Monday, June 17, 2013

Benda apa yang paling dekat dengan kita? Korea? kpop? perempuan syria?

Nurul bangkit daripada tikar sejadah, sudah setengah jam dia bertakafur mengutip kekuatan sebanyak yang mungkin. Kini semangatnya semakin pulih. Dia berjalan menuju jendela, langsir kelabu di bilik ditolak kemas. Cahaya mentari yang terbit daripada lereng-lereng bukit Kachi, Sintok menerpa panas ke wajahnya. Lalu angin dingin menghembus-hembus masuk ke biliknya.

   "Hari sudah terang" getus hati Nurul. Semalam dia menerima perkhabaran bahawa ayah sahabatnya telah kembali ke rahmatullah. Doa tulus daripada nurul agar ayahnya ditetapkan di kalangan Hamba-Hambanya yang soleh. Termenung nurul sendirian, hatinya yang dulu penuhi gelak tawa, senyuman, kini terasa kosong. Jiwanya sepi tanpa bicara, merasa tiada nikmat hidup di dunia, jiwa kelam, hati remuk, mengenangkan apa yang berlaku di kekelilingnya. Adakah ini semua satu pertanda? Adakah ini satu peringatan untuk diri ini yang sering leka? Adakah satu teguran buat diri ini yang selalu lalai? Adakah ini satu ujian untuk diri ini yang selalu melupakan nikmat yang telah diberi? 

  Nurul, bersendirian di dalam bilik yang terletak bersebelah bukit. Arasnya mengadap bukit yang dilitupi dengan pokok-pokok getah. Dan dengan penginapan Nurul dikelilingi dengan bukit yang menghijau. Walaupun, dikelilingi bukit, bilik terasa panas. Tidak tahu mengapa panasnya pada hari itu ketika dirinya tertekan. Dalam minggu peperiksaan ini. Memang banyak dugaan yang Nurul alami. Namun, Nurul tidak sekuat yang disangka. Tanpa diundang, air mata panas merembus jua tanpa di pinta. Nurul cuba meraih semula kekuatan dengan mengatakan bahawa dirinya kuat. Tetapi gagal. Hari tersebut terbuang dengan sia-sia sahaja.

  Malam itu, Nurul terasa letih sangat. Dia cuba tidur. Setelah selesai solat isyak, terus Nurul tertidur. Tetapi tidur terganggu. Dia terjaga pada tengah malam. Tidur terganggu dengan satu persoalan yang mengganggunya sejak semalam. Kenapa semua ini berlaku padanya? Kematian? satu persoalan yang tidak orang tahu bilakah masanya akan tiba. Dan perkara itu berlaku dekat denganku? Adakah ini amaran kepadaku? Agar aku lebih bersedia? Nurul merenung jauh? Fikirannya melayang entah ke mana.. Wajah tersenyum, ketawa, bercakap, nanti fikirannya tidak tahu ke mana menghilang. 

  Dengan kudrat yang ada. Nurul megagahkan tubuh kecik moleknya mengambil wuduk. Dengan kedinginan 1/3 malam itu. Nurul bertekad untuk menunaikan Solat Tahajud. Solat yang dia tahu bertapa besarnya ganjaran yang bakal diperoleh. Jadi, nurul bertekad untuk bercinta dengan Sang Penciptanya. Agar diberikan kekuatan untuk mengharungi segala ujian yang melanda dan menjadi seorang Muslimah yang sejati.. Suatu  cita-cita yang lama terkubur di sudut hatinya. Namun, pada malam ini, Nurul akan berusaha untuk mengoreknya semua untuk mencari cahaya tersebut. Nurul bertekad. 

  Dengan apa yang berlaku di sekelilingnya, dia tidak boleh bertangguh lagi. Tidak boleh memberikan alasan MALAS lagi!! sifat MALAS ini dia akan buang jauh-jauh agar hasratnya yang terpendam di sudut hatinya dapat dikecapi! menjadi seolah Muslimah yang diredai Allah swt. Nurul tekad untuk meninggalkan gaya hidupnya selama ini yang tidak pernah memberikan manfaat. Leka dengan keduniaan. Nurul dambakan syurga Firdausi. Izinkan Nurul menjejakkan kaki ke sana? isyaAllah suatu hari nanti masa itu akan muncul.

   Apa yang diharapkan Nurul agar segala impiannya tercapai. Untuk menjadi seorang hamba yang taat pada perintah Allah swt. Jadi, dia tidak boleh bertangguh-tangguh lagi kerna masanya sudah tiba! dan dia lebih mengerti segala-gala yang berlaku. Pasti ada hikmahnya.

Moral of story..


1. Apa yang paling dekat dengan kita ialah mati.
2. Apa yang paling jauh dengan kita ialah masa silam.
3. Apa yang paling besar di dunia ini adalah nafsu.

4. Apa yang paling berat di dunia ini ialah amanah.
5. Apa yang paling tajam di dunia ini ialah lidah.
6. Apa yang paling ringan ialah tinggalkan solat.
  Agar cerita di atas dapat menyedarkan kita seorang daripada lalai daripada mengingati Allah swt.

**tombiroulast

No comments:

Post a Comment