Wednesday, March 23, 2011

Taniah

Wednesday, March 23, 2011
8:51 PM

Pada 23.3.2011 keputusan SPM telah selamat diumumkan di sekolah masing-masing. Kita dapat melihat pelbagai reaksi para pelajar selepasa menerima keputusan masing- masing ada yang menangis, ketawa, seronoh, hampa, kecewa tetapi perasaan tersebut tidak membawa sebarang erti sekiranya kita tidak bersyurkur dengan apa yang kita perolehi.

Kepada yang mempeolehi kesemua A, sederhaha ( ada a, ada b, ada c) dan yang gagal( salah satu subjek gagal) syawal ucapkan taniah dan jangan berpuas hati ataupun kecewa dengan keputusan anda.

Bagi yang cemerlang, fikirlah masak-masak tentang aliran apa yang diminati. Andaikan anda 'mabuk darah' tetapi memilih untuk menjadi doktor, Bayangkan seumur hidup anda kena berdepan dengan darah. Ngeri kan.

Bagi yang sederhana, buat keputusan sebaik-baiknya dan meneliti kursus yang bersesuaian dengan minat anda dan kemampuan diri sendiri

Untuk yang gagal. Anda janganlah berasa kecewa kerana masih ada peluang lagi untuk berjaya. Gagal sekali bukannya gagal selamanya. Mungkin Allah hendak meguji tahap kesabaran kita agar kita lebih tabah menghadapi hari yang mendatang dan membuatkan kita bertambah matang.

Akhir kata, bersyukurlah dengan apa yang kita perolehi dan berkongsilah kejayaan anda dengan semua orang kerana anda tidak akan berjaya tanpa sokong orang sekeliling. Apa yang syawal nak beritahu, SPM bukan penentu untuk kita berjaya sebagai contoh Nabi hanya seorang pemgembala kambing sewaktu zaman remajanya tetapi berjaya menjadi pemimpin yang menjaya sebutan hingga kini.

*sekiranya anda berjaya, khabarkan dengan bangga kerana itu adalah usaha anda sendiri. Insyallah sekiranya kita berfikiran positif,orang lain dapat mengambil teladan dan mencontohi tentang bagaimana kita mencapainya keputusan yang baik.

No comments:

Post a Comment