Wednesday, July 31, 2013

Bijak merancang dan bijak membuat keputusan.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Seronok juga ada blog ini, blog ini adalah sebagai medium kita untuk menyebarkan dan berkongsi Cinta-Nya. Cinta daripada Tuhan yang Maha Agung iaitu Allah swt. Tuhan yang telah menciptakan manusia dengan kasih sayang seperti mana yang selalu ucap dalam Bismillah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah dan Maha Peyayang, tuhan yang selalu sayangkan kita, dia hadirkan ujian untuk kita mengingatinya, dia mengurniakan nikmat untuk kita selalu bersyurkur. Dia memberikan akal untuk kita berfikir. Sudahkah anda bershopping dalam bulan ramadan ini? Allah telah membuat sale dengan tawaran pahala yang berlipat kali dalam bulan seribu rahmat ini? Sudah kita penat untuk membeli belah dalam bulan ini dan tambahan pula sekarang pula berada sepuluh malam yang terakhir. Jadi, apabila sudah tiba sepuluh malam ini, marilah kita qiam dan mengikat erat-erat anda punya kain pelikat dan juga mempebetulkan tudung masing-masing untuk beribadat kepada Allah swt.. Bila lagi kalau bukan sekarang ya?

Sejak kebelakang ini, syawal sudah kehilangan nikmat tidur. Setelah selesai bersama-sama keluarga tercinta, kemudian menunaikan solat Magrib dan seterusnya bersiap-siap naik motor yang menunaikan solat isyak dan taraweh secara berjemaah. Betullah iman masjid kat rumah syawal cakap, pada awal ramadhan sahaja kita akan bersemangat untuk menunaikan solat taraweh. Apabila sampai di malam sepuluh yang terakhir, terasa nafsu ini membuak-buak menandakan kemalasan. Mulalah berkurang rakaat yang kita tunaikan. Sebab itulah Allah telah menjanjikan ganjaran yang berlibat kali ganda bagi sesiapa yang berjaya mendapatkan Malam Lailatur Qadar iaitu malam seribu bulan. Allah swt yang menciptakan hamba-hambanya dan dia tahu akan kelemahan kita. Jadi, selalulah kita berdoa akan diberikan kekuatan untuk menempuh 10 malam yang terakhir ini dengan sempurna. Doakan syawal ya. Amin. Setelah syawal selesai bersolat taraweh, selalunya akan terbangun dengan sendirinya dalam pukul 2.30 ke atas. Jadi, hilanglah nikmat syawal untuk tidur malam.. Selepas terjaga mesti tak leh nak tidur balik walaupun badan ini penat sangat. Jadi, kita kena berfiki positif, mungkin Allah nak bagi ruang kepada kita untuk bertaubat, mengingatinya, dan gunakkan kesempatan ini dengan sebaik-baik. Mungkin ini adalah balasan kepada diri ini yang telah lalai dengan nikmat dunia ini. Apapun, syawal tetap bersyukur atas apa jua kurniaanMu Ya Allah.

 Bulan ramadhan ini adalah bulan yang sangat bermakna bagi syawal. Bulan yang syawal diberikan ujian kerana lalai selama ini. Bulan yang memberikan pengajaran tentang erti mengenal dewasa. Terasa ini ini semakin hari semakin tua. Manakan tidak, bila tibanya 1 syawal nanti, maka bertambahlah umur incik tombiroulast ini. Semakin tua kan? Apabila berbicara soal umur ini, mungkin kita akan merindui kenangan sewaktu kita di alam kanak-kank, budak-budak, remaja dan sekarang. Sudah memasuki alam dewasa. Di mana, alam yang kita mencipta masalah, dan kita juga kena meyelesaikannnya? mudah kan? sangat mudah sekiranya kita mempunyai jalan penyelesaiaan. Sebab itu bagai umat islam kita ada Al-quran. Iaitu petunjuk kepada orang yang beriman. 

Namun, seorang yang berumur sekitar 20-25 adalah waktu yang kritikal bagi kita semua di mana pada usia ini menentukan siapakah diri kita sebenarnya pada waktu yang akan mendatang. Oleh itu, pada waktu ini adalah waktu yang paling mencabar untuk kita membuat keputusan, merancang, dan reda dengan keputusan yang telah kita lakukan.

Bagi syawal, bulan ramadhan kali ini adalah bulan untuk merenung kepada akan kesilapan-kesilapan kita membuat keputusan dahulu. Disebabkan dulu kita silap untuk merancang membuat keputusan yang betul, maka kesannya kita apa lihatnya sekarang. Jadi, waktu inilah untuk kita meluangkan masa dan tenaga fikiran untuk memikirkan dan cuba akan membaiki semula kesalahan yang telah kita lakukan dahulu. Alhamdulilah, diberikan kesempatan dan ruang untuk berjumpa dengan kawan-kawan lama semasa di sekolah Kolej dulu. Saling bertanya khabar, bergurau senda, usik-mengusik, dan saling kata megata. HAHA. Rindu sangat suasana sekolah dulu, dikeliling dengan persekitaran lelaki, makan, tidur, belajar, bergosip, bermain, mengenal nikmat dunia bersama-sama lelaki. Satu dunia yang sangat indah bagi syawal, satu persekitaran yang tidak dapat syawal perolehi lepas ini. Rindu suasana itu. 

Apabila, bersua dengan kawan-kawan lama.... Ada yang berjaya, ada yang jatuh, ada yang gagal, ada yang tidak dijangka-jangkakan, dan ada yang terkejut. Apapun kita sekarang adalah berdasarkan dengan keputusan yang kita buat. Ada semasa dahulu, kita seorang yang sangat jahat, kaki pukul, kaki ponteng, kaki tiduq. dan apapun yang berkaitan yang berkaitan dengan title budak ada pada diri kita. Namun, hidayah itu Milik Allah. Dia akan memgurniakan hidayahnya kepada sesiapa yang dikehendaki. Dan selepas itu, itu akan mulai menyesal, muak, dan sudah tiada feel untuk melakukan aktiviti nakal kita itu dahulu. Lumrah manusia, setiap individu akan mejalani proses kematangan dan proces kedewasaan. Proses di mana kita mulai sedarakan tanggungjawab yang bakal kita pikul kelak, apabila hidup kita ada insan yang terhampir sudah pergi mengadap ilahi, telah pergi meninggalkan alam dunia yang penuh kerusakkan ini. Maka, dengan itu mula lah kita sedar akan matlamat sebenarnya kita hidup di dunia ini. Jadi, merancanglah membuat keputusan dengan sebaik-baiknya daripada kita menyesali atas keputusan yang telah kita buat dahulu.

Berharap menjadi seorang anak yang dapat berbakti kepada kedua ibu bapa yang telah membesarkan syawal dengan penuh keringat tulang empat kerat.

* seronok apabila dapat melihat raut wajah kegembiraan Ayah apabila dapat mengunakan hadiah daripada titik peluh kita. Jadi, misi yang pertama sudah tercapai. Doakan syawal berjaya dalam misi yang kedua ya.. Target membelikan aset kepada kedua ibu bapa. 

No comments:

Post a Comment