Wednesday, August 28, 2013

Kursus Induksi AJKS sesi 2013/2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dan salam satu Malaysia ucap daripada penceramah yang datang.. Bemulakah kisah hidup yang boring apabila mendengar ceramah. hihihi..

  Saya bukanya nak cerita apa yang penceramah itu cuba sampaikan, tetapi hendak habaq p kat hampa semua kisah di sebalik program yang syawal ikuti di UUM ini. HEhe. Semester yang seterusnya akan bermula dua minggu lagi. Namun, di sebabkan ada kursus untuk orientasi yang bakal berlangsung pada minggu depan, saya terpaksa mengagahkan diri untuk datang ke uum meninggalkan ibu bapa yang tercinta. Demi untuk mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang mulia dan bermanfaat untuk masyarakat. Kaki ini ku gagahi jua untuk melangkah ke Hutan itu semula. Tak mahu melakukan kesilapan yang sama seperti aku dulu.. Dan aku akan pastikan kesilapan yang sama tidak akan berulang kepada generasi muda sekarang. Adoi buat mcam hang dh tua pulak?

  Aku bukannya JKSP dpp pun, ada jawatan pun tidak.. Cuma aku ada satu matlamat untuk mencari sesuatu yang tak pernah aku cari sebelum ini. Iaitu kekuatan dalaman aku, keyakinan aku, keterampilan aku dan sifat kepimpinan aku. Yela, aku kan nnti perlu memimpin sebuah keluarga? mak aku selalu pesan, nak jadi pemimpin kena banyak ilmu, kena berani, kena pandai dan mcam-mcam lagi kena. Namun, itulah kesilapan aku. Kesilap aku yang degil dan hanyut dengan zaman kegelapan dulu. Alhamdulilah, sinar cahaya itu masih aku kelihat, aku cuba bangun, cuba memcari di mana arah itu dan aku pasti akan megekori langkah itu sehingglah aku berjaya kelak.. Doakan syawal ya kawan-kawan. 

 Di sini, aku nampak cahaya itu. Peluang itu aku cuba rebut dan aku akan bukitkan bahawa aku mampu melakukannnya. Membina keyakinan untuk masa depan.. IsyaALLLAh

 Kem induksi minggu suai kenal pelajar baru UUM bagi sesi 2013/2014. Aku mejalani kursus ini selama 4 hari bermula 4 hari yang lepas la.. hehehe.. Pelbagai aktiviti, ceramah, info, input, dan kawan yang aku dapat sepanjang kursus ini berlangsung. 

  Cuma syawal nak kongsikan saat-saat yang terindah ja dengan hampa semua ini.. Boleh tak? tapi jangan jeles. Aktiviti golek bola. Kami AJKS dan stand for syawal pun tak tahu sebenarnya, tapi untuk pengetahuan hampa semua dia macam fasilitator yang akan menguruskan pendaftaran untuk pelajar baru la. hehe. Jadi, kami perlu menjalani kursus ini untuk memastikan kami bersedia untuk mengurus pelajar-pelajar baru nanti. Berbalik kepada aktiviti golek bola. Kami semua di berikan sebijik bola, dan dua batang ranting. Kami diarahkan untuk mengolek bola itu secepat super saiya yang mungkin untuk sampai kebarisan yang terakhir. Kami menggunakan keseluruhan kekuatan kami untuk menolak bola yang ringan macam angin itu.. hehe. Kemudian, pasing la ranting itu kat kawan sebelah, pastoh pasing la lagi.. Siapa paling cepat pasukan itulah yang akan menang.. Alhamdulilah pasukan syawal tak memang pun disebabkan bukan rezeki pun..

  Lagi satu, syawal sebenarnya tak kenal sangat orang-orang dalam AJKS ini. kebanyakkan senior sahaja.. Junior pun ada la juga, tapi kurang nk kenal.. HAHA. Mesti hampa hairankan.. Syawal sebenarnya susah nak baik dengan orang, tambah-tambah orang yang tak dikenali dan orang asing. Kalau saya ditempatkan di situ.. memang muka aku tak senyum dan tak tengok orang dan diam ja.. Sampaikan mmber aku kat group lain tegur.. awat muka ketat sangat senyum la sikit.. Sori la bro.. memang macam ni.. Tambah-tambah kalau ada perempuan.. Memanglah menjadi kelemahan utama aku. Dh la hidup dengan kehidupan kelaki sahaja semasa di sekolah dulu sampai tingkatan 6. Kemudian, adik beradik semua lelaki.. Memang aku anti perempuan lahhh.. kecuali mak aku sudah semestinya dan orang yang aku selesa berkawan dan orang yang aku sayang.... Memang aku sembang mcm tak ingat dunia la.. Hehhe, Sepanjang aku hidup 21 tahun kat muka bumi ini, boleh kiran dengan jari orang panggil aku abg. Paling tak suka.. HAHA, dulu waktu aku senior kat Kolej dulu ada juga junior2 pakai aku abg.. aku buat buat terima walaupun segan.. HAHA.. al least itu tandanya dia hormat. betul tak.

  Nak cerita pasal pemalu lak.. Ada satu fasilator ini. Dia ada beri arahan kepada ketua kumpulan untuk mengambil dua orang pelajar. Seorang yang pemalu, dan sorang lagi seorang yang cantik.. Dalam hati aku berdoa gila-gila supaya abang tu tak pilih aku, tup2.. doakan aku tak dimakbulkan mungkin tak ikhlas kottt.. HEHHE.. Memang sah-sah dia pilih aku. Manakala pelajar paling cantik pun dipilih juga.. pasal dia aku tak cerita la.. tak kuasa aku.. HAHA.. tak minat perempuan cantik. Sebab kecantikan tak kekal lama. Betul tak? ini la silap lelaki di luar sana. Nak tengok yang cantik ja.. Masa mula2 kawin cantik la, bila tak abis mekap, rambut berubat, berkedut apa semua.. Dh tak ada dh.. Betul tak kawan-kawan? pesanan ini ditujukan kepada diri ini sebenarnya. Jadi, kami dua-dua dipanggil kehadapan untuk menerima arahan yang seterusnya.. Memang aku malu gila wehhhh... 

  setiap pelajar yang terpilih itu keluar di depan. Masalah aku selama ini adalah malu untuk keluar ke depan. Keluar ke depan untuk menjadi pemimpin.. Jadi melalui kursus ini, isyaALLAH dapat melatih aku dan menbentuk aku menjadi seorang yang beversetailll nanti.. HAHA. Si pemalu dan si cantik diberikan tugas untuk mengambil makanan untuk ahli kumpulan.. Kemudian kami ditugaskan untuk melayan ahli-ahli kumpulan kami dengan memberikan makan kepada mereka.. Sesama si pemalu dan si cantik mengambil makanan, fasilator menyuruh ahli kumpulan agar berlakon seperti tak mahu nak ambil makan dan minta si pemalu dan si cantik pujuk untuk terima makanan.. Tudia2.. memang satu  tugas berat gila bagi aku... untuk mengetahui apa yang berlaku.. jengjengjeng.. biarlah rahsia.. Nak mesej kita yee..

  Alhamdlulilah selesai sudah urusan tersebut.. Kini, kami ke program untuk menguruskan emosi. Mudah sahaja aktiviti ini.. Kami semua diberika sebijik bola yang kami main golek2 tu.. Fasi menyuruh kami menutup mata dan bertenang.. Kosongkan fikiran, lapangkan minda, cuba hanyut dalam fikiran ada sendiri.. Pertama dia suruh kita gengam bola yang kita pengang itu ibarat mengengam orang yang sangat kita benci dan meluat, kita salurkan tekanan kita itu kedalam bola itu. Kemudian, kami memang bola itu seperti kita memang orang yang kita sangat.. peh.. ramai yang pegang sweet2 gitu.. haha.. Memang terbaik la aktiviti ini. Sedikit sebanyak boleh mengawal emosi yang kadang-kadang tak stabil juga..
eh, pernah kah stabil? HAHA


Setakat itulah yang syawal mampu kongsikan dengan hampa semua dan syawal anggap best... Tapi sebenarnya banyak yang besh lagi cuma syawal sahaja tak mahu cerita... Dengan harapan hampa join dan rasailah sendiri.. hihihi

Mendidik jiwa memerlukan kesabaran,

Mendidik hati memerlukan hati yang ikhlas,
Mendidik roh memerlukan akal yang tulus,

Sedang mendidik diri untuk mendidik ciptaan ilahi.

Bakal memasuki fasa yang kritikal. Separuh daripada langkah itu susah ku kecapi. Kini tinggal untuk melengkapkan diri. Sabarlah duhai hati, masa itu pasti menanti.. Ku tunggumu di pintu syurga kasihku!! :) agar kau selamat dunia akhirat. Ingatlah ujian itu mematangkan kita. Memang kita kena lalui itu agar menjadi kuat di masa depan. Aku hanya mampu titipkan doa untukmu sahaja kerana sememangnya aku begitu.. percayalah masu itu aku muncul. Aminn

No comments:

Post a Comment