Saturday, March 12, 2011

Hendak memotivasi dari untuk solat pada awal waktu

Assalamualaikum
Ahad 13.03.2011
00.30am
Wahai Allah yang tetap hidup dan tetap mengurus urusan makhluk



Entri sebelum ini adalah berkaitan azab tinggalkan solat, maka entri seterusnya ialah untuk mengetahui mengenai kelebihan solat di awal waktu. Kini kita akan lebih bersemangat untuk solat sekiranya mengetahui tentang azab dan kelebihan solat awal waktu. Nabi Muhammad pernah bersabda ‘dirikan solat sesungguhnya solat itu adalah tiang agama. Sebagai contoh, hendak bina rumah pun perlukan tiang, manakan untuk membina asas agama pun kita mahu mengabaikannya? Cuba bayangkan rumah tanpa tiang, sudah pasti rumah tersebut tak kukuh. Analoginya, untuk menguatkan ketaqwaan hendaklah kita membaiki solat kita dahulu. tekad dalam diri kita untuk solat pada awal waktu kerana memberi kita pelbagai manfaat seperi;

Waktu Subuh. Waktu ini dikatakan alam berada berada dalam warna biru muda yang dapat mempengaruhi Sistem Metabolisme tubuh. Hal ini berkaitan dengan rezeki dan komunikasi contohnya; mesti kita pernah dengar nasihat orang tua-tua seperti jangan tidur selepas subuh nanti rezeki tak masuk. Rezeki tak bermaksud duit semata-mata, ia boleh menjadi ilmu, pegalaman, nikmat menghirup udara pagi dan sebagainya. Dalam komunikasi pula, dalam untuk berjual beli mesti ada kemahiran untuk menarik hati pelanggan. Oleh sebab itu, rezeki dan komunikasi saling berkaitan. Seterusnya, mengambil wuduk pada waktu pagi juga menjadi ‘pencuci muka’ semulajadi. Jadi tak payah la nak beli pecuci muka lagi. Kedinginan air waktu pagi juga boleh menjaga kesihatan muka dan menjadikan “awet muda”. Hal ini pernah terjadi pada diri syawal, cikgu tanya umur berapa ni.? Syawal menjawab 19 dh aiihh.. cikgu berkata “biar betul nampak macam 15 tahun ja” mungkin berkat amik wuduk pagi-pagi kot.

Waktu Zuhur. Dalam menunggu solat zuhur, warna alam akan berubah dari warna hijau(dhuha) dalam pukul 9.00-10.00 pagi dan kemudian berubah kepada warna kuning setelah masuk waktu Zuhur. Pada waktu ini, solat pada waktu ini membantu sistem penghadaman yang berkaitan dengan perut dan hati. Selain itu, orang yang solat pada waktu ini akan memiliki perwatakan yang ceria. Teringat kata kawan-kawan; perut kenyang senang hati, analogi ialah apabila perut kita dalam keadaan selesa kita akan lebih ceria. Betul tak? Oleh itu, sesiapa yang mengalami masalah kemurungan disarankan solat Zuhur pada awal waktunya.

Waktu Asar. Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu dimana warna pada waktu ini membantu sistem reprduktif yang merangkumi prostat, uterus, ovari dan testis. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Oleh itu, orang yang selalu tertinggal solat Asar akan hilang daya kreatif dan inovasi. Betulah orang cakap waktu petang selalunya kena beriadah untuk memastikan kesihatan badan terutamanya sistem reproduktif. Jadi, kepada kita yang inginkan zuriat maka solat Asar mesti pada awal waktu. Ingatlah menyesal kemudian tak berguna.

Waktu Magrib. Mejelang waktu ini, alam akan berubah kepada warna merah. Ini kerana warna ini adalah waktu paling aktif bagi golongan jin dan iblis. Sebagai contoh, orang tua-tuan perberpesan supaya tidak berada di luar rumah kerana syaitan amat berkuasa pada masa itu. Selain itu, jika kita dalam perjalan pada waktu magrib seelok-eloknya berhenti dahulu kerana pembelauan yang belaku pada waktu ini akan mengelirukan kita. Rahsia waktu magrib ialah keyakinan yang membantu kepada otot, saraf dan tulang. Oleh itu, sesiapa yang memiliki darah gemuruh atau kurang keyakinan disarankan selalu solat magrib pada awal waktu, insyallah kita akn lebih berkeyakinan untuk menghadapi sebarang masalah.

Waktu Isyak. Warna alam akan berubah kepada indigo dan memasuki fasa kegelapan. Setelah kita penat mengunakan mental dan fizikal seharian maka tibalah waktu untuk berehat. Janganlah menjadi burung hantu terutamanya kepada lepasan SPM. Warna indigo berkaitan dengan kegelisahan, sebagai contoh syawal pernah tak boleh tidur. Duk nak tidur pun taleh dan bermacam-macam cara telah lakukan seprti tutup muka la, berdoa la, dan lain-lain pun taleh nak tidur. Rupa-rupa syawal belum solat isyak daaa, sebab itu tak boleh tidur. Selesai solat Isyak alhamdulilah dapat tidur nyenyak. Haha, setiap permulaan mesti ada penutup dan solat isyak ialah penutup solat kita pada hari tersebut. Hal ini ibarat bila kita ingin bersukan, mula-mula mesti ‘warming up’ dulu, selepas selesai bersukan penutupnya ialah ‘cooling down’. Contoh yang lain ialah kalau buka laptop, nnti mesti “shut down” juga kan, kalau tak meletup juga laptop itu. Sudah la syawal nanti bagi contoh yang merapu pula. Hehehe

Kesimpulannyanya, ingatlah azab, kelebihan, dan manfaat yang bakal diperoleh sekiranya solat pada awal waktu walaupun secara kita sedar mahupun tidak. Tambahan pula, kalau solat awal segala perjalanan jadual akan lebih teratur dan kita akan lebih proaktif dalam menghadapi sesuatu hal kerana kita sudah menyelesaikan urusan di ahkirat dan kemudian fokus urusan di dunia pula.

2 comments:

  1. waah~ subhanallah. Mana syawal dapat info ini semua? Memang memberi semangat betul untuk solat awal waktu. Syukran.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah, syukur pada Allah. info pasal perubahan warna pada perubahan warna pada setiap waktu solat ana baca dalam artikel ilove islam, jadi saya tambah dengan pergetahuan am dan pergalaman ana sendiri bagaimana kesannya kalau melewat-lewatkan solat supaya lebih faham dan senang untuk diikuti. kemudian tambah dengan pengetahuan am dan pengamalan ana sendiri dan kawan2 sbb itu selalu duk tanya pendapat. haha, maaf kalau info yang diberikan tak mencukupi.
    Wallahualam

    ReplyDelete