Monday, March 28, 2011

Bangga menjadi orang ganjil

Tuesday, March 29, 2011
10:01 AM

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145]


Pernahkah anda berasa menyesal kerana memilih untuk berpegang dengan Islam?

Percayalah bahawa Allah swt itu ada, sentiasa bersama kita malangnya hanya kita yang lalai. Syawal tertarik dengan masalah yang dihadapi oleh sahabat syawal.

Hatinya memberontak menyatakan bahawa couple itu haram, tetapi disebabkan melihat teman-teman rapatnya sudah mempunyai pasangan masing-masing. Terdetik di hatinya untuk bercouple, sehinggakan salah seorang daripada temannya menyindirnya " eh ali, tak remaja la kalau tak couple". Ali pun tersentak apabila mendengar ayat tersebut. Disebabkan iman di dada mencukupi. Ali sabar menghadapi segala tohmahan yang dilemparkan.

Cerita si atas terlalu 'simple' tetapi setiap ayat membawa maksud yang banyak, andaikan anda mempunyai banyak ilmu, nescaya anda akan memahami maksud tersiratnya

Bagi syawal, tak remaja kalau banyak buat dosa!
Wahai sahabatku banggalah kerana anda menjadi seorang yang ganjil

No comments:

Post a Comment