabi Muhammad agar dapat meneruskan syiar yang bawa oleh Rasulullah. 

  Tetapi entry kali ini bukannya nak cerita pasal abang-abang incik tombiroulast yang sudah berpunya. Hal ini berkenaan dengan abang angkat incik tombiroulast semasa menuntut di Kolej Sultan Abdul Hamid dulu atau dikenali sebagai KSAH. Sebenarnya incik tombiroulast seorang yang sangat jambu ketika di tingkatan 1 dulu, maklum lah baru nak kenal dunia.. hehe. Sebelum menjadi segengster-gengter semasa di asrama KSAH dulu. Di Kolej ini incik tombirou mengenal erti persahabat tak kira pangkat kita sama ada kita itu tua, muda, miskin, kaya atau sebagainya. Incik tombiroulast sebenarnya suka berkawan dengan orang yang berlainan latar belakang, pendidikan, keluarga, masyarakat, status, dan macam-macam lagi lah. Melalui dengan mereka ini kita dapat menilai masyarakat sekarang, kita boleh melihat pandangan orang kaya terhadap orang miskin, dan kita boleh melihat pandangan orang miskin terhadap orang kaya. Selain itu, kita boleh melihat pandangan orang pandai terhadap orang kurang cerdik dan pandangan orang kurang cerdik terhadap orang pandai. Melalui analogi yang kita dapat daripada kedua-dua pihak. Kita akan dapati benarlah kata-kata Rasulullah yang menyatakan jika kita diberikan pilihan yang paling mahal atau yang paling murah, maka pilihlah yang SEDERHANA. Kerana di situ ada keberkatan. 

  Haishh.. kalau cakap pasal ini, incik tombirou nak tambah sedikit agar entry ini mendapat sambutan anak-anak muda.. hehe. incik tombirou hendak memberi contoh yang releven untuk anak-anak muda. Eh2 terasa tua la pula, dalam memilih pasangan. Janganlah terlalu menunggu mutiara di dasar lautan seperti soleh atau solehan sehinggakan menjadi andartua atau andalusia. Dan jangan pula memilih yang sudah tersasar jauh jalan yang diredainya sehinggakan merosakkan diri kita dan generasi kita nanti. Ala, incik tombiroulast ini tak adil lah? jangan siapa yang nak menyelamatkan orang yang tersasarkan ini jika mereka bertaubat. Okay fine, incik tombiroulast memenang seorang yang tidak adil keran Allah swt itu yang Maha Adil. Hikhik( gelak perli) Memang la, incik tombirou tak melarang pun kalau hendak memilih yang telah tersasarkan ka apa? Asalkan dia telah bertaubat nasuha dan janganlah diceritakan aib tersebut. Mudah kan? sebab Allah itu Maha Adil.. Allah sangat rindukkan orang yang bertaubat dan menginsafinya bersungguh-sungguh... Incik tombiroulast pun biasa tersasar juga.. Doakan incik tombirou sentiasa di jalan diredainya. Boleh?

Nanges.. 

   Panjang sungguh la pendahuluan incik tombiroulast ini. Cuba habaq mai apa yang hendak diceritakan itu? senang.. Hehe, baiklah kawan-kawan semua. Incik tombiroulast sebenarnya nak cerita pasal senior sekolah dulu. Semasa tingkatan satu di asrama KSAH dulu, ada senior di tingkatan 2 yang sama-sama aktif dalam persatuan dan sukan semasa incik di Kolej dulu. Senior inilah tempat incik tombiroulast pinjam kasut, pinjam baju, pinjam seluar pinjam bermacam-macam pinjam lah. Maklum la incik tombiroulast seorang yang sangat tak reti nak bershopping, memeng kelemahan sejak azali lagi. Kalau incik tomiroulast bershopping memang barang itu tak sesuai dengan incik tombiroulast. Jadi, memang tak pernah nak bershopping la.. Jadi, yang menjadi mangsa ialah orang yang terdekat dengan incik tombiroulast la.. Di kesempatan ini, incik tombiroulast ini mengucapkan ribuaan terima kasih kepada senior tersebut yang bernama Amar Affandi yang kini sudah bergelar ayah. Paling yang tidak boleh lupakan ialah apabila pinjam kasut sukan sampai tak leh guna dah bererti kasut itu koyak.. Hehe, maafkan incik tombirou ya abang Amar.. Sebab anda sangat baik. 
   
   Incik tombiroulast dulu sangat aktif berpersatuan dan bersukan sehinggakan terabaikan sedikit pelajaran. Jadi, kawan-kawan di luar sana jangan tiru sikap yang tidak baik ini. Belajarlah bersungguh-sungguh sementara kita masih memegang status sebagai pelajar sekolah atau seorang mahasiswa. Incik tombirou pernah merasaikan kepahitan tentang sesuatu kegagalan. Namun, abang incik tombiroulast seringan mengungkapkan bahawa kebaikan itu pahit bukan?  Memang, incik tombiroulast sangat setuju dengan pernyataan itu. Tetapi kegagalan itulah yang membentuk incik tombiroulast sekarang. Nak tahu kenapa? Sebabnya ialah, incik tombirou akan menjadi lebih kuat daripada sebelum ini. incik tombirou akan lebih berhati-hati selepas ini agar kesilapan yang sama tidak berulang. Incik tombirou senang jika kegagalan atau musibah yang menimpa kita itu datang lebih awal. Hal ini disebabkan kita masih punya ruang dan waktu untuk membaikinya atau cuba untuk megelakkannya. Kita juga masih kuat untuk mehadapi seseuatu kegagalan yang bakal kita hadapi. 

    Tapi Allah swt itu Maha Adil kan? walaupun kita menemui kegagalan semasa di awal perjalanan kita menjadi hambaNya. Dia akan memberikan kita kejayaaan di saat kita memerlukan kejayaan. Apa yang penting kita kena reda dan sabar serta percaya dengan janji-janjiNya selagi mana kita berpegang teguh dengan qada dan qadak....

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka -Ar-Ra'd:11-

   
  
  

No comments:

Post a Comment