Thursday, March 17, 2011

Penghulu segala hari(>.<)

Khtubah hari ini

18 Mac 2011
14:54
Zikir Harian
Ya Allah


Terpana aku mendengar tajuk khtubah jumaat pada hari ini. Adakah kiamat semakin dekat? Jika benar, tetapkan hatiku di jalan yang diredai Allah swt. Bercakap mengenai kiamat, kita sudah maklum bahawa pelbagai kemasiatan dan kemungkaran yang manusia telak lakukan, ustaz yang menyampaikan khtubah pada hari ini sungguh bersemangat sehinggakan salah petikan beliau menarik minatku:
Nabi Muhammad bersabda;

“Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: ‘wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya’, kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi”.

Tetapi, Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan
diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Baru-baru ini revolusi Islam yang berlaku dia timur tengah iaitu negara-negara arab seperti di Tusnisia, Mesir, dan yang terbaru di Libya dan negara yang berhampiran tidak menjadi sesuatu yang mustahil bermulanya bibit-bibit perjuangan islam bermula. Tidak kita hairan mengapa pihak Amerika yang dahulu gagah apabila menyuarakan mengenai hak asasi dan dibantu oleh sekutunya iaitu israel berdiam diri? Renungkanlah. Hal ini boleh terjadi pada generasi kita atau generasi berikutnya kerana kiamat kita tidak dapat untuk meramal, tetapi adakah kita tidak mengunakkan akal yang dikurniakan oleh tuhan untuk berfikir.
Kesimpulannya, adakah kita hendak menunggu kiamat datang baru terhegeh-hegeh untuk bertaubat, selagi ada masa bertaubat sebelum terlambat. Adakah kita hendak melihat matahari terbit dari barat, atau bulan terbelah dua atau berlaku lagi tanda-tanda yang lebih dasyat baru nak bertaubat.?

No comments:

Post a Comment