Sunday, July 28, 2013

Aku hanya mampu berdoa.

"Alhamdulilah,Alhamdulilah,Alhadulilah..... Syukur sangat-sangat, walaupun tak sehebat mana. Tapi jadi juga peningkatan daripada semester lepas.. Masih lagi on track, banyakkan bersabar syawal. Walaupun sakitnya hati ini menanggungnya, ingat Allah sentiasa ada bersama kita, bersama-sama orang yang berusaha.. Biasalah kadang-kadang kita diuji, tapi ujian itu menyedarkan kita. Pelan-pelan kayuh xpa, asalkan jangan kita jatuh tersungkur.. Terima kasih kepada semua!!! semoga Allah merahmati sahabat-sahabat semua.. Dalam merangka strategi baru, azam baru.. dan paling penting dengan hati yang baru.. Semoga Allah menerima taubatku.."
 Eh2, syawal nie salam apa tak bagi terus ucap Alhamdulilah nie.. Apa pun bg salam dulu.

Assalamualaikum dan salam sejarahtera sahabat-sahabat semua. HEHE semoga dalam keadaan sihat selalu.

Status di atas syawal ingin dengan sahabat-sahabat semua. Status yang lahir daripada hari ini selepas duduk depan laptop daripada petang sampai ke tengah malam semata-mata hendak tengok keputusan peperiksaan sahaja. Sesiapa yang pelajar uum pasal sudah sudah biasa dengan server down ini ketika seluruh pelajar uum berpusu-pusu menyerang portal uum. HEHE. Macam-macam perasaan dan sumpah seranah dihamburkan kepada portal yang tidak bernyawa ini semata-mata melahirkan ketidakpuasan kepada portal yang lembab macam siput ini. Tak pasal-pasal puasa anda kurus. Memang mencabar tahap kesabarang sungguh sekiranya berurusan dengan cik portal ini..

Pertama sekali syawal bersyukur sangat-sangat dengan apa yang telah syawal cakap sekarang ini. Alhamdulilah semuanya dalam perancangan yang telah syawal rangka semasa syawal tamat tingkatan 5 dan mendapat keputusannya. Lumrah kehidupan, kita ada zaman peningkatan, zaman kejatuhan, zaman kemenangan, zaman kejayaan. Setiap orang adalah perjalanan hidup yang tersendiri. Mereka ada kisah hidup dan perjalanan yang telah tersurat di dalam Qadar dan Qadarnya. Ada kisah hidup yang tidak pernah gagal dalam kehidupan. Daripada dia kecil sampai besar dan berumur sebaya syawal tak pernah jatuh. Sentiasa berjaya dalam bidang yang ditempuhi.. Alhamdulilah jika macam begitu. Selain itu, ada orang yang berjaya pada peringkat awal, namun terjatuh tersungkur di pertengahan disebabkan oleh sikap sendiri yang leka dengan kejayaan yang diperoleh dahulu. Namun sekarang dia bangkit menebus kembali kesalahan lampau dan berusaha untuk mendaki ke puncak tertinggi. Seterusnya, ada orang yang tidak pernah berjaya, sehinggakan sudah meningkat dewasa tak-tak pernah berjaya dalam bidang yang diceburi. Namun, disebabkan dia bersabar dan beriman dengan rukun iman iaitu percaya kepada Qada dan Qadar. Syawal percaya jika dia bersabar sedikit sahaja lagi, insyaALLAH dia akan berjaya jika meletakkan Allah swt di tempat yang tertinggi..

Inilah antara golongan yang syawal kenal sepanjang hidup apa muka bumi milik pencipta kita iaitu Allah swt. Ingat, setiap orang ada jalan cerita yang sendiri. Oleh sebab itu, terletak kepada diri kita untuk menentukkan plot ataupun jalan penceritaaan dalam kehidupan kita. Hidup ini tidak lengkap andai tiada cinta, kerana cinta itu fitrah, hidup ini akan berasa kekurangan sesuatu jika tiada rindu, kerana rindu itu rahmat. Manakan tidak ketika kewafatan Rasulullah, baginda sangat rindukan umatnya selepas ketiadaan baginda. Hidup ini tidak sempurna jika tiada sedih, kerana sedih itu berhikmah. Sedih membuat kita selalu mengingati pencipta kita, iaitu Allah swt yang selalu bersama kita sentiasa namun cuma kita yang sering melupakannya.

Berdoa, kerap kali syawal ingin bercerita tentang kekuatan berdoa. Doa adalah satu senjata bagi umat islam yang sangat ampuh.Doa yang tulus ikhlas akan diterima oleh Allah swt. Sepanjang syawal hidup di dunia ini. Doalah yang selalu berada di sisi syawal tatkla syawal dalam keadaan gembira, sedih, duka, sakit, dan sebagainya. Memang pernah kita berdoa akan sesuatu itu, tetapi tidak perkenankan oleh Allah swt. Namun, bersabarlah dunia hati, memang perit, memang sakit, memang pedih di kita seorang sahaja yang menanggungnya. Tapi satu syawal percaya, kenapa kita tidak dapat apa yang kita mintakan. Hal ini kerana Allah telah sediakan yang lebih baik buat kita kelak. Itulah prinsip yang sering syawal pegang selama ini. Alhamdulilah, Allah telah menunjukkan apa yang haq dan apa yang batil..

Dulu, syawal sering tertanya-tanya. Kenapa keputusan Spm syawal tidak seperti kawan-kawan yang lain. Dengan keputusan mereka yang cemerlang itu, mereka dalam meyambung pelajaran ke luar negara, asasi, universiti, dan matrik. Namun, Allah telah mengemudi syawal ke tempat yang sepatutnya syawal tuju. Tempat yang di mana  orang lain dan tidak semua akan mengalami pengalaman sebagaimana syawal alami. Tiba-tiba syawal tersedar, Allah telah memhalang syawal daripada membuat keputusan yang salah. Sebab itulah dalam kehidupan ini. Kita akan berhadapan dengan satu pilihan sahaja, tiada pilihan lain. Jadi, pilih jalan itu, cuba untuk mengharunginya dan paling penting ingatlah sentiasa ALLAH sentiasa bersama kita.

Allah adalah pencipta, dan kita adalah hambanya. Oleh yang demikian, tuan yang meciptakan kita lebih mengerti tentang diri kita. Sebab itulah ada hikmahnya kita berada di dalam ramadan ini. Bulan penuh keberkatan. Dimana hampir setahun kita hidup bergelumbang dengan dosa, dan tibanya ramadan adalah proses untuk kita mencuci balik dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Tengak, Allah itu Maha penyayang kan? Analoginya ialah kita ini seperti enjin kereta. Seperti yang kita tahu, enjin setelah beberapa ribu killometer perlu ditukar minyak enjin kan? Pada mulanya minyak enjin yang kita gunakan bersih dan ligat kan? memudahkan pelancaran lagi, tapi lama-kelamaan minyak enjin itu akan menjadi hitam dan kotor setelah sudah lama kita gunakan. Betul tak? jadi kita perlu gunakan minyak enjin yang baru untuk mencuci segala kotoran dalam enjin tersebut selama ini. Betul kan? Begitulah diri kita.. Kena cuci iman kita balik dalam bulan Ramadhan ini.

Semoga kita sama-sama melangkah ke syurga.. Jumpa di sana Sahabat semua!!!.

  
 

No comments:

Post a Comment