Tuesday, July 23, 2013

Mati itu pasti, Hidup itu InsyaALLAH

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Dalam hidup ini ada suka, ada duka, ada sakit, ada sedih, ada takut, ada pahit, ada hiba. ada gundah, dan serabut, ada bermacam-macam perasaan yang bermain di minda. Ada ketika, pada mulanya kita gembira dan setelah lima minit kemudian hati mulai merasai sedih. Manusia adalah sebaik-baik ciptaan daripada Allah swt. Teringat lagi kata-kata ustazah syawal semasa menuntut di Kolej Sultan Abdul Hamid dulu. Malaikat dijadikan daripada cahaya, cahaya sangat laju sekiranya di belajar dalam fizik. Selain itu, jika kita dalam melihat petir kita akan merasai kehadiran cahaya dahulu kemudian diikut oleh bunyi guruh. Betul tak? Menurut ustazah syawal malaikat ini memang kuat beribadat kepada Allah swt. Tak kira pagi siang dan malam para malaikat akan beribadat kepada yang Satu. Kalau nak bandingka kita dengan malaikat mmg lah jauh berbezanya. Namun, Malaikat ini satu kekurangan jika dibandingkan dengan manusia. Mereka tiada Nafsu, nafsu inilah yang menciptakan perasaan di dalam hati kita. Jika hati kita bersih, maka persaaan yang bersihlah yang akan lahir daripada diri kita. Manakala, jika hati kita kotor maka lahir persaaan yang negatif dalam hati kita seperti hasad dengki, cemburu, riak dan sebagainya. Sebab itulah kita dianjurkan untuk beristighfar untuk menyucikan hati-hati kita ini. Tak perlu guna cloroxx pun. Woha! Syaitan pun diciptakan daripada api. Api yang kita sedia maklum adalah bersifat membinasakan di tidak dikawal. Manakan tidak wujudnya peribahasa. "kecik-kecik jadi kawan, bila besar jadi lawan". Tapi, menurut daripada ustazah syawal lah, kalau sila tolong tegurkan ya. Kalau soal ibadat iblis adalah yang terbaik di antara penghuni-penghuni di langit dimana iblis sangat ego dalam beribadat kepada Allah. Sengaja syawal menggunakkan perkataa ego untuk menunjukkan betapa kuatnya iblis dalam beribadah suatu ketika dulu. Disebabkan iblis ego hendak menunjukkan dia hebat di mata-mata penduduk langit. Iblis sangat kuat beribadat bukan setakat siang, malam, pagi pentang. time rehat pun mereka beribadat kepada Allah swt. Hebat kan penduduk dilangit. tapi bagaimana pula wahai penduduk di bumi?

Pecah peluh.. huh

Seterusnya, manusia. Manusia dijadikan daripada tanah, tanah yang dikutip di 7 kawasan di muka bumi ini dan camtum-camtumkan dan digaul-gaulkan di ditambah sedikit perisa (kikikih) penambah rasa cerita  sahaja ya. Maka, terhasil sebentuk manusia yang diberikan nama iaitu Adam. 

"Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"
(Surah Al-Tin: 4)

Manusia diciptakan daripada tanah, kepada tanah jua tempat kita kembali. Entry ini syawal buat khas untuk bakal roomate syawal. Sebentar tadi, syawal dikhabarkan oleh sahabat syawal bahawa dia baru sahaja kematian opah yang tersayang. Tersentak hati ini, tatkala kita bersuka ada pula sahabat kita yang berduka. Syawal sedekahkan Al-Fatihah untuk Opah. Semoga Opah kamu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Kemudian, terdekit di hati ini bilakah pula masa diri ini yang penuh dengan dosa akan tiba... Tetapi, Allah itu Maha Pengampu, bertaubatlah sentiasa seandainya kita melakukan kesalahan. Hidup ini penuh dengan ujian, ujian itu akan mematangkan kita, ujian itu akan meguji keimanan kita, ujian itu akan menguji sejauh mana kita ingat akan pencipta kita, ujian tu akan membuatkan kita terus melangkah itu menyelesaikannya... Ujian yang sering berlaku kepada kita ialah untuk menghapuskan dosa-dosa kita yang lampau..

Menurut kata-kata seorang ustazah syawal, beruntung kepada sesiapa yang meninggal dalam bulan seribut rahmat iaitu bulan Ramadhan adalah bulan keampunan. Di mana pada bulan inilah pintu-pintu neraka Jahanam dan lain-lain ditutup serapat-rapatnya dan manakala pintu Syurga dibuka seluas-luasnya untuk penduduk di langit menikmati keindahnyaa yang tidak dapat di jangkau dek akal. Kepada syawal masa ingat cerita ini adalah gaya penyampaian ustazah yang sangat sempoi " masa bulan posa lah surga ini terbuka luas-luas, mcm orang kaa syurga nie buat open day la. Sapa-sapa pon boleh mai melawat".  Alangkan indahnya setelah kita menutup mata kelak, kita akan terus dapat mencium harumnya syurga andai kita ditadirkan menghembuskan nafas dalam bulan ramadhan.
Bersabarlah wahai sahabatku, Allah swt lebih menyayangi Opahmu. Salam 15 Ramadham dan salam bulan purnama, semoga dosa-dosa kita diampukan dan kita akan bersama-sama melangkah ke Syurga! aminnn..
 


 

No comments:

Post a Comment