Saturday, June 22, 2013

Liga Ragbi Kedah telah melabuhkan tirainya..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

   Incik tombiroulast ingin berkongsi sedikit aktiviti luar yang dilakukan sepanjang sem ini.  Esok nak exam sempat lagi hang nak upload entry.. Xpa2 tak berleteq banyak pun, cuba nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang memberi sokongan tak kira di mana anda berada.. Incik tombiroulast sangat menghargainya. 

  Tak lupa kepada bakal Dr Adam yang sudi menumpangkan kereta hari-hari ke tempat training yang jauh daripada tempat kediaman kami iaitu lebih kurang 4 kilometer lebih la. Kepada abg Burn yang injuries namun tetap turun memberikan sokongan, dan semua sekali la.. hehe. 



Tahniah kepada semua pemain kerana telah melayakkan diri ke peringkat tempat ketiga dan keempat. Buat semua kawan-kawan dalam UUM ragbi Club.. anda memang rock!!!!


Johan buat kali kelima berturut-turut yang telah memenangi Kejohanan Liga Kedah ini, iaitu pasukan Sahoca iaitu bekas-bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid. Tahniah ditujukan kepada abang-abang senior di dalam gambar ini yang telah memberikan tunjuk ajar kepada incik tombiroulast untuk menjadi insan yang berguna dan juga kepada sahabat-sahabat yang bermain untuk pasukan Sahoca,

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment