Sunday, June 23, 2013

Salam Nisfu Syaaban

 
Credit
Amaran kepada jejaka-jejaka yang berkaki gamerz dan wanita-wanita berkaki mengumpat, berkaki gosip, berkaki ayam dan apa-apa kaki yang boleh la.. Anda dilarang sama sekali untuk membaca entry kali ini sebabkan selepas anda membacanya anda mungkin akan muntah hijau dan bukak tingkap, lari laju-laju dan terjun keluar tingkap. tetttt..

fuh.pecah peluh.

  Incik tombirou tidak melarang hobi-hobi kalian semua kerana incik tombiroulast juga dahulu seorang jaguhan dalam permainan komputer, paling game yang paling tidak lupai dan tak jemu-jemu untuk bermain ialah game mario, FIFA 2000 sampai 2013. Tiap2 tahun ada okay? xmiss pun. Semua koleksi game ceq ada. Habaq ja yang mana. Selain itu, ceq seorang peneman setia dalam membeli belah ketika menemani ibu-ibu tercinta membeli barang keperluan dan juga suka bergosip-gosip dengan golongan mak jemah ini. Heh. Dh berpeluh huh? Jadi, cuba di sini hendak mengingati diri ini ini agar tidak terlalai daripada kelemasan dalam game yang kadang-kadang memang best juga kan?.. hehe 

Garu pala...

Dulang paku serpih, mengata orang orang dia yang lebih. Huh. Calm down2.. Bukanya hendak menghentikan kegiatan anda yang sangat bermanfaat itu. Tetapi, cuba kawal sama hobi anda itu sehingga tidak melalaikan. Hal ini disebabkan ada satu hadis yang riwayat oleh Iman Bukari yang menyatakan bahawa, 3 perkaran yang perlu disegerakan ialah yang pertama ialah bila tiba waktu solat fardu. Jika sudah masuk solat fardu bagi kawasan-kawasan yang sama waktunya dengannya. Maka, segeralah anda menunaikannya tanpa segan silu. Peh.. Bagus anda ini, kalau duk baca entry ini sila stop sekejap dan pergi menunaikan kewajiban anda itu. (sengih). Yang kedua pula, ialah menyegerakan jenazah. Apabila di kampung anda berlaku kematian, maka berebut-berebutlah anda untuk menyempurnakan jenazah tersebut agar si mati akan tenang di syurgaNya nanti. Kes ini hanya untuk remaja-remaja yang bakal menjadi mengenerasi muda yang bakal memimpin negara kita ini kelak. Ayuh lelaki, kita cuba okay! Yang ketiga, jeng2.. mesti ramai nak dengar kan? tak mengantuk kalau cerita pasal benda ini ialah apabila terdapat pasangan kekasih yang sudah stabil dari segi mental, rohani, kewangan, dan segala-gala sudah bersedia. Maka kahwinkanlah mereka. Mudah bukan? (tarik nafas dalam-dalam).

   Sudah-sudah, cukup sudah untuk anda menamabah perisa dalam masakan anda. Berbalik kepada apa yanh kita semua hendak bahaskan ialah. Kita hendaklah mengenetepikan hobi-bobi anda itu buat sementara waktu ye.. Boleh tak kawan-kawan? Nak tahu kepada? 

   Untuk pengetahuan semua, kita lagi beberapa hari lagi ramadan akan meyapa kita semua dan sekarang dalam bulan syaaban. Jadi, sudah tiba masanya untuk kita "warming up" tubuh badan kita untuk mendapatkan berapa bahaya pahala pada bulan Ramadan nanti. Tak begitu kawan-kawan? hehe. Pada waktu begini, teringat suasana di rumah, bila nak masuk waktu magrib ja. mesti telingan incik tombiroulast akan berdesing. Apa tidaknya. Mama tercinta akan memanggil " syawaaaaaaal, p mandi lekas nak magrib nie. bla-bla-bla ( scene ini hanya golongan hawa sahaja yang akan memahaminya) Serius, rindu nak leteran Ibu. Kadang-kadang wanita ini special. Mereka memiliki suatu kekuatan yang luar biasa apa bercakap. Tak berhenti sehingga mereka penat. Jadi, perempuan-perempuan di luar sana ana semua gunakanlah kelebihan yang Allah swt kurniakan ke arah kebaikan. Gunakan power anda itu untuk menasihat anak-anak yang pemalas, kaki tido, kerja makan dan sebagainya. simple kan?

    Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban atau nama singkatannya ialah nisf yang membawa maksud separuh. Bukan sekarang ialah 23 Jun 2013 dan dalam bulan islam ialah 14 Syaaban 1434 Hijrah. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh dengan nikmat, keberkatan dan rahmat yang melimpah ruah. Jadi, mengapa tidak kita cuba megemis sedikit keberkatannya? Selalu incik tombirou last semasa di asrama KSAH dulu dana diadakan bacaan yassin sebanyak 3 kali selepas solat Magrib di surau yang berdekataan dengan asrama. Tapi incik tombiroulast dulu nakal bila meningkat jadi senior, waktu jadi junior ja yang buat2 baik.. hehe Jangan ditiru perangai yang tak elok ini. Anda-anda semua diwajibkan pergi surau baca yassin ye? please.. hehe. Sebab tak bagus pun kalau anda tidak merebut peluang yang terhidang. Incik tombiroulast nak kongsi satu ilmu boleh tak?  sabda Rasulullah yang bermaksud:


"Keutamaan bulan Syaaban di ats semua bulan itu, seperti keutamaan aku di atas semua Nabi dan keutamman bulan Ramadhan itu di ats semua bulan ibarat keutamaan Allash swt di atas semua hambaNya"

Menurut ustaz ceq semasa sekolah dulu, pada malam Nisfu Syaaban kita digalakkan untuk melakukan solat sunat Tahajjud dan sunat sunat Taubat kerna apada malam ini adalah malam terbaik untuk meminta pengampunan dan rahmat daripada Allah kerana pada malam Nisfu Syaaban melalui apa yang incik tombiroulast tengok kawan-kawan menghapdate dan mengsharing maklumatan tentang malam ini dikatakan pintu-pintu langit dan pintu keampunan terbuka luas. Masih boleh tersedar? gulp(telan ayaq liuq)
 Mohon maaf dipinta anda terkasaq bahasa. sekian

*tombiroulast