Friday, August 16, 2013

Dunia Lelaki...


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dunia lelaki!! apa yang besh tentang dunia lelaki? kaum yang berlainan jantina diharapkan jangan membaca entry ini kerana akan menyebabkan anda sakit jatung dan amek kunci kereta terus pecut keluaq rumah p jalan-jalan.
Syawal nak sambung balik erita pasal dunia lelaki ini. Dunia yang seronok bagi syawal, maklumlah sekolah dengan budak-budak lelaki semua, daripada tingkatan satu sampai la tingkatan 6 telah mengajar syawal satu erti persahabatan yang tiada penghujungnya. Dunia yang anda lihat kasaq, jelik, kahaq, pelik, ganas dan bermacam-macam lagi. Lagipun memang dunia lelaki macam ini, kadang-kadang melawak kasaq, tambah-tambah bila teringatkan semasa di tingkatan satu. Masa dulu-dlu time tak baliaq lagi, time cikgu tak ada dalam kelas, mula la senyap-senyap amek buku sejarah memang sebab nak tengok salahsilah keluarga. Disebabkan incik syawal ini minat sangat sejarah. Ingat lagi cikgu sejarah mengajaq time awal-awal kat kolej sultan abdul hamid dulu. Cikgu sejarah menyuruh kami menulis biodata salasilah keluarga setakat yang kita ingat la, kalau ingat nama tok, tok wan, moyang kan.. atas daripada moyang ka.. Tulis ja kat belakang buku nota itu.. Misi yang pertama sudah selesai. Jadi, sekarang adalah misi untuk buat hal di dalam kelas.. Jeng jeng, syawal dengan kawan syawal masa time rehat curi-curi amek buku nota kawan yang duk depan ceq nie. Buka la nak tengak nama bapak,tok, moyang dan segala mak nenek.. HEhe, maklumat yang diterima sudah dalam. Kini rahsia di dalam gengaman. HEHE(gelak jahat) Maklumat itu, digunakan untuk memperli member2 la.. sampaikan member naik hangin apa semua. biasa la budak-budak time tu, tak matang lagi. pakat duk lawan kutuk nama pak, moyang, tok apa semua. Ada moyang yang nama pelik sikit memang kerap kena perli dalam kelas la.. Selain itu kalau ada nama mcam pahlawan sikit memang naya la kalau time cikgu sejarah mengajaq, time cikgi sebut ja mesti satu kelas duk pakat gelak. Nasib baik la syawal nak menjadi mangsanya. Sbb ceq adalah pemangsanya HAHA. Mengimbau kenakal dulu memang tak leg nk terima. Gangster sangatkah aku nie. Tak la gangster mana pun.. Baik2 ja kot.. 

Memory zaman berzaman, masih kekal di jiwa ini. Sangat mencuit sanubari apabila hampir bertahun-tahun tak bersua dan bergelak ketawa. Bulan syawal adalah bulan untuk kita mengeratkan silaturahim sesama kita. Cuti semesti ini syawal gunakkan masa dengan sebaik mungkin untuk berjumpa dengan kawan-kawan lama. Kawan yang mengajar syawal erti nikmatnya dunia. Kawan jatuh bangun sama-sama. Bila terjumpa balik kawan-kawan yang kita duk lawan mengata dulu sama-sama tergelak apabila terkenangkan memory dulu. Lelaki, take is easy. Adoi, duk speaking mat saleh pulak hang nie. Cuma nak kongsi dengan hampa semua yang apabila bercakap dengan dunia lelaki. Semua seronok, memang kadang-kadang kami melawak kasaq, tumbuk sana, sepak sini, katok sana, katok sini. Tapi, begitulah kami berinteraksi antara satu sama lain. Yang paling penting penting dunia lelaki adalah dunia yang tiada dendam dan iri hati sebabnya kami selalunya berfikiran terbuka. Tak kisah dulu syawal duk buli orang ka, kena buli ka. Tapi itu semua dah berlalu jadi kenapa perlu difikirkan balik? selain itu, ketika itu zaman masih mentah lagi dan tak matang. Setakat salah silap sedikit tu biasa lah.. Tak amek hati pun..

Sampai kah masa reunion mini pun nak lawan pangkah dan mengata satu sama lain dan akhirnya kami semua akan gelak bersama-sama.. Sangat menyeronokkan. Bermacam-macam aktiviti yang kami lakukan bersama. Kami berfutsal, kami berbadminton, kami melepak, kami bergurau, kami bershopping, kami tengok wayang, kami beraya, kami duk mengata antara satu sama lain, kami makan sama-sama, minum sama-sama, sembang sama-sama dan kami bergambar bersama-masa dan bermacaam-macam lagi la.. Tetapi dalam apa aktiviti yang kami lakukan mesti tak lupa untuk solat berjemaah bersama-sama!

Jadi, lakukan apa yang anda ingin lakukan di dunia ini. Seperti mana kami lakukan, namun satu jaga lupa kepada tuhan yang satu.. InsyaALLAH kita akan berbahagia..

Di saat di hidup aman di muka Malaysia ini. Janganlah kita lupa akan nasib saudara-saudara kita yang berada dalam pergolakan seperti peperang yang berlaku di Mesir, Syria, Palestine, Iraq dan sewaktu dengan. Marilah kita panjatkan doa agar saudara-saudara kita kita sama tabah menghadapi ujian yang dialami. Yang batil akan tumpas dan yang haq akan menang suatu hari nanti.. Memang betul orang cakap, kita hanya mampu bercakap berdasarkan apa yang kita dengaq dan lihat. Namun kita tidak alaminya. Jadi, itu sebabnya kita ada Allah swt iaitu tempat untuk kita bergantung harap dan berdoa kepadanya.


Keriangan selepas berfutsal!!


Open table saya belanja semua.. ayaq sahaja, lain bayaq sendiri. hehe

Friends untill Jannah.. See yuolls there,, InyaALLAH. 

No comments:

Post a Comment