Wednesday, August 21, 2013

Allah ada jalan tersendiri untuk mengajar kita..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pergh, tajuk kali ini memang stailo lah.. Sejak bila hang nie pandai berkasih-kasih nie syawal? buang tabiat ka apa? memang syawal ini tak pandai berkasih, tak romantik, tak pandai nk bercinta, tak pandai bermacam mcam lah.. Sbb semua itu adalah untuk yang halal bg kita betul tak? tak salah kita simpan semua itu untuk bagi yang benar-benar yang berhak untuk mendapatkannnya.. Sebab Allah itu kan Maha Pemurah lagi Maha Peyayang.. Jadi, janganlah kita kedekut untuk berkasih sayang ini.. Prinsip saya, kalau kita buat baik kepada orang, insyaALLAH, esk, lusa, tulat, tuttt ceq pun tak tahun tahun depan ka, bertahun-tahun yang akan datang. Pasti kebaikan yang kita lakukan akan dibalas kembali.. Tak di dunia, namun di akhirat. Apa yang penting adalah kekuatan kita untuk bersabar. Bersabarlah dengan apa yang berlaku. Sentiasa senyum walaupun apa pun rintangan ujian, dugaan, musibah yang berlaku.. Pasti ada hikmahnya. Betul tak kawan-kawan? 

Ada satu kisah apabila meziarahi mak emak kawan syawal ini.. Memang berat ujian yang beliau dan sekeluarga hadapi.. Bermacam-macam kes, anak degil, cerai sana, main perempuan, tipu sana, sni.. Siap itu biarlah rahsia.. tapi yang pentingnya kita amek ibrah tentang apa yang berlaku.. Dan perkara-perkara yang mak kawan syawal yang syawal anggap sebagai emak kedua telah lalui sepanjang hidupnya telah memberikan syawal bermacam-macam pengajaran untuk syawal jadikan panduan di masa hadapan. Pertama, ingin syawal berpesan kepada diri yang jahil ini dan kepada lelaki-lelaki di luar sana. Jadilah lelaki yang baik yang dapat membimbing amanah Allah swt yang telah ditakdirkan kepada kita dengan sebaik-baiknya. Lengkapkan diri anda dengan ilmu yang penuh di dada untuk menjadi seorang Khalifah. Tetapkan strategi dan sentiasa sabar dengan cabaran yang akan mendatang.. Kerana lelaki, anda diciptakan melalui segumpal tanah yang berselerakkan di muka bumi ini.. Untuk apa? untuk menjadi Khalifah di muka bumi ini. Manakala, Hawa diciptakan daripad tulang rusuk nabi Adam bukan di kepala untuk dijunjung, dan bukan di kaki untuk di alas.. Tetapi dekat di hati untuk disayangi.. Begitu indahnya ciptaan Allah swt kepada kita.. Dan tugas wanita perlu taat kepada khalifannya.. Mudah kan? 

Tetapi kenapa kita ego? kita lalai, kita lupa akan tanggungjawab kita? Amaran keras kepada diri ini yang sering lalai.. juga. Namun, Setiap yang berlaku diseliling kita hendaklah dijadikan pedoman.. agar kita tidak melakukkan kesilapan yang sama. Nak sambung kes tadi. Lelaki, lelaki sering diuji dengan takta, harta dan wanita.. Ingatlah syawal. Tetapkan benteng iman kita wahai sahabat-sahabatku.. Benda ini mungkin terjadi kepada kita apabila kita meningkat dewasa nanti. Lelaki sering diuji setianya apabila dia mempunyai segala-galanya seperti harta, tempat tinggal, duit dan bermacam-macam lagi.. Apabila lelaki mempunyai segala kemewahan dunia, dia akan diuji. Di uji dengan ujian wanita. Mulalah di saat ini mereka akan curang dengan pasangan masing-masing. Disebabkan apa? sebab mereka ada segala-galanya. Mereka lupa akan tanggunjawab mereka yang sebenarnya. Hal ini terjadi kepada mak kawan syawal itu. Bersyukur kepada ALLLAH yang telah menunjukkan jalan yang benar. Jalan yang engkau redahi.. Mungkin ini adalah jalan bagaimana engkau hendak mengajar aku tentang liku-liku kehidupan, supaya aku lebih kuat, lebih tabah dan tidak mengulangi kesilapan hamba-hambanmy yang lalai atas nikmat yang telah engkau beritakan.. Bertahun sudah perkara ini berlaku sejak di bangku sekolah lagi.. Dan perkara ini tak pernah hendak selesai.. Semoga Allah berikan ketabahan untuk menghadapi ujian ini makcik.. Percayalah, Allah tidak akan uji kita dengan sesuatu ujian yang tidak mampu kita tempuhi.. Alhamdulilah setelah sekian lama, makcik megecapi kebahagia itu dengan anak-anak makcik juga.. Gembira syawal apabila menziarahi pada raya yang lepas, anak-ank macik yang selama ini diabaikan kini menjadi manusia yang mampu memberikan manfaat kepada ummah.. Jaga generasi pewaris yang akan datang..

Setelah lama syawal meneliti, merasai, menghadapi, dan berlawan dengan masalah lelaki yang megabaikan tanggujawabnya. Syawal dapat simpulkkan bahawa satu sahaja kesilapan kita. Wahai lelaki semua, take note ya.. Sebabnya ada mengabaikan asas agama. Anda memang akan dapat A semasa di sekolah, memang semasa di peringkat universiti atau di awal perkahwinan anda kuat beribadat, tak pernah tinggal solat, tak pernah melewatka solat, bayar zakat, bersedekah, tawaduk, baik daripada segala hal. Selalu pergi surau. Memang alim tapi.. itu dulu. Ketika anda tidak sibuk mengejar harta di dunia. Anda sibuk dengan bisnes anda? anda sibuk mencari duit. Anda fikir duit adalah mengala-galanya. Anda mendidik anak-anak anda dengan wang. Apa sahaja yang di mahukan anda memdidik dia dengan wang, sampaikan dia malas untuk berusaha.. Inikah cara anda mendidik anak-anak anda? Benda ini berlaku di depan mata syawal sendiri.. Kalau begini anda mendidik anak-anak. Pecayalah suatu hari nanti dia akan memijak kepala anda. Tapi, tiada yang mustahil di dunia ini, orang boleh berubah. Berubah kepada yang lebih baik, namun memerlukan masa. Jadi, kita perlulah bersabar. Walaupun kita kita tak mampu untuk berhenti melakukan dosa, akan kita bertekad dalam diri kita bahawa kita benci akan dosa-dosa yang telah kita lakukkan itu sudah cukup memadai. Berbalik kepada lelaki yang sibuk mengejar harta.. Selepas itu, anda akan mulai tinggalkan Allah. Betul tak? disebabkan kesibukkan dunia, dulu anda solat di awal waktu, kini semakin hari semakin lambat kekadang sampaikan tertinggal terus. Anda alpa, anda lupa dan anda hanyut dengan kemewahwan dunia. Anda sibuk dengan bisnes anda sehinggakan lupa memberikkan kasih sayang yang sepatutnya kepada isteri dan anak-anak anda. Bukankah nabi pernah bersabda. Menuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad? nak tahu apa sebabnya Nabi menyarankkan kita agar menuntut ilmu sehinggalah ajal menjemput kita?

Sebab, kita ini sering lupa. Kita sibuk mengejar kekayaan dunia, dan kita lupa kepada ALLAH yang memberikan nikmat kepada kita. Jadi, oleh sebab itu kita lalai akan tanggungjawab kita di dunia ini. Kita hanya menggangap bahawa harta boleh menyelamatkan kita di dunia ini, namun tidak di akhirat sana wahai kawan-kawan pemuda-pemuda yang bakali memimpin dunia kelak. Siapkan diri anda dengan ilmu agama dan berlapang dadalah menerima teguran daripada sesiapa sahaja asalkan benda itu betul dan bermanfaat. Rendahkah ego anda dan tinggikan martabat anda. Tiada anda tahu bahawa doa anak yang soleh itu akan menjadi penyelamat di di neraka kelak daripada kita sakit di azab atas dosa-dosa kita? Kita buta dengan kemewahan dunia dan kita lupa akan pelaburan jangka masa panjang? adakah kita inginkan harta-harta kita yang bertimbun-timbun itu mendoakan kita? pasti tidak kan.. Jadi, berubah wahai lelaki sekarang.. Tak sanggup melihat penderitaan yang berlaku kepada makcikku itu berulang lagi.. memang perit..
Di saat di ada segala-galanya. Di saat itulah kita aka diuji dengan perempuan, kita akan curang kepada orang yang tulus ikhlas melahirkan anak-anak kita, mejaga dengan penuh kasih sayang, yang telah meletakkan sepenuh jiwa raganya untuk untuk membesarkan pemimpin di masa dengan.. Mengorban masa tidurnya untuk menjaga mereka supaya tidak digigit nyamuk. Tidakkah kalian menghargai semua itu? adakah kali buta? sebenarnya kalian lalai dengan kemewahan dunia sehingga mengabaikan ilmu agama..
Nasihat syawal yang naif ini dan bercakap melalui apa yang syawal lalui selama bertahun-tahun ini dan agar menjadi peringatan kepada diri ini.. Tak bermakna syawal melarang anda untuk mengejar harta dunia, berniagalah, berbisneslah.. tapi satu satu pesan yang lupa kepada akhirat. Di samping kita mengajar dunia, kiat berehat sebentar untuk menambah dan menbaiki kebocoran kita di akhirat kelak.. Mudah caranya, di samping kita sibuk mencari nafkah, kita isi masa-masa kita yang terluang dengan mendekatkan diri kepada ALLAH swt..

Alhamdulilah, betulah Allah itu maha adil.. Asalkan kita banyak bersabar, dia akan berikan kepada kita apa yang kita perlukan adan bukannya apa yang kita mahukan.. Syawal doakkan makcik tabah membesarkan 4 orang putera dan seorang puteri.. Jagalah amanah ALLAH  itu agar mereka menjadi insan yang berguna.. Akhirnya lepas rindu untuk mencium kamu wahai adex yang comey lagi cubby.. dulu tak secubby ini.. sekarang semakin membesar ye.. ceq nak angkat macam dulu dh tak larat.. yang lain-lain pulak semakin lama semakin besaq daripada ceq... Adoii.. kena makan banyak sikit nie. Apapun lepas jua kerinduaan ini.. 

No comments:

Post a Comment