Friday, August 23, 2013

Hargailah orang di sekeliling kita,,,,

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabaq kawan-kawan semua, semua berada dalam keadaan sihat sentiasa. Semoga berada di bawah rahmat ilahi. Berbuat baiklah kepada orang selagi mana anda mampu kerana mungkin selepas ini kita mungkin tak mampu melakukan perkara yang sama. Syawal masih teringat kata-kata seorang sahabat syawal. Dont find the prefect time, but make the time is prefect.. hihihi macam tu la kot.. Kadang-kadang bila terfikir balik betul juga kata-katanya.. Jangan kita terlalu mencari masa yang sesuai untuk melakukan sesuatu, maka jadikan masa yang ada adalah sesuatu yang terindah bagi kita. Mudah kan? tak mungkin kita akan memperolehi saat-saat indah itu semula kan? terima kasih ya ALLAH atas segala nikmatmu dan peluang-peluang yang telah engkau berikan kepadaku.. Segala yang telah terjadi dan tersurat dalam ini adalah yang terindah buatku.. Walaupun, diri kita sering diuji, namun ujian yang kita terima itu adalah sesuai dengan kita ada mesti ada sebabnya di berikan ujian seperti.. Bagi syawal itulah cara Allah swt hendak mengajar kita erti kehidupan.. Dont things your are weak because i will make you strong :) i will be there for u...

Kehidupan ini.. terlalu singkat. yang hidup akan pergi. Mungkin selepas ini giliran kita pula? jadi di kesempatan ini syawal ini memohon ampun kepada ALLAH dan kepada anda-anda semua seandai terguris, terluka, terkasaq dan menyusahkan sahabat-sahabat semua.. At least jika kita tiada di dunia ini. ada juga orang baca dan akan mendoakan kita di alam satu lagi betul tak?

Yang hidup pasti merasai mati.. Jadi, adakah kita sudah bersedia? belum bersedia? alhamdulilah la kalau begitu. Sekurang-kurangnya kita masih bertatih-tatih untuk menjadi yang lebih baik kan? syawal doakan sahabat-sahabat semua istiqamah dalam setiap perbuatan yang anda lakukan. Syawal sering doakan agar dia menjadi seorang muslimah yang baik agar dapat mendidik umat-umat Nabi Muhammad. Dapat melahirkan panglima-panglima yang memartabatkan syariat islam.. IsyaALLAH, apa yang diberikan olehNYa itu adalah yang terbaik.. Melihat perubahannya, terdetik di sudut hati ini... Hidayah itu milik ALLAH swt.. bukannya kita.. Selain itu, kita akan merasai akan kekuatan berdoa. Jika kita yakin.. Pasti benda itu akan berlaku.. Seronok sangat.. Batu yang keras kalau dititikkan air pun lama-lama akan menjadi lembut dan terbentuk lengkuk.Betul tak? 

Dia pandai menjaga diri... walaupun kekadangan sering tersasar, itu adalah perkara biasa. Tak ada manusia yang sempurna di dunia ini kecuali nabi yang bersifat maksum.. Jadi, manusia ini saling menlengkapi. Masing-masing akan menampal dan membaiki kelemahan antara kita semua.. Cantik kan aturan ALLLAH?

Namun, kadang-kadang kita lupa. Dalam hidup ini kita sering mahukan yang sempurna dalam hidup kita. Mahukan hidup kita sentiasa sempurna. Tapi kita kadang-kadang lupa bahawa diri kita ini tak sempurna.. Sampai orang yang sering menampal kelemahan kita pergi megadap ilahi.. Baru kita akan sedar betul tak?

Ada satu kita yang saya dengaq dari seorang ustaz.. Ada seorang isteri yang berkerja sebagai cikgu.. Sudah 14 tahun kahwin dan tidak dikurniakan anak. Isterinya rajin berkerja dan sehinggakan naik pangkat sama dengan gred pengetua yang bergaji dalam rm5000 lebih.. Namun, suaminya hanyalah lepasan spm dan berniaga ayam sahaja.. Memang jauh berbeza dengan isterinya yang berkerjaya dan mempunyai gaji besar. Isterinya sering mengeluh, apabila ada dinner atau function apa-apa untuk membawa suami hadir bersama. Dia cakap, suami dia hanyalah peniaga ayam. dah la pakai selekeh, muka pun macam ayam. Tapi satu yang syawal hormati. Walaupun suaminya tak bergaji besar, namun beliau tak lupa untuk memberikan nafkah kepada isterinya walaupun bergaji kecil. Selama 14 tahun mereka brkahwin. Mestinya suaminya tidak aku miss untuk membeli dua bungkus nasi untuk makan bersama-sama isterinya untuk makan bersama-sama... Bayangkan selama 14 tahun? suami walaupun peniaga ayam sahaja.. Masih menunaikan nafkah memberi isterinya makan walaupun isterinya bergaji besar.. Sehingga sampai satu tahap isterinya tak tahun dicemuh oleh rakan sekerja atas perihal suaminya yang selekeh itu.. Mulanya isterinya tidak menghendahkan suaminya dan bertanya kepada ustaz untuk meminta cerai.. Sampai satu malam, isterinya penat menjalani aktiviti sukan di sekolah pada petang itu adan ingin berehat pada malamnya.. Seperti biasa, suaminya yang pulang daripada berniaga ayam akan tetap pulang ke rumah membawa 2 bungkus nasi walaupun menyedari isterinya semakin tidak mengendehkannya.. Suaminya dengan lembut memanggil isterinya untuk makan bersama-sama. Lalu, isterinya dengan acuh-tak acuk menjawab abang makan la dulu,, penat nie nak rehat sebentar.. nanti kalau rajin saya pergi makan la.. Namun, beberapa minat kemudian.. Suara suaminnya tidak kedengaran. Mengundang kemuskilan daripada isterinya kerana suaminya ada tetap memanggilnya dengan lembut walaupun dia membuat perangai..
Isterinya bergegas melihat ke dapur dan alangkah terkejutnya mati dengan di sebelahnya masih terbungkus rapi nasi yang dibeli untuk isterinya.. Isterinya menangis dan meraung memohom maaf kepada suaminya.. Suaminya mati terkena serangan sakit jantung..

Lihat situasi di atas kan? itulah masalah kita yang tidak menghargai apa yang ada didepan kita? apabila kita kehilangan sesuatu itu.. Barulah kita sedar akan kelemahan diri kita.. Tapi, apa pun. semua ini adalah ujian kepada kita.. Jadi, hargailah orang disekeliling kita terutamanya ibu-bapa kita dan adik-beradik kita.. Balaslah jasa mereka selagi mereka bernyawa.. 

No comments:

Post a Comment