Wednesday, August 21, 2013

Melayani telatah kanak-kanak..


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Seronok melihat sahabat syawal menyantui kanak-kanak. Ketika ini sahabat syawal baru selesai mengajar mereka megaji Al-quran.. Sifat macam ini perlu ada dalam diri kita terutamanya lelaki. Kanak-kanak ini unik, mereka sangat aktif dan bermacam-macam benda mereka nak cuba lakukan. Kita sebagai orang yang lebih dewasa daripada mereka wajar menyantui mereka dengan lemah lembut dan menjadi mentor mereka. Kanak-kanak ini sukakkan perhatian, jika kita berikan sepenuh perhatian kepada mereka dan apa yang mereka ingin sampaikan, syawal percaya mereka akan suka kepada anda.. Wahai lelaki di luar sana. Marilah kita menjadi pemimpin kepada generasi baru. Didiklah mereka yang akhlak yang baik. Pesan sahabat syawal di hujung perbicaraan...

Apabila melihat gambar ini, terkenang semasa kelas megaji alquran dulu.. Tak larat nk layan sembang dengan kanak-kanak.. Orang tua-tua cakap kalau boleh sembang macam kenai dah lama.. Sampai kering ayaq liuq nie duk sembang dengan mereka.. Macam-macam cerita mereka ada.. Kalau nak lebih dasyat lagi boleh bukak kedai kopi sembang dengan kanak-kanak..

Apabila merenungkan usia semakin meningkat.. Alangkah indahnya masih kanak-kanak.. Boleh sembang merapu sepuas-puas.. HEHEHE..

No comments:

Post a Comment