Monday, July 15, 2013

Kisah Hati.. weee

Wang bukan segala-gala di dalam dunia ini, namun segala-galany memerlukan wang. Teringat dahulu apabila dihampiri oleh golongan MLM. Hampa tahu tak MLM ini apa. MLM ini adalah singkatan perkataan bagi Multi Level Marketing atau dalam bahasa melayunya ialah pemasaran berbilang tingkat, ia juga dikenali dengan network marketing dimana kita memasarkan peroduk dan dalam masa yang sama kita boleh mengembangkan rangkaian perniagaan kita sendiri. Wah, mengulit kenangan nampak. HEhe. Terus terang, berbuih mulut kalau anda ceramah ceq tak akan percaya dengan semua ini. Hanya berbekalkan janji manis, bagi duit dan anda akan kaya. Itu bukan prinsip syawal. Syawal lebih suka rezeki yang kita dapat itu walaupun sedikit, namun ada keberkatannya. Itu yang penting. 

Pernahkah kita lihat di sekeliling kita, kawan-kawan kita yang berlatarbelakang daripada keluarga yang berada. Ibu bapa memiliki sejumlah harta yang bertimbun-timbun,wang berjuta-juta. kereta berbiji-biji sampai tiada tempat untuk memarkirkan kereta-kereta mewah anda itu. Ada rumah besar bertingkat-tingkat? Namun, walaupun mereka ada segala-galanya di dunia ini. Cukup lengkap, minta apa sahaja pun dapat dengan mudah. Tiada halangan untuk melakukan apa yang mereka mahukan. Biasa la anak orang kaya kan.. Semua pun boleh. Akan tetapi, mereka kemungkinan tidak akan merasai sesuatu yang bernilai iaitu kasih sayang sesama keluarga. Manakan mungkin, apabila masing-masing buat hal sendiri tanpa mengambil berat akan hal adik-beradik yang lain. Kasih sayang adik beradik itu adalah satu anugerah. Anugerah yang tidak tidak semua orang dapat... Sebabnya Allah itu Maha Kaya dan Maha Adil..

IMBAS kembali, tahun 1999.

Pernah ketika syawal kecil dulu.. Zaman sekolah rendah dulu, terdetik iri hati di sudut hati ini terhadap kawan-kawan yang mempunyai kakak. Manakan tidak, untuk kalau ada seorang kakak ini. Sebab perempuan kan sifatnya penyayang.. Ala, superwomen gitu yang akan melindungi adiknya walaupun dalam apa jua keadaan. Ada satu kisah ketika ceq darjah satu dulu.. ada la sahabat ceq ini menangis disebabkan dibulikan oleh budak yang comot ini yang bernama syawal. Hehe. Alamak kekantoian kenakalan anda itu. Biasa la zaman kanak-kanak memang suka menyakat orang sampaikan besar ini ini masih suka menyakat orang. Asalnya bukan niat nak buli pun. Ceq sebenarnya nak berkenalan dengan bukan ini, namun lagak gaya dia menyombong mengalahkan orang perempuan kot.. Mana boleh tahan mana tuh.. Terpaksa la ceq memanggil geng untuk sesi orientasi dengan sahabat ceq itu. Melihat ceq membawa geng yang ramai, tiba-tiba budak itu menangis.. Alahai, ceq tak buat apa-apa lagi pun janganlah menangis.. Ceq pun takut, Kemudian budak itu berlari-lari anak ke arah seorang Kakak perempuan yang kita itu mungkin dalam darjah 5 kot. Memakai baju kurung berwarna biru muda dan tudung berwarna biru gelap. Wah, manis wajah putih bersih kakak itu.. Kakak itu dengan tentangnya membelai budak itu sambil mengusap-usap rambut budak itu sambil menenangkan budak yang tak sempat nak buli pun. 

Ceq terpegun.. tertimbul satu perasaan yang sangat indah apabila melihat kejadian yang sanagt menenangkan. Kejadian itu masih, jelas di minda ini... Tatkala melihat betapa kasihnya seorang perempuan yang bergelar Kakak terhadap adik lelakinya.. Selepas adiknya berhenti menangis, Kakak itu memandang dan merenung dengan pandangan yang tajam. Apa lagi, geng-geng ceq menarik tangan dan menyuruh untuk ceq melarikan diri. Namun, kaki itu seakan-akan tidak mahu melarikan diri. Terkaku di situ, sambil kakak itu menapak ke arah ceq. Masih terdengar pekikan geng syawal itu, Hang xmau lari ka, tgk kakak itu pegawas kot.. nanti dia amek nama kita bagi kata guru disiplin baru hang tahu. Biaq kat hang la, kami lari dulu. 

Kakak itu menapak dengan dengan lemah lembut namun dengan renungan yang tajam. Namun, selepas geng-geng ceq itu melarikan diri, kakak itu mulai memaniskan senyuman. Wah, detik dalam hati kecil ini. Sangat manis senyuman kakak itu. Patutnya adik dia pun berhenti menangis. Kemudian, kakak itu dapat menghampiri syawal dan memegang lembut lengan ini sambil berkata " Maafkan adik akak ya, dia memang macam tu apabila berhadapan dengan orang yang tak dikenali. Kalau nak bercakap dengan dia kena cakap baik-baik. Maklumlah dia seorang lelaki dalam keluarga dan anak bongsu pula. Memang dia takut dengan adik dan geng-geng adik nie. Tolong jagakan adik akan ini kalau akak tak ada di sekitarnya tahu. Tolong ajarkan dia supaya lebih berkeyakinan nak berhadapan dengan orang. Fuh, tiba-tiba saja lidah sayu kelu tidak berkata-kata sambil memberikan perhatian 100% apa yang dituturkan oleh kakak tersebut.. Namun, kekeluan lidah berkecai apa akak tersebut memecahkan kesunyian yang ceq alami dengan " Adik faham tak nie?" Teragak-agak ceq menjawab dengan "baaaik, baik akak".

Memang lepas kejadian itu, hati kecik sering membentak. Kenapa aku tidak ada kakak? adakah tuhan itu tak adil? Kenapa aku perlu ada abang. Abang yang selalu membuliku? walaupun punya abang semasa di sekolah rendah dulu. Dia tak pernah ambik berat pun seperti mana kakak tadi? Aku selalu menyalahkan takdir. Biasalah sifat manusia yang tidak pernah merasai apa yang kita ada itu cukup. Aku hanya ada abang-abang yang tahu membuliku ketika kecilku. Metang-metang aku paling kecik, aku lah yang selalu dibuli, disuruh buat itu, disuruh dibuat ini. Haaaaa, Stress sangka ketika itu. Namun, tekanan itu aku lemparkan kepada kawan-kawan aku di sekolah. Misi membalas dendam dengan membuli kawan-kawan di sekolah. Fuh, memang syurga lah bila pergi sekolah. Ada geng ramai. Boleh kacau sesiapa sahaja tanpa tidak siapa yang boleh menhalang. Sebab itu ceq suka sekolah. Manakan tidak, kalau duk rumah kena buli pulak..
  
Habis flash back..waktu sekarang.

Namun, aku sedar.. Aku keadilan yang Allah berikan kepada hamba-hambnya yang bersyukur atas segala nikmat yang dikecapi. Hal ini desebabkan cara orang lelaki dan perempuan memberikan kasih sayang adalah berbeza. Hal ini, disebabkan melalui lelaki meyatakan kasih sayang mereka tidak selembut perempuan. Lelaki ini lebih suka menunjukkan kasih sayang mereka melalui sikap bertangungjawab atau dengan mengunakan tulang empat kerat kereta. Manakala, Allah mecipta perempuan dengan kelembutan, kelembutan yang mampu mengongcang dunia walaupun tangan lembut menghayun buaian. 

Baru aku serta bahawa abang-abang aku juga sayangkan aku juga. Tidak aku terfikir, siapakah yang membonceng aku sewaktu fajar belum terbit untuk pergi ke sekolah. Teringat kembali kenangan ketika abang syawal mengayuh basikal dengan angin basikal pun kurang sebab syawal ini berat sangat kot, meredah kesejukkan pagi. Tidak itu itu kasih sayang seorang lelaki kepada kamu? mereka sebenarnya sayangkan kamu. Namun, kasih sayang itu tidak terucap di bibir mereka. Kerana mereka ego. Namun, kalau mereka sayang.. Lelaki akan menunjukkan melalui perbuatan.. Itulah yang syawal baru sedar ketika ini. Seorang abang yang sanggup mengayuh basikal pada waktu tengah hari dengan keadaan panas terik semata-mata ingin menghantar adiknya ke kelas fardu Ain? adakah abangmu meminta balasan? tidak kan..

Entry ini khas buat Abang-abang syawal yang berada jauh daripada kampung halaman. Sebenarnya ceq rindu kat hampa nie.. xdak orang ceq nak menyakat nie.. HAha.  Semoga anda sentiasa sihat selalu.. Kasih sayang anda semua tak mampu syawal balas. Terima kasih kerana mengajar syawal menjadi insan yang penyayang..  

No comments:

Post a Comment