Monday, July 8, 2013

Kebenaran itu bersikap malu-malu kucing.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bermusafirlah, berjalanlah, dan melihat kehebatan ciptaan Tuhan yang diciptakan untuk untuk orang yang mahu berfikir. Alhamdulilah, perjalanan syawal untuk bermusafir dalam cuti semester ini telah membuka mata, membuka hati, membuka segala-segalanya yang selama ini buta. Buta fikiran, buta hati, buta segala-galanya. Heh. 
Pecah peluh..

Bermula dengan musafir ke Johor Bahru, di sana dapat berjumpa dengan bermacam-macam ragam manusia. Pergi berkelana di sana bagi memenuhi undangan saudara mara di sana. Keluarga di sana sangat besar. Dikurniakan anak-anak yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Pelbagai ibrah yang syawal peroleh daripada pergaulan dengan saudara-mara di sana. 

Bermula dengan satu matlamat, satu tujuaan, satu destinasi. Keluarga di sana bermula dengan satu perbeza. Ya, satu perbeza yang membawa kepada satu persamaan. Nampak permainannya di situ?
begini.

Allah tidak menilai anda dengan apa yang anda telah lakukan, tapi Allah menilai dengan apa yang kamu niatkan. Sebagai contoh, salah satu scene yang syawal ambil dalam (SSID) Sebenarnya Saya Isteri Dia. Peh, jiwang teruk syawal ini. HAHA, maaf la ceq nak belajaq macam na nak jadi jiwang. Boleh tak? Ada satu scene di mana Syaf(Si Isteri) berjalan-jalan menuruni anak tangga selepas memohon pergi ke tandas, kemudian Firash(Si suami) pun terhengeh-hengeh nak p tandas juga 5 minat selepas isterinya pergi ke toilet. Tiba-tiba, dalam bersopan santun menuruni anak tangan itu, Syaf hilang imbangan apabila berlaga kaki dan hendak terjatuh... Tetapi, dengan tidak diketahui, Remy(Cruiser Syaf zaman U) yang berada berdekatan situ nampak kejadian itu lalu meyambut Syaf untuk menyelamatkan dia daripada terjadi. Namun, exsiden itu berlaku di hadapan mata Firash dan terus menghukum bahawa isteri bermain dengan lelaki lain di belakangnnya. Tanpa sempat Syaf memberikan perjelasan.....

Nampak apa yang hendak di sampaikan. ? Memang kita ini selalu buat salah? betul tak? Apa yang hendak diketengahkan dalam hal ini adalah di dalam sikap Firash yang tidak mahu meminta penjelasan tentang apa yang berlaku sebenarnya dan membuat pernilaian dengan apa yang dia nampak dan melalui perasaan amarahnya. Memang kadang-kadang benda yang tidak dengar, nampak, rasa itu tidak baik di mata kita. Namun, isyaAllah ada sedikit kebaikkan yang mungkin kita tidak nampak. Sebagai contoh, boleh sahaja kalau Firash melepiaskan amarahnya tanpa berfikir mungkin pelbagai perkara yang buruk akan berlaku. Oleh sebab itu, sentiasalah kita bersangka baik dengan apa yang kita hendak lakukan. 

Pernah anda dengan tiba-tiba dihujanni dengan pelbagai dakwaan? dakwaan yang sememangnya betul, tapi mereka tidak tahu sebab, musabah anda melakukan seperti itu? mesi pernah kan? Duhai hati, janganlah anda cepat melatah kerana orang yang memarahi anda itu, menegur anda itu, adalah saham anda untuk memperolehi pahala. Satu perlaburan yang tidak memerlukan modal satu sen pun? betulkan saya? Cuba kita berfikiran positif, sebenarnya Allah menghantar orang sebegitu kepada kita adalah untuk mengajar kita erti kesabaran. Kerana kesabara dan reda itu sangat indah. Tak semua orang yang dapat mengecapai erti kesabaran yang sebenar. Percayalah bahawa jika anda dapat merasainya betapa manisnya sabar itu. Nescaya bahagialah hidup anda.

Ego anda itu turunkanlah...

Kadang kala ada orang tiba-tiba datang memarahi anda? mesti anda terkejut kan? inilah orang zaman sekarang. Tetapi, tak perlulah anda memarahinya kembali kerana tiada manfaat kalau anda memarahinya kembali. Syawal selalu tanya pada diri sendiri "kenapa perlu marah balik, bukannya dapat apa-apa pun. kalau marah balik kenyang tak pa la juga" Walaupun apa yang dia marah itu bukannya kesalahan kita pun, namun bersangka baiklah bahawa dia sebenarnya ingin memarahi orang lain namun kita pula yang terkena tempiasnya Selain itu, anggaplah kemarahannya merupakan kasih sayangnya kepada kita. Macam mana itu incik syawal? cuba anda bayangkan kenapa dia perlu menghabiskan air liuqnya? suaranya? tenagannya? masanya? waktunya? time rehatnya? time makan? time menonton SSID, time minum tea dihabiskan kepada kita semata-mata untuk memarahi kita? Nampak permainannya di situ? Jadi, kita patut belajar untuk menerima kemarahan orang.

Degil orang ada macam-macam..

Maka, di sini bergunalah tabiat untuk kita membebel. Wanita diberikan kekuatan untuk gunakkan mulut. Melalui kuasa mulut ini mereka mampu menjinakkan lembu jantan untuk disembelih. Mak oii.. Hiperbola gilerr. HAHA. Melalui bebelan daripada seorang itu tidak mungkin akan lahir seorangnya engineer MAS dan pemimpin kepada satu keluarga di Kuala Lumpur. Melalui leteran ini tidak mungkin wujud pengurus ladang jauh nun di serawak di sana dan juga pemimpin satu keluarga kecil di sana. Dan melalui mulut yang laser ini tidak akan terbentuk seorang engineer di satu kilang di pulau pinang dan juga pemimpin keluarga kepada seorang isteri dan anak yang bakal lahir nanti. IsyaAllah. Mesti hampa selalu dileteri orang ibu, emak, mama umi kan? Syawal masih ingat lagi ketika sering dileteri oleh ibu syawal. Setiap leteriannya mesti jelas masuk di telinga ini dan diselang-seli dengan bunyi pinggan mangkuk. Mesti terkejut kan? bukannya kena baling dengan periuk. Namun, ketika ibu beleteri mesti sambil basuk pingga. Macam orang cakap, multitasking. Pong pang pong pang. last-last siap semua pinggang mangkuk dicuci. Waktu itu syawal masih kecil la, adik beradik pula ramai dan lelaki semua. Memang tiada penolonglah ketika itu. HEHE. Jadi, wanita-wanita di luar sana gunakanlah kelebihan anda ini dengan sebagainya. Mana nak tahu melalui leteran anda itu lahirnya PM malaysia. Tidak mustahil kan? Teringat satu kisah di mana Saidatina Umar kot kalau tak salah syawal, bedoa agar dikurniakan isteri yang membolehkan beliaun masuh syurga. Maka, doa itu diperkenanakan dan Saidatina dikurniakan isteri yang kuat berleter. Dan Saidatina Umar bertanya kepada Rasulullah : kepada aku di kurniakan isteri yang kuat berleter? Rasulullah menjawab "Jika kamu dapat bertahan dengan leterinya, maka itu adalah pahala buat kamu" Lihat, lelaki-lelaki di luar sana yang mempunyai, ibu, adik kakak, makcik ka yang kuat berleter. Maka bersyukurlah bahawa mereka itu saham anda ke syurga. :)

Gaduh jangan dicari, peluh hendaklah dicuci.

Jadi, kepada anda dan rakan, sahabat, kawan yang di kasihi sekalian. Sekiranya anda didatangi orang yang memarahi anda, memfitnah kita, membuka aib kita, membebel kepada kita, megumpat kepada kita, berkata-kata yang menyakitkan hati kita dan bermacam-macam lagi. Hadapilah dengan senyuman :):):) senyum sokmo yea.

Hal ini disebabkan Allah sangat sayang kepada kita. Mereka-mereka ini adalah saham kita untuk memperoleh pahala dan menikmati syurgaNya. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini kawan-kawan. Rebut jangan tak rebut!

Mereka-mereka ini didatangkan kepada kita untuk menyedarkan kita, kalu tidak makhluk-makhluk ini siapa lagi. Betul? Mereka-mereka ini ibarat raksaan yang perlu kita tewaskan dengan menggunakan kuasa sakti yang kita miliki iaitu hati kita. Kiat perlukan tingkatkan keimanan kita untuk melawan raksaksa ini. Kita perlu menggunakan kuasa super weapon seperti dalam games Red Alert seperti SABAR, REDHA, MEMAAFKAN dan berdoalah kepada ALLAH dan sentiada bersyukur.

Hal ini kerana, pasti kebenaran akan muncul jua!



No comments:

Post a Comment