Monday, June 3, 2013

Perlukah 4 Flat dalam hidup?

      Tidak semestinya kita masuk universiti kita adalah orang yang berjaya. Tidak semestinya kita memperolehi sederet A dalam UPSR, PMR, SPM, MATRIKULASI, STPM, UNIVERSITI menyebabkan memandang kita dengan pandangan berpinar-pinar dan mengatakan " Wah, mamat atau minat ini sangat la pandai dan genius". Jika anda fikir macam itu, sila ubah tanggapan kuno anda itu sebelum anda tak mampu hidup di zaman yang moden dan serba canggih ini. Kita kena tahu, perpektif kita kepada orang kena berubah-ubah mengikut zaman dan mengikut persekitaran. Bak kata sahabat-sahabat syawal " kita kena jadi unpredictable, orang kita kita macam ini, tapi kitaorang bukan macam ini. Nampak ja kasaq tapi di sudut hati kecil kami, kami seorang yang lembut" Nampak tak permainannya di situ? maksudnya, kalau kita nak menilai seseorang. Jadi menilai daripada luaran sahaja, cuba selami dan memahami melalui persekitaran yang sahabat kita alami. Teringat short film Mat Lutfi yang berjudul 'Sebelah Sayap' dan anda tengok la sendiri.

     Kadang-kadang, kita terlalu mengikut perasaan dalam meyampaikan sesuatu walaupun apa yang kita nak sampaikan itu adalah perkara yang baik. Cuba kita contohi sifat Rasulullah, baginda dalam menyampai dakwah-dakwah islam tanpa menggunakan kekerasan kecuali keadaan memaksa untuk baginda menggunakannya. Sebagai contoh, baginda sering dicaci, dihina, dikutuk, diperli, dibaling tahi unta, dan bermacam-macam perkara yang keji dilemparkan kepada baginda. Cuba melurusi seerah Baginda, baginda membalas perkara-pekara yang eeeeuuuuw geli mak jemah tau. Baginda dengan rendah hati dan penuh sabar menerima segala tohmahan geli gelaman itu denga reda. Malah membalas dengan kebaikan apabila tidak berputus asa mengajak manusia sama-sama masuk syurga!. Itu pun hampa masih ketegaq.

     Untuk pengetahu, cik adik, akak, abang, makcik, pakcik, tok, tokwan di luar sana. Semua manusia, dilahirkan untuk sebagai seorang yang genius dalam dalam bahasa yang mudah difahami oleh adik-adik kita yang dibawah umur adalah anda tersangat la bijak kalau minum susu.. Namun, kenapa pemikiran kita selalu menyatakan bahawa apabila kita melihat ikan. Jika rasanya haiwan itu sangat genius jika ikan dapat memanjat pokok besar kedabak. Kemudian, jika kita tengok Monyet di Hutan Simpan Sintokyo kita mengharapakan monyet itu dapat berenang berirama selaju ikan Jerung.. Hikhik(gelak perli). Tengok, cubah kita ubah pemikiran kita agar kita dapat hidup aman, damai dan harmoninya di dunia ini? boleh kan? 

     Wah, pendahuluan yang tersangat panjang, tapi point yang incik tombiroulast nak sampaikan ialah. Jika anda dapat masuk universiti janganlah mendabik dada dan lalai semasa di alam universiti. Mungkin di dalam hati anda, "seronoknya, aku sekarang tak kena pakai baju sekolah lagi, tak perlu mengikut peraturan, kini aku bebas, aku sangat sukakan kebebasa, aku degil, aku boleh buat apa sahaja yang aku boleh buat, selagi boleh enjoy kita enjoy, mula dapat duit banyak daripad bos JPA, Majikan PTPTN, dan sumber biasiswa utama ialah FAMA" Kalau anda dalam kategori ini. Cepat-cepat la bertaubat." Cis, incik tombiroulast ini ingat kami buat dosa besaq ka apa eh!?" marah mak Jemah. Incik tombiroulast bukan apa. Cuma nak ingatkan sahaja. Incik sebenarnya jeles tengok yang berjaya daripada daripada inicik tombiroulast. ( jeles ini adalah diterima syarak okies )

    Cerita sebenarnya begini, kejadian yang benar-benar mengubah perpektif incik tombiroulast kepada semua orang. Incik tombiroulast ada seorang kawan, kawan daripada sekolah rendah lagi. tengok waktu sekolah bukannya pandai pun, UPSR pun tak dapat A pun.. Jadi, incik tombiroulast berpisahlah dengan kawan daripada sekolah rendah ini. Bak kata lirik lagu 'bertemu berpisah kerana Allah' akhirya jumpa kat Universiti ini. tetapi status kami berbeza. Dia adalah staff kat U ini dan incik tombiroulast ada mahasiswa kat sini. Namun, jika diselami dengan sedalam, dalamnya. Hidup kawan incik tombiroulast ini lebih baik. Nak tahu kenapa? Dalam usia yang sama, dia telah begaji hampir 2XXX, hidup bujang namun sudah berpunya. Ada kenderaan, motor, dan dalam perancangan membeli rumah, dan tanah. dan tidak lagi hidup di celah ketika mak dia lagi. Dan kereta bukannya biasa-biasa. Luar negara punya. Manakala, incik tombiroulast yang ansem, lagi bergaya, macho lagi, berkasut hitam, berbaju kemeja pink, dengan fit dengan badan, berhidung mancung dan ala-ala Clark Kent gitu tetapi habuk pun tak ada. Dah la apa pun dak, berhutang pulak, pendapatan pun tak ada, berharap kat FAMA lagi, usia pun dah semakin meningkat. kereta pun tak ada, motor lagi la tak mampu lagi, rumah bertahun lagi nak tunggu tu. gaji pun tak ada. masih boleh berpunya sebab selalu ja kena reject. sadis kan? tengok. Kalau kita renungkan balik. Allah itu Maha Adil, Allah tak Zalim. Cuma kita yang menzalimi diri kita sendiri. ( nanges ) 

   Jadi, anda semua nampak tak permainan  dia di situ? nampak perbezaannya? anda sudah tersedar daripada lena yang panjang? masih menguap? Melainkan anda adalah anak jutawan, dan anda yakin Ibu Bapa anda akan mewariskan harta yang banyak dan betimbun-timbun itu kepada anda. Kalau incik tombiroulast nak, mesti pastikan harta yang bertimbun-timbun boleh ikut tombiroulast sama-sama masuk kubur nanti.. Anda masih tanak berubah? masih degil? Anda ingat andak kecik molek menunjukkan anda masih di bawah umur? Kalau incik tombirou still muda sebab kawan-kawan ragbi incik tombiroulast semua besaq-besaq kedabak. Terasa muda sat. Hehe. 

Jika anda rasa anda kecil dan tidak kuat, Cuba fikir sekali lagi


     Ayat last itu hanya auta semata-mata. Sudah-sudah, berbalik kepada perbincangan kita. Untuk kita-kita yang bergelar mahasiswa, jadilah mahasiswa yang terbaik dan dapat membanggakan Ibu Bapa kita, sanak-saudara, rakan karib, sehabat handai, jiran tetangga, pakcik dan makcik serta pesyarah-pensyarah yang Incik tombirolast kasihi sekalian mahupun orang-orang lain di sekeliling kita. Dan jangan lupa, jadilah mahasiswa yang berguna kepada masyarakat. Lepas ini minta kawan-kawan doakan incik tombiroulast dapat baca buku untuk final exam yaa... Dah nak dekat exam pun tak boleh nak fokus lagi.. Mohon doakan ye.

    Bagi, kawan-kawan lain. Untuk berjaya tidak semestinya kita pandai. Tapi kita perlu bijak dalam megatur perjalanan hidup kita. Sebagai contoh yang kawan incik tombirolast itu. Walaupun dia tak pandai, namun dia bijak mengatur perjalanan hidup dia dan berpandangan jauh kehadapan. Dia tahu bahawa dia bukannya berasal daripada keluarga yang senang. Yang minta apa sahaja pun dapat, bukannaya mendapat kesenangan daripada kecil. Perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu dan dia. Sekali lagi incik tombiroulast ingin tegaskan bahawa duit tidak dapat memberi kebahagia, andai anda rasa duit dapat memberikan kebahagiaan, sebenarnya kebahagian itu hanyalah palsu semata-mata.

     Jika ditanya kepada incik tombiroulast masa yang sesuai untuk berubah.. ini jawapanya

"The best time to change is Now"
_tombiroulast

**Cerita di atas yang rekaan semata-mata untuk memudahkan apa yang incik tombiroulast hendak sampaikan.


Selamat menjawab Final Exam kawan-kawan.

No comments:

Post a Comment