Sunday, March 20, 2011

Panas

Ahad
Zikir Harian
Wahai Allah yang tetap hidup dan tetap mengurus urusan makhluk

19 Mac 2011
15:58

Terkebil-kebil biji mata aku selepas di 'sound' hebat oleh mak aku. Nak tahu sebab apa.?

Cerita bermula, di rumah aku ada sebuah penghawa dingin yang belum dipasang lagi, saiz penghawa dingin itu agak besar seperti saiz untuk ruangan pejabat saja. Memandangkan ekon iti tak pasang lagi, aku buat la alasan kat mak aku berbunyi "mak, awat panas sangat taktaw, mungkin kesan radiasi dari jepun kot…….." tak sempat aku nak menghabiskan bicara, sekali mak aku cakap" tuhan bagi panas dan sejuk kita patut bersyukur, kita hidup bukannya lama, sat ja dan bila-bila masa sahaja boleh 'passed away' kemudian bla2.." berdesing telinga aku mendengar 'nasihatnya'. Aku berfikir bagaimana nak bagi berhenti leteran ini. " owh mak, cek tak solat zuhur lagi, cek p solat dulul nah..

Ketiga selesai solat aku menginsafi 'keterlanjuran' percakapanku. Takmau buat dah.. Terima kasih emak!!!

hang mau jadi macam ini ka syawal? takmau dah, cek taubat

No comments:

Post a Comment