Wednesday, August 7, 2013

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

Klik untuk gambaran yang lebih besar. Credit langitilahi


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nampaknya bulan Ramadhan yang dicintai sudah melabuhkan tirainya. Maka, bulan syawal akan menjelma. Terasa sayu, sedih apabila bulan yang datang hanya setahun sekali dengan membawa seribu rahmat akan pergi meninggalkan kita. Fitrah alam, setiap pertemuan ada perpisahan. Jadi, kita kena belajar untuk reda dan menerima segala apa yang telah ditetapkan. Akan tetapi, diri ini sangat lemah. Lemah terhadap perpisahan. Perpisahan yang mungkin membawa kegembiraaan, mungkin membawa kesedihan. Ia bergantung kepada diri kita atas segala perbuatan yang telah kita lakukan sepanjang kita bersama dengan seseorang itu Oleh itu, gunakkan kesempatan dan ruang serta waktu yang telah diberikkan kepada kita dengan sebaik mungkin kerana pada akhirnya perpisahan akan berlaku jua. Diri ini semakin hari semakin untuk belajar erti perpisahan. Terima kasih ya Allah kerana mengajarkan aku tentang erti perpisahan agar aku lebih tabah menghadapi kehidupan. Sesungguhnya apabila kita telah menggunakkan kesempatan yang terhidang kepada diri kita, inysaALLAH kita akan mudah untuk menerima sebarang perpisahan.

Jadi, cuma tanya kepada diri kita. Adakah kita telah menggunakkan segala nikmat yang telah diberikan kepada selama sebulan ini? Saya berharap anda sekalian dapat merasai nikmatnya bertemu dengan Makcik Laila.. HEhe. Eh, siapa pula Makcik Laila ini? adakah Makcik yang menjual ayam golek bermadu di bazar Ramadhan di rumah anda? salah. Makcik Laila adalah Malam Lailatur Qada yang yang rahsiakan harinya khas untuk hamba-hambanya yang beriman dan bersungguh-sungguh beribadat kepada Allah swt. Dikatakan Macik laila menawarkan pakej pahala berlipat kali ganda serta diskaun kepada dosa-dosa yang telah kita lakukkan sebelum ini. Jadi, megapakah kita malas untuk merebutnya? kalau mall-mall besaq buat sale buat main kita bertandang ke sana duk merebut Mega Sales.. Mudah-mudahan Sales yang Allah swt berikkan kepada kita dimanfaatkan sebaik mungkin.. InsyaALLAH.

Bagi lelaki-lelaki di luar sana bagimana dengan ibadat anda? dapatkah anda mengkhatam Al Quran pada bulan Ramadhan ini? Hampa yang bagi alasan kalau tak dapat habiskan Al quran pada bulan puasa ini. Hampa bukannya ada uzur pun. Malu ja kat perempuan kalau hampa tak dapat habiskan kita suci Al quran. Jadi, kenapa kita malas. Termasuk diri ini.. Memang lemah, tak kuat. Nasib baik ada incik mama dengan selalu belitiaq hari-hari.. Kalu tak mmg tak dah la.. Kadang-kadang orang hairan kepada syawal suka kena belitiaq, sebab belitiaq tu kadang-kadang menyedarkan kita dan mengingatkan kita. Jadi apa salahnya kita mendengaq leteran itu. Betul tak? tapi masalahnya bagi kaum Adam ini ego sahaja. Tak leh dengan bising sikit kerja nak melenting. Ketika itu kita boleh tahu tahap ilmu seseorang.. Jadi, berubahlah kawan-kawan yang syawal sayangi sekalian. Boleh tak? please.. HEhe. Okay. stop bab beletiaq. Jadi kalau hampa ada mak, kakak, adik, isteri yang suka beletiaq just listen okay!.

Alhamdulilah, sebelum bulan menjelma. Cuba kita ambil masa kita sejenak yang merenung kepada ibadah-ibadah yang telah kita lakukan sepanjang ramadhan. Cuba kita ikhlaskan hati terhadap segala amal ibadat kita dan berdoalah agar diterima oleh Allah swt. Jangan lepas nanti kita menyesal apa kita terhengeh-hengeh nak beribadat apabila di hadapan Allah swt kelak. Serius kawan-kawan, hidup ini kalau difikirkan kembali sebentar sahaja. Tujuan kita hidup di dunia ini adalah sebagai bekalan untuk kita hidup di akhirat nanti. Jadi, janganlah kita tertipu dengan nikmat dunia ini. Pernahkah kita terfikir kenapa orang yang buat maksiat namun tidak ditimpa bala.? hairan kan? tidakkah anda berfikir bahawa salah satu sifat Allah swt adalah yang Maha Pemurah? betul tak.. Jadi, mahukan kita di akhirat kita sangat menyesal kerana baru menyederi bahawa Allah itu Maha Pemurah walaupun kita sering melakukan dosa dia tetap memberikkan nikmat kepada kita? oleh itu janganlah kita tertipu dan sedarlah daripada sekarang. 

Baiklah, di pagi syawal nanti. Hampa pakat-pakat pakai baju baru ye.. Tak berjenama tak apa asalkan baru. Kalau baju 2 3 tahun lepas pun takpa asalkan baru keluaq daripada almari anda itu. Cuba mengingati kembali sejak bila kali terakhir membeli baju raya. Rasanya hampir 4 tahun syawal tak membeli baju rayu.. Kali terakhir adalah semasa tingkatan 4 atau 5. Itu pun beli dengan incik mama dengan harga rm 50 sepasang dan baju tu saiz besaq pulak. Biasa la kalau p beli dengan incik mama selalunya besaq sebab boleh pakai pada tahun-tahun berikutnya.. Kegembiraan menyambut hari raya it bukannya terletak kepada baju raya namun terletak kepada berapa banyaknya dosa yang berjaya sucikan dalam bulan ramadhan. Di samping itu tak mahu menyusahkan incik papa yang penat berkerja siang malam untuk membesarkan anak-anaknya agar menjadi orang yang berguna kepada Agama, Masyarakat dan Negara. 

Panjang pula syawal bercerita kali ini. Namun, raya kali ini adalah yang teristimewa bagi syawal apabila kali ini semua ahli keluarga akan cuba untuk berkumpul bersama-sama. Masa teringat semasa berbuka puasa semasa abang-abang syawal belum berkahwin dan beranak pinak. Itu pun tak tak muat rumah dan duk kerja bergaduh ja time nak berbuka. Tapi sekaranya sudah berubah persekitarannya apabila masing-masing telah menjadi suami, ayah kepada umat Nabi Muhammad. Semoga abang-abang semua dapat menjadi ayah yang baik kepada isteri masing-masing. Kita masih ada misi yang perlu dikecapi.. akan syawal merealisasikan matlamat itu. InyaALLAH. Misi yang pertama yang diselesaikan.. Jadi, terus berkerja untuk misi yang seterusnya.. Doakkan syawal ye.

Di kesempatan ini, syawal berdoa agar Allah swt menerima amalan kita semua. Dengan rendah hati syawal ini memohon maaf atas kelemahan diri ini yang mungkin telah tersalah cakap, meyusahkan, membebankan, memudaratkan kepada anda semua baik daripada zahir dan batin. Selain itu, semoga kita sentiasa istiqamah dengan tarbiyah ramadhan kita. Daripada sikap malas solat, kita rajin solat, daripada, sifat pemarah kepada kurang sikit pemarah, daripada kurang tutup aurat, mulai tutup aurat dengan lebih sempurna, daripada degil kepada kurang degil, daripada kedekut kepada lebih pemurah dan agar bulan ramadhan kali ini berjaya menyucikan karat-karat dosa kita sebelum ini. 

sebarkan cintaMu.. Fatimah Syarha

tombiroulast

No comments:

Post a Comment