Wednesday, August 21, 2013

Dunia Yang Rakus

Dunia, dunia, dunia. Dunia adalah permainan hidup. Ingatlah bahawa tiada yang hidup kekal di dunia ini. Dunia ini hanyalah tempat persinggahan kita buat sementara sahaja, tapi yang hidup kekal ialah di ahkirat sana. Dunia, kenapa anda terlalu kejam. Perlukah kita menyalahkan dunia? Sebenarnya dunia itu tidak kejam, cuma kita sahaja yang kejam. Melakukan kerosakkan di dunia ini. Kita tamak, kita menindas, kita tidak memperdulikan orang lain. Di manakah sifat kemanusiaan kita? adakah hati kita sudah kotoq.. Dicemari dengan kekotoran duniawi. 

Seringkali kita mendengar peperangan di sana sini. Kita tidak pernah mengalaminya, namun pedih hati ini, sayu hati ini apabila melihat manusia-manusia yang tidak berdosa ditindas. Diperlakukan tidak seperti manusia. Mendengar dentuman senjata-senjata buatan manusia merobosi jantung-jantung yang tidak berdosa. Sangguhkah kita melihat, saudara-saudara seagama kita ditindas, dibunuh, diperlakukan dengan cara yang sangat lazim. Dunia sudah memasuki fasa akhir di mana banyak manusia yang tidak mempunyai hati. Ke manakah hatimu kau lemparkan? ke mana sifat kemanusian kau sembunyikan? ke mana kasih sayang kau tanamkan? Sangguhkah kita melihat yang menderita itu adik-adik kandung kita sendiri? Mereka mempunyai wajah yang bersih, belum dipenuhi dengan kotoran dosa dunia.. Namun, kenapa mereka diseksa. kenapa meraka dibunuh. Tak sanggup hendak melihat kanak-kanak yang tidak berdosa mati di tembak, mati terhidup asap beracun. Tak sanggup! Mengapakah hal ini perlu berlaku.. Kembalikanlah sifat kemanusiaan kepada umat dunia sekarang.. Aku merayu kembalikan keamanan agar kita dapat hidup yang tenang dan tenteram.. Aku rindukan suasana yang dulu. suasana yang damai, tentang, tiada persengketaan. Udara yang bersih, bunyi-bunyi burung yang mendamaikan.. Tapi sekarang semua itu menghilang, kabur daripada pandangan.. Tiada lagi keindahan kehijauan seperti dulu.. 

Yang ada kini hanyalah peperangan, kekejaman, kezaliman, kerakusan untuk mendapatkan kuasa. Kuasa yang tidak akan kekal. Kerana kita akan pergi mengadap ilahi. Lama sudah aku bersabar dengan dunia ini. Bermula daripada isu palestine. Sedih hati ini apabila abangku menunjukkan penderitaan umat islam di bumi palestine. Mereka dinafikan hak mereka untuk menunjuk tanah dan hak mereka. Mereka bagaikan terkurung di rumah sendiri. Tidak merasai kebebasan seperti kita di sini. Itu yang menbuatkan aku sangat bersyukur. Tapi, apakan daya waktu itu aku masih kecil, belum megenal dunia ini sebenarnya. Dunia yang penuh tipu daya, helah dan zalim... Aku hanya mampu berdoa agar keamanan dikembalikan semula.

Namun, kesabaran aku teruji lagi apabila diri ini semakin meningkat dewasa. Dewasa dalam erti kata mampu hidup dengan menggunakan kekuatan tulang 4 kerat untuk terus hidup. Ternyata dunia sangat kejam. Untuk mendapatkan sesuatu, manusia sanggup berbunuhan, sanggup melakukan apa saja agar berjaya mendapatkan sesuatu. Tetapi, mulai aku sedar bahawa itu semua ujian. Ujian untuk mematangkan kita. Semakin kita bernafas ini, kita akan di uji dengan pelbagai perasaan. Kita akan merasa sakit, sedih, suka, cinta, sayu, tertekan, dan bermacam macam lagi. Tapi yang dapat syawal simpulkan memang Allah swt akan uji kita dengan semua ini. Memang perit untuk kita hadapi. Syawal sering berpesan pada diri sendiri. Banyakkan bersabar. Kerana sabar itu ciri orang beriman. Dan ingatlah bahawa segala ujian yg kita alami ini adalah latihan untuk kita menghadapi saat kematian. Saat itu, tiada siapa pun yang tahu kerana itu adalah rahsia ALLAH. Bersediakah kita? Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang bertimbun ini. Saat kematian yang tersangat peritnya untuk kita hadapinya. Jadi, jika kita sabar dengan ujian yang kita terima. InsyaALLAH kita akan tersenyum lebar dan mengingatiNya di saat kita menghembuskan nafas terakhir.. Ya Allah matikanlah aku dalam keadaan Husnu Khatimah.. Amin..

Mahukah kita berjalan sambil membuka dada semasa memasuki syurgaNya nanti? Berbuat baiklah kepada semua orang.. Pasti ada ganjaranya nanti... 

Apalah dosa-dosa mereka ini.. Kawan-kawan. Doakan mereka tabah menghadapi ujian yang berat ini..

No comments:

Post a Comment