Wednesday, March 9, 2011

Hikmah sekiranya berniat baik

Rabu 09.03.2011
20.24pm
Aku memohon ampun kepaa Allah Yang Maha Agong yang tiada tuhan selain darinya yang menguruskan dan aku bertaubat kepadanNya

Assalamualaikum
Disini syawal nak kongsi satu cerita yang menarik. Alangkah terkejut syawal apabila membaca cerita tersebut kerana telah menyedarkan bahawa setiap yang kita lakukan walaupun kecil tapi hikmahnya terlalu besar tanpa kita sedari. Oleh itu, cuba renungkan..

Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

Aku adalah Syaitan

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!


Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.


Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'

MORAL :
Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tsbt.
( cerita ini diambil daripada seorang hamba Allah)

2 comments:

  1. saya dengar versi orang buta yang terjatuh dalam parit. mana entri tentang solat awal waktu?

    ReplyDelete
  2. duk kalot2 ya cik burung.. mmgu ini busy ckit dgn Kejohanan Olahraga, entri pasal solat tengah duk edit.. nak kasi gmpak ckit..

    ReplyDelete