Thursday, August 29, 2013

Ibrah daripada orang OKU..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Anda tahu apa itu ibrah? maksudnya saya pun tak pasti. Tetapi mengikut pengetahuan saya yang jahil ini adakah satu pedoman, kejadian, atau nasihat yang kita perolehi daripada sesuatu benda yang berlaku. Bercakap berkenaan orang OKU pulak sah-sah hampa semua tahu kan kan ialah orang Orang Kurang Upaya. Syawal berharap kawan-kawan tidak tergolong dalam kumpulan ini. Jika ada, bersyukurlah kerana anda semua adalah orang yang terpilih dan tidak semua akab menjadi anugerah itu. Bahkan anda adalah orang yang paling mulia di sisi ALLAH swt.. Cekalkan hati dan kuatkan fikiran. 


Nak kongsi satu kejadian yang benar-benar membuatkan syawal terfikir panjang. Adakah kita yang sihat tubuh badan, akal minda, kaki, tangan mata dan seluruh anggota tangan yang lengkap ini bersyukur atas nikmat yang ALLLAH berikan kepada kita? adakah kita menggunakan nikmat ini dengan sebagainya? sebagai nikmat tangan? adakah kita menggunakan nikmat tangan ini ke jalan yang diredainya? adakah kita menggunakan tangan ini untuk menyakiti saudara-saudara kita? menyakiti diri kita? Baru-baru ini tergempar dengan kes seorang suami yang memukul isterinya di lif disebabkan salah faham ? nauzubillah. Semoga kita semua dijauhkan dengan perkara tersebut. Nampak permainannya di situ? apabila kita memiliki segala-galanya mungkin kita ada melupai apa yang paling berharga dalam hidup kita..

Kejadian di mana, dpp yang yang syawal duduk sementara semasa kursus induksi ini dipanggil Tradewinds. Hal ini disebabkan dpp tempat yang syawal menginap belum diberikan duduk kerana masuk dalam proses renovation. Jadi, ada pelajar yang awal datang dibenarkan menginap di Dpp ini. Diberitakan bahawa uum akan menerima 2 orang pelajar yang OKU iaitu seorang cacat penglihatan dan seorang lagi pekak? Nampak, orang yang kekurangan sesuatu pun boleh menjejakan kaki ke universti.. Apatah kita yang serba serbi cukup anggota badan ini? masing sombong untuk bersyukur?

Syawal terlihat ahli keluarga salah orang OKU ini datang awal untuk menghantar anak mereka masuki universiti. Syawal sangat kagum dengan keluarga ini kerana walaupun memperolehi anak yang kurang upaya, mereka mampu untuk mendidik anak mereka sehinggakan berjaya menjejakkan kaki ke universiti.. Jelas di sini, apa yang syawal ingin cuba sampaikan ialah setiap orang diberikan ujian masing-masing. Setiap ujian yang kita terima adalah berbeza dan mengikut kemampuan kita. Sekiranya kita meletakkan seluruh pengantungan kita kepada ALLAH swt semata-mata dan kita berusaha dengan apa cara sekalipun. InsyaALLAH kita berjaya dan janganlah apabila kita tidak berjaya kita sudah berputus asa kerana sudah pasti yang perancangan yang lebih baik lagi kita di kemudian hari.

Melihat kepada keluarga ini, setiap ahli keluarga ini yang suportive. Walaupun menghantar abng atau adik mereka, satu keluarga datang dengan jumlah yang agar besar dalam 7 orang mcm tu la semata-mata ingin menyokong ahli keluarga mereka bejihad menuntut ilmu. Itulah yang syawal dapat lihat daripada bilik syawal kerana bilik yang syawal menginap sementara ini bertentangan yang bilik mereka menginap.

Sementara itu, selesai urusan mereka di situ.. mereka pun balik dan meninggalkan pelajar itu. Ada satu kejadian di mana pelajar itu baru selesai membersihkan diri dan ingin masuk bilik.. terkial-kial hendak membuka pintu bilik mungkin tidak biasa hidup berdikari dan mungkin mengalami masalah penglihatan. waktu itu waktu magrib. Disebabkan bilik yang syawal duduk macam bilik pendatang indonnesia sahaja kerana 1 bilik duduk 6 orang kot, itu tak kira lagi orang yang mai duk melepak kat bilik dia.. memang penuh la. Syawal duk aras tiga dan malas nk turun di tingkat bawah bilik tu alamak terkantoi kemalasan anda itu dan budak oku itu duduk di aras number 3.. Hehe, bukannya apa, kat surau itu banyak orang berkulit hitam, jadi takut sikit nak pergi... haha, alasan sahaja hang nie syawal oii.. hang apa taw? ish2.. sudah2 jangan bergaduh disini. Nak sambung cerita nie, dan ketika itu waktu magrib. Pelajar itu sedang terkial2 nak buka kunci pintu pun ternampak la syawal kerana biliknya sama aras dengan surau itu.. Jadi, syawal masuklah nak menunaikan solat magrib, tiba-tiba syawal terdengaq bunyi selipar yang berdecit-decit.. hampa tahu tak bunyi yang macam kalau silipar kita ada ayaq(air) pastoh kita jalan laju2 dan seliper itu bergesel dengan kulit kaki kita.. syawal cukup takleh dengan bunyi selipar tu.. Rasa geli.. hihihi.. Rupa-rupanya dia nak bersolat berjemaah dengan syawal disebabkan dekat dpp itu pun tak ramai lagi pelajar dan cuba dia yang sampai awal disebabkan rumah jauh. 

Selesai itu, syawal bersembang sedikit dengan dia.. Alhamdulilah, banyak juga perkara ini yang selalu ini syawal tak tahu dia ajarkan. Nak tahu, anda alamilah sendiri ye.. hehe, apa yang saya boelh kongsi adalah nasihat dia kepada syawal. Nak jadi orang macam nie, kena banyak sabar, kalau boleh sabar, dan terus sabar. Ibarat kita nak berhadapan dengan orang yang degil la. Jangan terus marah dia kalau dia degil, berlemah lembut dengan dia, cukup dekati dia. dan didilklah dengan berhikmah. Itulah apa yang ibu bapa saya ajarkan kepada saya untuk hidup berdikari ini. Orang macam saya bukannya degil sangat, tapi kami tiada pilihan untuk mendapatkan perhatian. Jadi, hampa nampak apa ibrahnya di sini? pesanan ini ditujukan khas buat diri ini dak lelaki di luar sana.. Jadilah lelaki yang baik.. Tengak pengambilan pelajar lelaki kat UUM pun dh nk termuntah.. HAHA.. 700 orang daripda 3000 pelajar ? nampak bezanya tu? info daripada kursus tersebut.. tak tau la betul ke tak..

sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment