Saturday, July 27, 2013

First toturial.. HEHE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Lucu bila tengok kat fb ada orang buat toturial pasal nak pakai kain pelikat. Teringat satu kisah semasa syawal tingkatan 1 di asrama Kolej Sultan Abdul Hamid dulu. Semasa di sana, kami diwajibkan untuk pakai baju melayu putih dan berkain pelikat ketika waktu malam. Bermula ja time dinner syawal dengan kawan-kawan akan bersiapa-siap memakai baju melayu, bersongkok dan berkain pelikat seawal pukul 6.30 mcm tu la sbb kat sini kena makan awal mengikut jadual yang disediakan oleh dewan makan dekat asrama tu. Sebabnya waktu maghrib kami semua kena siap2 ada dekat surau untuk solat magrib dan isyak berjemaah.

Kemudian, selepas solat isyak. Kami semua di minta naik ke bilik masing-masing disebabkan pengawas asrama ingin melakukan "inspection". Kami selalu guna gunakkan ayat ini merujuk kepada perjumpaan kecil untuk memastikan keadaan kami. Kalau dikenangkan kembali kehidupan di sekolah sangat menyeronokkan disebabkan ramai orang yang mengambil berat tentang kita. Sangat berbeza dengan kehidupan di universiti. Semua perlu dilakukan sendiri. Sedis kan? itulah namanya kehidupan. Tiada yang indah hidup ini melainkan kita yang mecorak ia seindah pelangi.

Semasa "inspection" abg-abg pengawas ingin mengajar kami pemakai kain pelikat dengan betul disebabkan mereka tengok kami pakai kain pelikat macam sarung nangka.. HAHA, ada kawan syawal daripada Kuala Lumpur, di tak reti nak pakai kain pelikat. Nasib baik syawal pandai nak pakai sebab di rumah dulu selalu gak pakai.. Siap buat sarung power rangers lagi. Tahu tak sarung power rangers? Yang jenis ikat kat pala pastu nama mata ja.. Pastu mula la berangan nak jadi power rangers.. HAHA. Syawal tanya kat kat kawan syawal dari KL ni " Awat hang tak reti pakai kain pelikat?" dia mejawab " Aku mane la tahu pakai benda alah ni, nie pun first time aku nampak benda ini, orang kat KL mana pakai kain pelikat kampung la.. Sang tak macam kat sini. 

Tergelak kecil syawal mendengar jawapanan.. Penat jugak syawal mengajaq dia pakai kain pelikat yang simple nie.. Last-last sekali pandai juga dia pakai sendiri.. Alhamdulilah.. Minta2 di meperbudayakan pakai kain pelikat ini kat KL.. Kadang-kadang syawal bersyukur dilahirkan di kawasan kampung.. HEhe.. Okay, harap hampa belajaq nahh pakai kain pelikat..


Toturial kain pelikat..

No comments:

Post a Comment