Tuesday, July 9, 2013

Saya tak sabar hendak berdating dengan awak :)

Alhamdulilah, selesai jua malam tarawikku pada ramadan kali ini. Berbekalkan dua semester ini, insyaAllah syawal akan memanfaatkan ruang dan waktu yang diberikan untuk menebus kembali masa dahulu yang terbuang dengan sia-sia. Pasti ramadan kali ini akan syawal rebut nikmat dengaman sebaik mungkin IsyaAllah.

Ramai di antara kawan-kawan syawal bertanyakan, kenapa tidak kerja cuti ini. Memang niat berkerja itu ada. Tetapi biarlah kerja itu tidak mengganggu waktu untuk kita beribadat kepada Allah swt. Jadi, setelah memikirkan masak-masak syawal mengambil keputusan untuk tidak berkerja kerana ini merebut peluang untuk mendekatinya. Alhamdulilah, sejak kebelakangan ini. Pelbagai kejadian yang menimpa syawal yang membuka ruang untuk syawal lebih dekat kepadaNya. Di kesempatan ini, syawal ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga dan sahabat-sahabat yang terdekat semua kerana telah mengajar syawal 1001 erti kisah kehidupan. Hidup ini jangan dibiarkan kosong, hidup kita mesti kita penuhi dengan gelak, tawa, sedih, sedu, rindu, kasih, sayang, cinta, takut, debar, penat dan macam-macam lagi. Dengan perasaan inilah akan mewarni kehidupan kita agar hidup kita ini lebih bermakna.

Tekad, ramadan kali ini adalah untuk merenew kembali ramadan-ramadan yang telah syawal sia-siakan. Teringat kembali kenangan waktu berkerja semasa bulan ramadan dahulu. Tak dapat dielakkan kerana waktu berkerja habis pukul 10.00 malam dan tiada kesempatan untuk menunaikan ibadah tarawih dengan sempurna. Jadi, peluang kedua yang diberikan oleh Allah swt tidak akan syawal sia-siakan. Alhamdulilah, segala yang syawal ingin selesaikan segala urusan sebelum ramadan tidak sudah selamat dilaksanakan walaupun terdapat sedikit rintangan dan halangan dalam melaksanakan perkara tersebut.

Syawal tak salahkan sesiapa atas kegagalan apa yang dirancangkan, syawal lebih suka salahkan diri sendiri dan berfikiran positif atas setiap apa yang berlaku ke atas diri ini. Mungkin ini adalah ujian untuk syawal tidak selalu lupa akan nikmat yang Allah swt kurniakan kepada diri ini yang kerdil penuh dengan dosa noda. Bersyukur sangat-sangat kerana segala-galanya telah selesai. Berlapang dada menerima teguran dan saling ingat mengingati sesama kita agar kita dapat membaiki diri kita agar lebih baik daripada hari ini.

Memilih baju berwarna hitam kepunyaan abang syawal untuk menunaikan ibadah solat tarawih pada malam ini umpama mewakili dosa-dosa yang telah syawal lakukan sepanjang tahun ini. Warna hitam pekat, hasil daripada sekecil-kecil dosa dan lama-kelamaan membentuk satu tidak hitam pekat yang menunjukkan dosa yang telah kita lakukan. Jadi, bulan ramadan ini adalah peluang terbaik untuk syawal menyucikan kembali dosa-dosa yang telah syawal lakukan sepanjang hidup di dunia ini. Alhamdulilah diberikan kesempatan untuk merebut pahala yang sangat banyak apabila ditawarkan di saf yang paling depan. Bersyukur sangat-sangat.

Teringat lagi kata-kata tok iman taraweh tadi. " Sesiapa yang ingin solat 8 rakaat sila duk belakang agar tidak mengganngu jemaah-jemaah lain yang ingin menunaikan solat sunat taraweh sebanyak 20 rakaat". Tok iman mengunakkan masa yang ada untuk menambahkan lagi pesanan beliau "Solat taraweh ini bukannya selalu datang, mungkin ini adalah ramadan yang terakhir buat kita, jadi gunakan masa dan peluang yang ada ini dengan sebaik mungkin" Dengan nada berjenaka tok iman itu menambah " awal ramadan ramai lah jemaah untuk menunaikan solat taraweh, mai 10 nanti koi lama ko sedikit la nanti. Takpa, bukan jemaah masjid ini masjid lain" Kata-kata tok iman itu seperti menikam di jantung ini yang sering lemah untuk menjalani ibadah taraweh ini.

Ya Allah, aku berdoa kepadamu agar ramadan ini adalah yang terbaik sepanjang hambamu ini hidup di muka bumi ini. Aku berharap agar diberikan kekuatan untuk beribadat kepada dan meraih sebanyak mungkin ganjaran pahala yang disediakan untuk orang-orang yang beriman. Aku bermohon agarkan ditempatkan di dalam kalangan-kalangan tersebut.. Amin ya rabbal alamin.

No comments:

Post a Comment