Tuesday, July 16, 2013

Hari yang bahagia..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Feeling great today... Wah, speaking pulak bdk nie.. HAHA. Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Allah swt yang telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Yang menciptakan manusia dengan berpasang-pasangan adan bersuku-suku, dan berbangsa-bangsa agar kamu berfikir akan kejadian yang berlaku di sekitar kamu. Dialah tuhan di langit dan di bumi yang menciptakan awan tanpa bertiang, menjadi langit sebagai hamparan bumi. Yang megawal pergerakkan bulan, bintang dan matahari sentiasa pada orbitnya. Yang membekalkan oksigen kepada manusia untuk terus hidup di atas muka bumi ini. Segala puji-pujia hanyalah untuk Allah swt.

Hari ini syawal dengan senang hati apabila dipermudahkan menjalani ibadah puasa.. Dalam hati ini asyik teringat ja akan keseronokkan untuk beribadah dalam bulan yang yang mulia ini. Yakni, bulan seribu bulan. Sampaikan kawan tanya Awat hang mai sini, Pasal bulan ramadhan la. Nak memberikan sepenuh perhatian terhadap bulan yang yang di chentai. Menumpahkah sepenuh kasih sayang kepada ramadan. Ceh. awat hang jiwang syawal. Kehkeh. Bulan ramadan bulan untuk berkasih sayang. Nak tahu kenapa? 

Bulan puasalah kita dapat berbuka atau dalam bahasa mudahnya kita dalam makan bersama-sama dengan ahli keluarga tercinta. Kita akan berkumpul sama-sama, mengaminkan doa bersama-sama, makan bersama-sama, berchit-chat bersama-sama, kita akan berebut-rebut memilih lauk, ahli adik beradik ini yang kurang bertegur sapa disebabkan tarik muka akibat berbalah memilih channel kegemaran secara automatiknya akan memaniskan muka dengan tersengih-sengih meminta nasi tambah atau lauk pauk lebih.. Nampak akan rahmatnya di situ? Manakala semasa sahur pulak, Ibu atau pada akan kejut kita untuk bersahur, dengan muka seposen kita bangun dan kita dapat melihat muka yang dipenuhi oleh air liuq basi dekat muka adik-beradik kita.. 

Sabda nabi Muhammad, bersahurlah kamu kerana dalam waktu itu ada keberkatan.. 

Nak tahu apa keberkataannya? Keberkatannya ialah kita dapat menunaikan solat subuh pada awal waktunya. Hal ini disebabkan waktu subuh adalah waktu dimana tenaga positif dan negatif akan berhasil. Apabila tenaga-tenaga ini bercamtum antara satu sama lain akau terhasillah caj yang positif. caj yang akan membahagiakan kamu sepanjang hari dan memberikan tenaga seperti biskut Tiger. Heh, boleh buat iklan kat sini ye syawal. Sebelum ini mungkin syawal dan saudara-saudari diluar sana dan bukan yang membaca ini ye kadang-kala terbabas subuh betul tak? Biasa la hanya insan yang lemah dan sering melakukan kesilapan. Namun, kita kena ingat Allah itu maha pengampu dan penerima taubat. Dia adalah pencipta kita, Dia tahu segala kekuatan dan kelemahan diri ini. Maka dengan itu, ada hikmahnya kita berpuasa di dalam bulan ramaadan dan bersahur dengan melewat-lewatnya dan menyegerakan untuk berbuka puasa.. Woha! Oleh itu, bulan yang mulia ini adalah untuk megikis jahilah-jahilah yang telah lama berkarat dalam diri kita dalam masa setahun ini tahu? menyucikan kita secara pelahan-pelahan atas sifat kemalasan kita yang mencapai tahap super saiya peringkat ulimate yee.. Selain itu, menghilangkan index blurran dalam minda kita yang telah lama usang yang tidak dibajai oleh ayat-ayat Chenta darpada Allah swt? adoi, terkena ayat ini kat incik syawal pula.

fuh.. incik syawal ini main kasaq yee..

Lagi 23 hari lagi untuk menempuh ramadan yang mulia ini. Banyakkan berdoa agar diberikan kekuatan agar dapat menjalani ibadah dan segala amalan kita terima oleh Allah. Hari ini terkena perli dengan papa syawal dengan selamba sahaja bertanya tatkala muka duk buat muka sepuluh sen " urrm, hari ini nak buat berapa?. Syawal dengan sahaja buat-buat tak faham dengan soalan yang dilontarkan menjawab. " urm2, aaaaa buat apa eh? perbualan terhenti di situ sambil incik papa senyum memerli.. Kehkeh. SubhaALLAH, ternyata janji benar. Syawal sangat hairan kenapa incik papa tahu yang diri ini senang dilanda kemalasan untuk buat tarawih full, dalam hati duk ingat nak buat lapan plus witir sahaja. Pastoh terus balik.. HEhe. Alhamdulilah teguran itu menyedarkan diri ini dan memperolehi kekuatan. Nampak tak permainannya di situ? 


"Allah tidak akan berikan apa yang kita nak, tapi dia berikan apa yang kita perlu"

Cukup syawal, cukup la anda bertadabbur dengan blog ini.. Ayuh, mari bertadaddur dengan ayat-ayat Chenta dengan incik Mama pula.. Assalamualaikum.
tombiroulast

No comments:

Post a Comment