Monday, July 8, 2013

Lebih baik tersalah ampun daripada tersalah hukum...

Kebenaran tak selalu kita nampak, kerana selalu sahaja apabila di saat kebenaran itu hendak muncul, pastinya ada halangan yang akan berlaku, ada rintangan yang terjadi. Duhai hati, jangan takut, jangan gentar. Pastinya kebenaran itu akan muncul. Kita hanya perlu kuatkan hati untuk menempuhnya.

Benar orang kata, kalau tak pernah jatuh manakan kita akan merasa sakitnya jatuh. Andai kita tak pernah terbang bebas di udara, manakan kita merasa bebas berterbangan. Adat kehidupan, kekadang di atas, ke kadang di bawah. Kita selalu memikirkan apa yang kit lakukan betul, padahal ia menyusahkan orang lain. Pesanan ini buat diri ini yang lemah dan khilaf khususnya. Memang kita ini bukannya Nabi dan Rasul, tak lekang daripada melakukan kesalahan. Tetapi, perlukan kesalahan itu ditangggung selagi mana kebenaran belum diketahui? 

Ternyata, ap yang di alamai oleh Dr Prof Moursi lebih hebat mengalami dugaan dan ujian daripada kalian anda semua. Ujian kalian hanyalah sedikit jika hendak dibandingkan apa yang Dr Prof Muhammad Moursi alami ketika ini. Cuba kita ambil sedikit iktibar di atas dugaan yang beliau alami. Adakah ujian kita itu sehebat beliau? jika tidak, tahniah. Anda masih lagi berpulang untuk hidup di muka bumi ini dan memulakan kehidupan dengan lebih baik. Kuatkan hati anda untuk hari esok.

Okay. Apa yang ingin kamu sampaikan. ? cuba berterus terang....

Di sini. Kita mungkin berniat baik. Tetapi, niat baik kita itu telah disalah anggap oleh orang lain. Mereka hanya tahu menilai daripada apa yang kita lakukan, tetapi mereka tidak cuba untuk memahami mengapa mereka melakukan sedemikian. Memang manusia ini kadang-kala menlakukan kesalahan. Namun, janganlah kita menjatuhkan hukuman kita sesuka hati terhadap tindakkan seseorang. Walaupun kita tidak suka dengan tindakkan yang dia lakukan, bercakaplah dengan baik, dan penuh berhikmah. Sekirannya, dia masih belum tidak berubah.. Tidak mengapa, jangan cepat mengalah. Didiklah dengan baik. IsyaAllah boleh.

Lebih baik tersalah ampun daripada tersalah hukum.

Mungkin kita lihat sesuatu tindakkan yang dilaku oleh seseorang saudara kita kadang-kala di luar jangkaan. Namun, janganlah kita selalu bersangka buruk. Mungkin ada sebab, sebabnya yang tidak mungkin tercapai dek akal kita ini. Akal kita ini terbatas, namun apabila kita mengetahui kebenarannya dan sebab apa mereka bertindak sebegitu. Baru kita sedar, mengapa mereka bertindak seperti itu. Itulah, indahnya qada dan qadar yang Allah swt telah tetapkan kepada kita.

Berbuat baik, tetapi orang memandang serong.

Dunia hati, apakah kita perlu takut dengan apa yang kita lakukan jika kita berniat baik. Kadang-kadang, kebaikkan yang kita hendak lakukan terhalang dengan sesuatu hijab yang tak mampu kita elak? Namun, orang di sekeliling memandang buruk terhadap kamu? Biarlah apa yang orang lain fikirkan, kerana mereka tiada untuk berkuasa menghukum, mereka hanya mampu menilai. Namun, sesunnguh percayalah jika kita berniat baik. Allah tidak akan mensia-siakan perjuangan anda itu. Kerana di akhirnya. Kebenaran itu akan muncul. IsyaAllah. Percaya dengan janji Allah. 

Maafkan diri ini...

Andai diri ini silap, betulkan. Andai diri ini salah, tegurkan. Andai diri ini membebankan, ringankan. andai diri ini menyusahkan, senangkanlah. Andai diri ini lupa, ingatkan. Andai diri ini sedih, gembirakan. Andai ini khilaf, terangkan..

Manusia.

Tak pernah lari daripada kesilapan. Jangan disebabkan kesilapan yang kecil, kebaikan yang bertimbun-timbun dilupankan....

2 comments:

  1. Salam.. Maaf bertanya.. Tajuk post ni sepatutnya 'lebih baik tersalah ampun daripada tersalah HUKUM' ke? Kata-kata Laksamana Sunan tatkala dihukum bapa sendiri tanpa menyelidik terlebih dahulu.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas teguran itu. kesalahan typo. hehe

      Delete