Thursday, March 10, 2011

Kesan sekiranya kita meninggalkan Solat Fardu


Bercakap untuk memotivasikan diri kita untuk solat pada awal waktu mestilah tanya kepada diri kita dahulu, adakah cukup solat kita sehari semalam lima waktu.? Solat pun tak cukup lagi, bagaimana nak solat dia awal waktu. Oleh itu, untuk memberi peringatan kepada kita semua termaksuk diri syawal. Cuba kita renungi azab jika meninggalkan solat fardu seperti:
1. Solat Subuh ~ dikatakan Allah akan mencampakkan kita ke dalam neraka jaham selama 60 tahun. Bayangkan kalau 1 hari di dunia ibarat 100 tahun di ahkirat. Jadi kalau 60 tahun, kat ahkirat +++ tahun la kan dan sanggupkah kita.?
2. Solat Zuhur ~ kita berdosa seperti seperti membunuh seribu orang Islam. Urm, nak bunuh orang pun pikir banyak kali inikan pula bunuh sesama saudara, bayangkan betapa besarnya dosa kita kan. Tergamakkah kita hendak melalukannya?
3. Solat Asar ~ Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah. Kawan2, renunglah berapa banyak dosa yang kita kutip sekiranya tinggal solat fardu. Oleh itu, ingat selalu azab yg bakal diterima. Sukakah untuk meruntukan rumah Allah?
4. Solat Magrib ~ Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri... nauzibillah! Bayangkan kawan-kawan, kalau berzina pun kita tak sanggup, inikan Cuma solat magrib.? Kita lebih pentingkan cerita kartun atau cerita kegemaran kita drpd mdirikan solat kan.? Betul tak.
5. Solat Isyak ~ Allah berseru kepada mereka, “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku.” Segala gerak-gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah. Sebernarnya pada waktu isyak ialah waktu terbaik untuk kita mensyukuri segala nikmat kita terima pada hari tersebut sebagai contoh ilmu, terhindar drpd musibah, mendapat rezeki dan sebagainya. Mahukah kita bergolong dalam orang-orang yang rugi?


Sesimpulannya, untuk memastikan kita berusaha untuk solat hendaklah kita mengetahui azab sekiranya kita meninggalkannya kerana kita akan lebih berwaspada dan bersemangat untuk solat pada awal waktu agar tidak terlepas atau terlupa drpd mendirikan solat. Biarkan hidup sederhana asalkan hidup kita menegakkan tiang agama.

No comments:

Post a Comment