Thursday, March 17, 2011

Bagaimana kalau 'upload' gambar yang tak tutup aurat.?

Nabi SAW bersabda:
“Pada tiap malam Tuhan kami Tabaraka wa Ta’ala turun ( ke langit dunia ) ketika tinggal sepertiga malam yang akhir. Ia berfirman : “ Barang siapa yang menyeru-Ku, akan Aku perkenankan seruannya. Barang siapa yang meminta kepada-Ku, Aku perkenankan permintaanya. Dan barang siapa meminta ampunan kepada-Ku, Aku ampuni dia.” ( HR Bukhari dan Muslim)

Sila hayati bait-bait terakhir hadis tersebut. Kini, kita mengalami persoalan mengenai gambar yang tidak menutup aurat pada suatu ketika dahulu. Tetapi sekarang kita sudah menutup aurat. Kesnya, bagaimana kalau kawan dia yang 'upload' gambar kita yang jahil ketika suatu masa dahulu.?

Penyelesaian ialah kita hendaklah segera bertaubat dan memohon keampunan atas kesalahan kita pada masa lampau. Setelah kita menyedarinya hendaklah kita berusaha sedaya upaya agar kesilapan kita yang terdahulu tidak berulang. Percayalah bahawa Allah Maha Pegampun dan berniat dalam hati kita agar dijauhi segala fitnah dunia.
Kalau kita sendiri yang ‘upload’ pula. Ambilah tindakkan seperti membuang semua gambar kita yang menampakkan aurat agar tidak ditatapi oleh orang lain
Wallahualam

No comments:

Post a Comment