Wednesday, July 24, 2013

Kawan sampai ke syurga!!

Ramadhan tahun ini datang lagi. Semoga ramadhan kali ini tidak kita sia-siakan. Gunakkan kesempatan yang ada dengan sebaiknya. Semoga kita istiqomah dengan apa yang kita lakukan. Biasa la iman kita ini, kadang-kala ada turun naiknya. Tapi itu tidak menjadi masalah. Yang menjadi masalahnya ialah kita malas, malas untuk berusaha untuk menjadi yang lebih. Normal lah malas, semua orang ada sifat malas. Tapi selalu syawal katakan kepada diri sendiri, kenapa tuhan ciptankan perasaan malas ini? adakah persaan malas ini memudaratkan? berdosa? Tak baik? kalau anda fikir macam begitu ternyata anda salah. Hal ini disebabkan abang syawal selalu berpesan, gunakan sifat malas itu ke arah kebaikkan? Eit terdetik perasaan hairan, pelik, was-was adakah abang aku ini ingin mengajarkan kepadaku ajaran sesat? Hah, buat segala-gala tanggapan negatif anda itu ye.. Lalu abang syawal menerangkan bagaimana kita hendak mengunakan sifat malas ini ke arah kebaikan.

Pertama, sila hiasi diri anda dengan sifat malas. Kalau boleh sifat malas yang tiada tolok bandingnya ataupun sifat malas tahap tertinggi ialah peringkat ke sepuluh daripada sepuluh peringkat. Eh, takdak beza pun.

Fuh...

Langkah teruskan ialah sila gunakan sifat malas anda itu kepada pekara-pekara yang akan merugikan anda untuk berjaya. Sebagai contoh, anda malas untuk tidak membaca buku. Nampak tak permainannya? sekiranya anda malas untuk tidak membaca buku, jadi secara automatiknya ada akan membaca buku? betul tak? tengok bagaimana kita boleh memanipulasikan perasaan yang negatif itu ke arah kebaikkan? 

"Jadi, orang yang paling berkuasa bukan orang yang boleh mengawal orang ramai, namun dia boleh mengawal diri dia sendiri"

Oleh itu, apa yang ingin syawal tegaskan ialah bulan ramadhan itu mempunyai beribu-ribu rahmat. Cuma, terletak kepada diri kita untuk mencapai bintang-bintang di langit. Bintang yang bertaburan di langit, terlalu rambang untuk kita memetiknya, sehingga kita hanyut dibuai mimpi, mimpi untuk menangkap bintang yang indah, namun keindahan itu tidak kekal lama, keindahan yang di sinari cahaya matahari. Justeru kita tertipu.

Selain itu, bulan ramadhan adalah bulan berkasih sayang. Bulan yang berlakunya jejak kasih. Sahabat lama kita semenjak kita baru mengenal nikmat dunia. Sahabat yang dulu satu katil dengan kita, syawal di atas dia di bawah maklumlah katil dua tingkat. Sahabat yang mana dulu berkongsi satu bilik air, satu meja stdy, satu almari, satu bilik, satu girlfriend oppss kantoi lah maklum lah dulu syawal tak ada girlfriends jadi terpaksa la kongsi. huh. pcag peluh. Sahabat yang berkongsi satu sabun, ubat gigi, sabun basuh baju, berus gigi sekali tak? tak,tak,tak ya.. Haha. Yang paling penting berkongsi timba nak basuh baju. Sahabat berkongsi surau. Masih syawal rindu zaman itu. 

Namun, sekarang kami semua sudah besar. tidak lagi berkongsi apa-apa kecuali memori yang pernah tercipta antara kami semua. Masing-masing dalam laluan tersendiri, laluan yang akan menentukan kita di masa hadapan. Yang akan membentuk siapakah diri kita nanti. Andai hitam jalan yang kita pilih, maka gelaplah laluan yang bakal kita tempuhi nanti. Andai putih jalan yang kita pilih nanti, maka cerahlah laluan yang bakal kita tunggangi kelak.

Memetik luahan perasaan sahabat syawal, sahabat yang pernah bergurau, bergaduh, bertumbuk, dan berwrestling dalam satu kelambu. Namun, jangan fikir negatif kerana caranya kami bermesra. 

Pada 15 ramadhan yang lalu adalah satu kejadian yang sangat menyenangkan bagiku dan merupakan kejutan di dalam bulan puasa ini kerana didatangi oleh sahabat-sahabat yang saya telah kecil sejak kecil bahkan sejak jiran rumah dulu, kemudian masuk tadika, jumpa kat sekolah rendah dan akhirnya menyambung ke sekolah Kolej Sultan Abdul Hamid bersama-sama. Meraka sanggup terbang daripada alor setar ke kuala lumpur semata-mata hendak berjumpa saya dan seorang lagi sahabat saya yang bernama Farid. Mula-mula kami tidak dapat untuk meluangkan masa bersama-sama disebabkan oleh kekangan-kekangan dan kotmited terhadap kerja kami di sini. Namun, sahabat saya yang datang daripada alor setar itu telah menyentuh hati kami walaupun mereka juga sibuk dengan jadual belajar masih memperuntukkan ruang dan masa untuk berjumpa kami di sini. Teringat zaman sekolah dulu apabila ditanya tentang cita-cita dan kami semua tiada idea dan apakah yang yang ingin capai di masa hadapan. Masing-masing masih dengan kayalan zaman remaja dahulu. Namun tetapi, masa itu berputar sangat laju dan dengan pelahan-pelahan manusia berubah, berubah kepada yang lebih baik daripada semalam dan telah pun menjadi sesorang yang bakal berjaya di masa hadapan apabila masing-masing sedang berusaha untuk membina asas yang kukuh yang mencoretkan kisah kejayaan tersendiri. Sebagai contoh, Mud dengan projek pembangunan yang diwarisi oleh ayahnya, Aiman sedang menguruskan event international, Nangka masih sibuk mencapai bintang, Thoriq sedang menjalani kehidupan sebagai seorang usahawan dan Gee sedang membina kerjaya di Westin Hotel, KL. Saya gembira dalam berjumpa kembali sahabat-sahabat lama dan kami bereunion dalam bulan yang penuh barakah ini! Ini adalag kehidupan, kami berkerja dan masing bermain-main dan berguran senda. Kamu semua adalah orang yang sama walaupun semenjak kita semua di bangku sekolah lagi dan tak pernah berubah di mata syawal walaupun penampilan kita tidak lagi beruniform sekolah! Saya doakan anda semua berjaya dalam bidang masing-masing dan harap dalam berjumpa pada hari raya nanti! inysaALLAH. Sayang kamu semua.! 

Dari kiri, Thoriq, Belon, Nangka, Gee. Aiman dan Mud tiada dalam gambar.





No comments:

Post a Comment