Sunday, July 21, 2013

Warkah untuk sahabat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

   Nampaknya dah lama syawal tak menjenguk kekasih awal dan akhir iaitu blog tercinta. Hehe, Apa khabar anda semua. Harap dalam keadaan sihat dan ceria-ceria hendaknya. Sebenarnya syawal dah lama nak cerita pasal kawan baik syawal ini. Kawan daripada sekolah semasa tingkatan satu lagi sampaaaaai la sekarang. Kawan syawal semasa kami sama-sama berlajar di Kolej Sultan Abdul Hamid(KSAH) dulu. 

  Nama dia ialah Najmi Nafis bin Najib aka jimmy aka nami dan jimmy neutron.. HAHA yang last aku tambah ja.. Sory ya. Sesi perkenalan syawal dengan najmi ini bermula pada tahun 2005 di mana kami sama-sama menjejakkan kaki ke kelas 1 Gamma di KSAH. Pada mulanya, syawal kenal dengan dia. Pehh, time tuh muka dia jambu kot.. HAHA, maafkan aku sekali lagi sebab terpaksa berlaku jujur. Mana layak nak kawan dengan aku. Dah la aku nie gangster, Eh. Gangster la sangat.. Brutal lagi kot atas. Pastoh malas pulak. Kalau ada kerja sekolah mesti malas buat, kalau buat pun copy paste yang Najmi pula ja.. Hehe. Alamak, kekantoian anda di situ.. Alah, kawan-kawan, bukan selalu. Syawal sebenarnya mai daripada sekolah kampung, mai kat KSAH ini terletak di tengah-tengah bandaraya Alor Setar yang tak pesat membangun pun.. Memang orang cakap macam kera masuk kampung lah.. HEhe, Alhamdulilah, Najmi telah mengajar syawal menjadi orang yang lebih beradab dan bergaya taww? dan semestinya menjadi kegilaan gadis-gadis daripada sekolah sultanah Asma yang berhampiran dengan sekolah kami dulu. Eleh, syawal ini Hang perasaan gila! hehe. Okok, megaku ceq tokok tambah ja.. 

  Namun semasa di tingkat dua. Syawal dengan kawan baik syawal terpisah jua.. Huhu, sedey la. Nak tahu kenapa? sebabnya semasa di tingkatan 2. Semua kelas telah diselaraskan mengikut pencapaian akademik tahu? manakan tidak.. Kawan baik syawal tu sure-sure la kelas nomber 1 dan syawal ini tercampak ke kelas nomber 5.. HAHA, padan muka hang syawal oii. Kenapa dulu duk main-main, orang suruh belajaq rajin-rajin duk buat benda tak ketahuan. Ponteng kelas la, tak buat kerja sekolah la. Dalam kelas kerja tido ja.. Jadi, Terbukti di situ bahawa Allah itu Maha Adil kan? kamu dapat setakat mana yang kamu usahakan.. Jadi, memang patut la hang syawal duk kelas nomber 5 tu.. Tapi untuk pengetahuan semua bukan kelas yang last yerr... Adoi syawal ini, agak-agak la nak tipu pun.. tak baik bohong bulan puasa ini.. HAHA. 

  Haha, ada aku kisah.. aku tak tipu sbb ada satu lagi kelas number 6 okay.. HAha, Alamatnya terpisahlah aku dengan kawan baik aku sampai kami form 3 sebab kelas tu adalah persedian untuk mengambil PMR ketika itu. Wah, namun itu tak mematahkan semangat syawal untuk terus bersahabat baik dengan najmi walapun berbeza kelas dan berbeza level of kepandaian sbb dia kelas nomber satu.. HAHA. Nampak sangat hang tak pandai syawal oii..

  Namun, tak selalunya langit cerah. Masa syawal bersama-sama kawan baik syawal semakin berkurangan. Dia bersama-sama kawan-kawan baru. Kawan-kawan yang pandai-pandai la.. Tapi, Najmi ini adalah kawan yang baik.. Dia akan ambil juga masalah untuk kawan baiknya ini.. iaitu syawal lah.. hehe. Syawal pulak, semakin lama semakin merapu dengan kawan-kawan kelas nomber 5 tu. Penyakit ponteng kelas semakin menjadi-jadi pulak. Penyakit tidoq dalam kelas pun bertambah teruk tatkala cikgu tak dak lagi menjadi.. Main-main dalam kelas jangan duk tanya la... Haha, memang teruk. Syawal ingat lagi waktu tingkatan 2 dulu, waktu pagi-pagi depan kelas ada pandang kecik dan boleh la setakat nak main bola sebelah 5 orang.. Peh, apa lagi main tak ingat dunia la.. Selagi tak bunyi loceng rehat memang tak berhenti la.. Loceng itu umpama wisel penamat la katakan.. hehe. Tak cukup dengan ikut. Kalau lepas rehat cikgu tak masuk kelas pula, gelanggan kedua dibuka pula di dalam kelas.. Main dalam kelas bukannya apa, sebab dh tengah hari terpacak atas pala. Main dalam indoor pulak. Kali ini bola di perbuat daripada kertas-kertas yang terpakai, kami gumpal-gumpal jadilah sebijik bola yang menawan. Bak kata cikgu pendidikan sivik. Kita patut mengitar semua barang-barang yang boleh digunakkan semua. Nampak tak, akau telah mengunakan apa yang telah dibelajar di dalam kelas dalam membuat sebijik bola.. HAHA. kreatif tak? kemudian buat tiang gol pakai kerusi la. Kawasan belakan kelas dibersihkan seluas-luasnya bersamaan padang bola mini, kemudian letak kerusi di hujung dinding kanan dan kiri bertindak sebagai tiang gol.. Maka dengan itu, beraksilah Messi, Ronaldo, Bekkem dan macam-macam lagi.. Siap buat liga lagi.. HAHA, siapa kalah keluar.yang tak tahan siap ada time pulak.. Memang syurgalah ketika itu..

   Setiap cerita mesti ada happing ending kan? Alaamak, kantoi la cerita ending awal-awal. Apa la hang syawal nie. tak suprise la nanti.. Hehe, Berbalik kepada cerita dia atas. Keadaan di atas berlangsung sehingga la tamat tingkatan 2. Hehe, bermacam-macam perkara yang berlaku dan terjadi sepanjang syawal berada di tingkat 2. Di situlah mulai kenal dunia yang luas ini. Kena tampaq dengan cikgu, kantoi ponteng kelas. Muka ini tak larat nak penjabat dh la.. Muka syawal kadang-kadang terlepas juga.. ada yang yang betoi-betoi gangster tahap Super Saiya dan Naruto yang selalu menjadi mangsa. Hehe. Sampailah naik ke tingkatan 3, perangai masih tak ubah-ubah. Masih macam tu juga. Semasa tingkatan 3 ini barulah kena nikmat outing yang sebenar. Maklumlah bandaraya Alor Setar dengan KSAH itu tak jauh mana pun. Kalau orang kat sana kentut pun dengaq. HAHA, Tiap-tiap minggu keluaq town. Keluaq makan, lepak, main game. dan Mcm-macam lagi lah.. Nak cerita tak larat.. Smpai la dh masuk pertengahan tingkatan 3, dan peperiksaan percubaan semakin hampir. Sampai la reslt trial pun cukup-cukup makan ja.. 

  Berasap telinga juga kena beletiaq semasa segi interaksi waris ketika itu. Dan selepas itu, baru la syawal berpeluang berjumpa dengan kawan baik syawal baik. Dia datang dengan muka yang berseri-seri mai kat syawal. Dia dah tahu syawal dapat result yang teruk semasa trial baru-baru ini.. Haha, sadis kan. Namun, kawan baik syawal menawarkan pertolong untuk membantu syawal dalam pelajaran agar dapat keputusan yang cemerlang dan dapat kelas sama-sama sama di tingkatan 4 nanti. Adusss, kenapa la syawal tak terfikir awal-awal pasal hal itu. Kalau syawal tahu mesti dah lama stdy macam nak gila. HAHa

  Allah itu Maha Adil. Kalu kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu kejayaan, insyaAllah akan dipermudahkan. Tiada yang mustahil. Man jada wa Ja. Anda berusaha, anda berjaya kot maksudnya. Hehe. Sepanjang waktu selepas trial dan tibanya waktunya peperiksaan yang sebenarnya. Najmi banyak membantu syawal. Dia cuba meluangkan masanya untuk mengajar syawal matapelajaran yang syawal lebih. Walaupun dia juga sibuk, Najmi tetap meperuntukkan masa untuk membantu syawal. Katanya, dia ingin lihat syawal sama kelas dengannya pada tahun dengan. Berbekalkan dengan kata-kata itu, syawal berusaha bersunguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.. Bermula musim perang.. Alhamdulilah dipermudahkan.


                           ****************************************************************
Setahun kemudian.
   
Alhamdulilah, keputusan dah keluar. dan syawal dan najmi masing-masing sudah ditakdirkan untuk kelas yang sama. YEAHHHH. bersyukur sangat-sangat. Untuk pengetahuan semua, syawal kelas sama dengan kawan baik syawal semasa tingkatan 4 dan 5 tahu? Seterusnya, kami berkawan sampai sekarang.. Terima kasih sahabatku Najmi..

Dh2, penat nak mengimbau kenangan.. Kadang-kadang pegalaman itu mematangkan kita. Jangan takut untuk jatuh jika ingin merasai betapa sakitnya terjatuh. Try it out guys!

tombiroulast
Classmate sekolah ceq dulu. HAHA
*kebanyakkan dalam gmbaq ini ada kat oversea!
semoga berbahagia selalu kawan.

 

2 comments:

  1. censored sikit gambaq tu.. bulan posa ni syawal oi.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, time nie lepa tak baliaq la ikhwan.. hehe

      Delete