Monday, August 12, 2013

Masa akan berlalu, tetapi memori tetap di hati..


Budak Kolej Batch 0509
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

   Betul cakap orang tua-tua, masa itu emas. Masa adalah sesuatu yang sangat bernilai. Maka, beruntunglah orang yang menggunakkan masa yang diberikan dengan sebaik-baiknya. Setiap orang telah dicoretkan oleh Allah swt dengan jalan cerita yang tersendiri. Ada cerita orang itu sentiasa berjaya dan tak pernah gagal. Namun, siapa tahun andai kita tidak mensyukuri nikmat yang diberikanNya kita akan jatuh tersungkur juga suatu hari nanti. Ada cerita orang itu akan gagal pada permulannya, langkah seterusnya pun akan terus gagal. Tetapi, berbekalkan semangat tidak mudah berputus asa seseorang itu akan bangkit semula meyapu luka di kaki dan terus mendaki. IsyaALLAH suatu hari nanti akan berjaya.

  Syawal bukannya hendak mendabik dada atau riak, tetapi cuma ingin berkongsi pengalaman dan mensyukuri nikmat yang Allah swt kurniakan kepada diri ini yang jahil ini. Banyak perlu lagi perlu belajar. Pengalaman gagal dalam hidup telah membuka lembaran baru dalam hidup ini agar lebih tabah menghadapi dugaan di dunia ini. Namun, di saat diri kita di uji dengan pelbagai ujian. Terdetik di hati ini bahawa ada orang yang lebih gagal daripada malah lebih teruk lagi ujian yang menimpa mereka. Jadi, terasa kerdil atas ujian dan rahmat yang telah diberikan. Apabila menyebut tentang manusia, tidak tercapai dek akal memikirkan ragam manusia yang pelbagai, cuma Allah swt sahaja yang tahu untuk mengawal manusia seperti mana yang telah di dicatatkan di dalam Al-Quran. "Tidak akan jadikan manusia agar beribadat kepada aku"
Maksudnya:“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepadaKu"
Surah Al-Dzariyat:56
Apabila kita bercakap soal ibadah, mesti terbayang-bayang kita orang Masjid, orang yang dua puluh empat setengat jam berada di dalam masjid. Bersolat, berzikir, berdoa, berqiam, membaca al-quran dan sebagai sehingga melupakan dunia semata-mata hendak mengejar akhirat. Tapi semua tidak bukan segala-galanya dan menjamin kita untuk masuk ke syurga. Cuma mentaliti orang islam khususnya orang melayu termasuk syawal sendiri yang berfikiran orang yang paling banyak ibadatnya lebih layak ke syurga. Tapi, masa itu syawal kecik lagi la.. Tak tahu apa, sehinggakan ada ustazah syawal semasa kat kafa dulu sering bercerita. Syawal ringkaskan jela.. HEhe, ustazah nie yang kerap duk pulas telinga ceq.. Masih hangat lagi terasa telinga ini apabila dipulas disebabkan kenakalan yang tak dapat dikawal. Semasa zaman rasulullah, ada seorang pemuda yang sangat zuhud, siang malam, pagi petang hidupnya hanya kepada Allah swt. Paginya berzikir kepada Allah yang Esa, makanan tengah harinya ialah bacaan Al quran, petang riadahnya adalah mengigati Allah serta malamnya di selangi dengan solat taubat dan berqiam kepada ALLAH. Sehinggakan pemuda itu lupa akan urusan dunia. Meninggalkan terus dunia semata-mata untuk beribadat kepada Allah. Namun, apabila bila para sahabat bertanyakan tentang perihal pemuda yang zuhud itu kepada rasulullah. Rasulullah bersabda " Nescaya pemuda itu seorang yang rugi kerana meninggkan urusan dunia semata-mata kerana Allah swt"

 Kawan-kawan nak tahu kepada? sebabnya ialah dragon ball ada 7 biji kesemuanya... HAHAHA, adus syawal janganlah meregei sangat syawal oii. Biasa lah time kecik-kecik dulu cerita Dragon Ball memang favourite la. Definisi beribadat tidak semestinya kita siang malam berada di masjid.. Kalau kita berkerja untuk menyara anak bini, ibu bapa, adik beradik pun dikirakan sebagai ibadat. Asalkan kita berniat apa yang kita lakukan ini adalah semata-mata kerana Allah swt. Hidup kita ini selalu diberikan bermacam-macam nikmat, tapi sampai suatu tahap kita akan mulai lupa dan meninggalkanNya. Kemudian, kita akan diberikan ujian sebagai peringatan kepada kita supaya kita balik kepadanya. Selagi kita hidup ini, kalau boleh diberikan kesempatan untuk berbakti kepada ibu bapa, gunakanlah kesempatan itu. Jadi, jadi macam syawal ini. Sangat nakal dulu, duk rumah memang tak dak lah. Kerja nak meronda hidup berdikarilah katakan. Tapi, kita ini selalu buta, buta mata, buta perut, buta hati. Merekalah yang sering menghubingi kita untuk bertanyakan keselamatan, keadaan, dan kesihatan kita. Tapi Allah itu Maha Adil, sejauh mana kesilapan kita, masih ada ruang dan peluang yang terhidang kepada kita untuk diperbaikinya. IsyaALLAH.

  Sejarah itu unik, kerana dengan sejarah kita boleh melihat masa depan. Eh, macam mana itu encik syawal? Benda yang syawal pegang selama ini. " Orang yang mengenal sejarah tidak akan melakukan kesilapan untuk kedua kalinya" Tak salah orang yang melakukan kesilapan dalam hidupnya kerana itu akan menjadi pengajaran kepada seseorang itu di masa depannya. Untuk pegetahuan, semua orang ada skrip atau jalan cerita masing-masing. Jadi, janganlah kita salahkan orang lain atas kesilapan yang telah mereka lakukan. Peringatan ini dikhususkan kepada diri ini.. Terutamanya lelaki, sebab anda semua adalah khalifah kecik, khalifah yang akan memimpin sebuah keluarga. Jadi, anda kena lembut dalam ketegasan ye. Janganlah jadi lembut sangat nanti orang cakap pondan pulak. HAHA. Ada orang yang belajar daripada kesilapa-kesilapan orang yang lebih tua daripadanya, sebagai contoh dia mempunyai abang, kakak, atau adik beradik yang terdekat. Telah membuat sesuatu kesilapan. Jadi, bagi orang yang belajar daripada sejarah yang telah berlaku, adakah ia akan melakukan kesilapan yang sama? fikirkan. Namun, tak semua orang akan belajar daripada sejarah kerana orang itu akan melakukan kesilapan itu sebagai iktibar kepada orang lain. Oleh itu, anda perlu berbangga melakukkan kesilapan kerana atas kesilapan anda itu telah membuatkan orang lain tidak melakukan kesilapan yang sama? faham tak maksudnya? Apa yang penting kita kena berfikiran positif.. Berbanggalah melakukan kesilapan dan belapang dadalah dalam memaafkan orang lain. Lebih baik tersalah ampun daripada tersalah hukum.

Sekarang kita dalam fasa kematangan. Tiada lagi berada dalam fasa kejahiliah, berkat bertemu kembali dengan kawan-kawan lama telah membuka seribu satu persoalan. Sahabat-sahabat kita di sekolah dulu yang kita lihat mempunyai pontensi untuk berjaya, terkandas ditengah jalan. Kawan yang kita tengok tidak mempunyai masa depan sekarang telah berjaya dalam kehidupan berdasarkan keputusan yang telah dibuat. Apapun yang te;ah ditakdirkan kepada kita, kita harga perlu corakkan kehidupan kita agar lebih menarik dengan menggunakan warna kesukaan kita sendiri. Gunakan tangan kita sendiri. InsyaALLLAH kita akan berjaya.. syawal doakan sahabat-sahabat semua berjaya di dunia dan akhirat.

Ada kawan yang dulu, berhingus sama-sama. duduk bilik sekali, pergi sekolah sekalim mandi sekali, sabun pun sekali dan sekarang kita tak menjangka bahawa dia akan menjadi ahli politik yang sedang meningkat naik. Apa pun pekerjaan atau apa yang sedang kita lakukan ingatlah semua ini kerana ALLAH swt.. Semoga kita mendapat berkatnya. Selain itu, ada kawan yang semasa di hostel dulu telah menunjukkan ciri-ciri seorang usahawan kini dengan hanya menjuat nasi lemak time pagi-pagi. time malam jual buger pulak dengan ayaq bungkus sekali. Sekarang telah mempersiapkan diri untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.. Tambahan pula, kawan yang kita duk nakal sekali kini telah berubah 360 darjah. Kini telah berjaya menjadi seorang daie walaupun bukanlah berkelulusan daripada sekolah agama. Sila lawati lama webnya Dakwah Makan Dalam. Banyak lagi yang ingin syawal kongsikan. Tapi biarkan di entry yang seterusnya isyaALLAH. Apapun yang berlaku dalam hidup kita itu adalah atas izin ALLAH swt. Apa yang penting kita kena reda. Tak begitu kawan-kawan?



Tahun depan sila la datang lagi.. isyaALLAH

No comments:

Post a Comment