Tuesday, August 6, 2013

Kepulangan yang dinanti..

Assalamualaikum da salam sejahtera semua..

Terasa masa kian berputar terlalu cepat, terasa diri ini semakin tua, semakin bertambah tangungjawab, dan semakin banyak yang perlu difikirkan. Dulu, semasa zaman sekolah sangat enjoy lepak siang malam, pagi petang. Main sana, main sini. Cukup bulan ayah dan mama akan bagi duit belanja. Mudah sangat hidup ketika itu, tanpa memikirkan apa-apa masalah. Namun, atas kelalaian dan kesenangan hidup ketika muda-muda dahulu ada harga yang perlu dibayar. Kadang-kadang mampu membayar, ada ketika tidak ternilai untuk membayarnya..

Petang yang indah telah diganggu.. Hehe.

Dalam duk seronok berehat di suatu petang, tiba-tiba petang syawal diganggu oleh incik mama yang hendak pergi bershopping.. Huarghh. Muka ini lagi. Cheh, jangan duk mengada la syawal oii.. Memang muka hang la kena p teman mak hang nie. Tapi, sebelum-sebelum ini mak syawal selalu ja pergi beli barang sendiri. Tapi disebabkan kemalangan dan tangan patah hari tu yang membantutkan incik mama nak pergi bershopping sendiri melainkan barang yang dia nak beli tu besaq kedabak, banyak bertan-tan sebabnya tukang angkut mamat nie la. HAHA .. Lagipun bila lagi incik mama nak bermanja dengan anak dia ini melainkan cuti semester ini sahaja.. Kihkih.. Nak harapkan adik yang kecik tu harap ja tinggi melangit tapi keja duk bilik dengan penakut nak bawak motor. Muka ini la yang selalu duk p menyakat dia kat bilik kalau ceq keboringan.. HEHE. maaf la adik.. Ceq mmg lagu tu. Okay, bawak la inik mama p shopping dekat pasaraya mydin nie.. Ceq ingatkan nk shopping sikit sahaja. Nie sekali periuk belanga, gelas, sabun, pencuci, cecair, sayur, ayaq oren sunquick, dan bermacam-macam lagi la sebab ceq dh lupa.. HAHA, nak buat kenduri ka apa nie.. Sebenarnya ini adalah kelengkapan untuk hari raya nanti. Kawan-kawan jemput datang rumah lah.. Sebabnya ada tukang masak khas daripada serawak diterbangkan khas ke kedah.. HEhe, iaitu kakak ipaq syawal. Dia bersama-sama abang syawal akan pulang beraya di kampung kat kedah nie, sebab tu mak ceq bershopping sakan di samping nak meyambut menantu dia sampai kat airport sultan abdul halim malam nanti.. Siang-siang nie perbeli barang siap-siap. Manakan tidak semasa ceq p kat serawak dulu, Kakak ipaq ceq nie hari-hari masak, nasib tangan mak ceq sakit ja time tu. kalau tidak mesti mereka berperang kat dapuq tu.. Tapi yang untung siapa lagi kalau bukan tukang makan nie.. Pergh.. memang sedap la. Rasa macam nak duk kat serawak ja.. Hehehe.

Malam tu pulak, abang syawal dijangka tiba dalam pukul 9 setengah macam tu la. Jadi, syawal dengan incik mama pergi la solat tarawih berdekatan dengan airport. senang sikit nak p amek anak kesayangan mama ceq nie. Ditambahkan nak tengak cucu dia yang dulu duk haluih-haluih ja.. sekarang dh besaq sikit dan sangat buat.. Abang ceq kata, kalau ada kerusi roda, memang satu taman perumahan nie dia nak pusing. hehe. Biasa la budak-budak, kalau orang yang yang jarang jumpa atau tak kenal mesti kan merungut sikit.. Apabila tok dia nak pegang cucu dia, mula la merengek nak teriak.. Anak menakan syawal ini nama dia farah anis, umur dah nak masuk setahun dh.. Tapi, bila syawal panggil nama dia sampai goyang tangan dia dia mulai tersenyum dan buat muka comey.. hehe. nmpak permainan dia di situ.. Dia minat orang ansem-ansem sahaja taw. Biasa la perempuan, memang fitrah dia macam tu.. Dari kecik nampak kan? siapa setuju. Ambai syawal hang kalau nak mengata kat kaum-kaum kami nie memang padat-padat noh.. hang jangan duk perasaan dan mengada sangat la, dah la tak ansem budak tu mesti senyum paksa ja tu " Bising mak jemah".. HAHA, tula syawal kan dh kena beletiaq. kerap sangat duk perasaan.. Hehe, maaf lah ceq memang lagu tu. Biaq laaah.

Penat, letih melayan karenah Farah Anis ini. Cantik rupanya seindah nama. syawal geram tengak kalau farah anis nie pakai tudung, kecik2 dh diajaq tutup aurat. kan bagus kalau macam tu. Semoga anak menakan syawal ini menjadi anak yang taat kepada kedua ibu bapa yer.. Mata dia bulat sangat, cantik.. Tapi ceq suka mata sepet sebab nampak ayu.. Cantik dan ayu berbeza okay. HAHA, toksah duk merapu la syawal oii.. apapun bentuk fizikal adalah ciptaan ALLAH swt. Tak kiran tinggi pendek, panjang semua adalah yang terbaik Allah swt ciptakan untuk diri kita. jadi bersyukurlah atas segala kurniannya okies? pesanan ini untuk diri ini yang lemah dan kawan-kawan semua. Semoga di di dalam rahmatNya insyaALLAH. 

Menunggu lagi dua orang abang pulang. HEHEEE


Tudia-tudia FARAH ANIS.

Nak buat juga la muka terkejut, kot-kot jadi comey macam nie.. HAHA


No comments:

Post a Comment